Kedai Maya - Wajib Klik

Showing posts with label Kerja rajin-rajin yer.... Show all posts
Showing posts with label Kerja rajin-rajin yer.... Show all posts

Friday, December 17, 2010

Kalender Persekolahan Tahun 2011

Berikut ini adalah Kalender Persekolahan Tahun 2011, yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Apa lagi cikgu-cikgu dan murid-murid... Sekolah dah nak buka dah ni... Dah ready ker?
Mesti semua pasang azam baru kan?

Kejap lagi Tcrain buatkan Jadual Hari-hari Cuti Umum Malaysia 2011... Kejap lagi yer...

Wednesday, December 15, 2010

SPM 2010 : Kertas 2, Prinsip Perakaunan VS 5 Zircon 2010

Ayuhai.... 9 Disember 2010 yang lepas, Tcrain tengah demam, dan baru balik dari kampung mertua. Tcrain terkilan sangat sebab tidak terlarat untuk datang sekolah memberi semangat kepada anak didik yang sedang mengambil peperiksaan Prinsip Perakaunan pada masa itu.

Seperti biasa, selepas habis sahaja budak-budak tu menduduk peperiksaan, Tcrain akan terima beberapa SMS yang mengatakan kerisauan sebab tak dapat jawab soalan. 

Yang paling menyedihkan kata-kata begini:
1. Tcr... target tidak keluar lah Tcr...
2. Tcr... satu target pun tidak kena langsung

Aikkkk....! Selama ini Tcrain telah terajar mereka tajuk-tajuk Teknologi Angkasa Lepas ker... atau... Kajian Dinosaur.. atau... tajuk Rumput rampai di Papua New Guinea ker....? 

Tcrain TIDAK PERNAH kata tajuk ini MESTI keluar. Paling-paling pun Tcrain kata tajuk ini MUNGKIN akan keuar.

Mungkin murid-murid Tcrain ingat... soalan SPM 2010 itu akan serupa 100% dengan Peperiksaan Percubaan 2010... Soalan SPM 2010 itu, bukan Tcrain yang buat... Tcrain sebenarnya tidak tahu menahu soalan apa sebenarnya yang akan disoal.

Kalaulah anak-anak murid Tcrain buka balik buku latihan sepanjang tahun, murid-murid Tcrain akan nampak apa tajuk-tajuk yang paling banyak Tcrain beri latihan. BUKAN SETAKAT YANG ADA DALAM SOALAN PERCUBAAN SAHAJA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN. Sayang seribu kali sayang anak-anak murid Tcrain tidak menyedari mesej tersirat di sebalik latihan yang berlambak itu. 

Dan... kalaulah anak-anak murid Tcrain dapat imbas kembali kata-kata Tcrain semasa memberi latihan itu, Tcrain selalu kata "SAYA HARAP KAMU BUAT LATIHAN INI KERANA TAJUK INI PENTING... MUNGKIN TAJUK INI YANG AKAN KELUAR DALAM SPM 2010". Tinggal lagi anak-anak murid Tcrain peka dan ambil perhatian atau tidak... itu saja..!

Kalaulah anak-anak didik Tcrain boleh imbas kembali apa tajuk yang Tcrain tekankan dalam kelas tambahan pada 19 November 2010 di kelas tingkatan 3 tu.....Kalaulah anak-anak murid Tcrain peka... mesti mereka akan bertanya... "PERCUBAAN SUDAH HABIS... KENAPA TCRAIN BERIA-IA MAU BUAT KELAS TAMBAHAN LAGI....?" Dan... jawapan Tcrain ialah.... kerana Tcrain rasa tajuk itu PENTING!!!! Dan... sekali tengok memang tajuk itu betul-betul keluar kan????  Cuma Tcrain tidak akan sekali-kali...mengatakan bahawa tajuk ini MESTI keluar!!! Tcrain bukan datang dari masa depan... sehingga dapat melihat soalan-soalan itu...

Dan... kalaulah anak-anak didik Tcrain masih ingat pada suatu petang tu... Tcrain ada buat kelas tambahan sebelah petang... sehingga ada yang pengsan hari itu tu??? Kalaulah anak didik Tcrain ingat lagi tajuk apa yang ada dalam kertas edaran hari tu...pasti mereka tidak akan mengatakan SEMUA tidak keluar...! Kenapa ya Tcrain nak buat kelas tambahan untuk tajuk khas itu??? Adakah anak didik Tcrain terfikir???

Tajuk Buku Tunai Runcit... Part yang ini Tcrain pun  rasa sangat MENYESAL tidak menekankan sangat tajuk itu. Tapi... itu hanya satu soalan bernilai 8% daripada markah keseluruhan. Jadi... kalau nak katakan SEMUA tidak keluar... itu tidak adil untuk Tcrain terima. Seingat Tcrain pada 19 November tu... Tcrain ada tanya dengan anak-anak murid Tcr... "Adakah kamu masih sanggup meneruskan kelas atau tidak? Kalau kamu masih sanggup... Tcrain akan ajar kamu tajuk Buku Tunai Runcit ini" (setelah salah seorang daripada kamu menimbulkan tajuk ini). Dan... apa yang mereka jawab... "kami belajar sendiri dululah Tcr... " Jadi Tcrain kata;... "Saya harap kamu betul-betullah belajar... kalau ada masalah... hubungi saja Tcr..."

Segalanya telah berlalu... tiada gunanya untuk dikenang kembali... Hanya doa mengiringi perjalanan hidup anak-anak didikku... Semoga sukses hendaknya... Ingatlah... BUKAN SENANG UNTUK MENDAPATKAN KESENANGAN. Segala yang baik itu datang dari Allah, manakala yang buruk itu datang dari diri Tcrain.

Untuk tatapan dan kenangan hari terakhir bersama dalam kelas tambahan 2010... (inipun bukan semua hadir... Tcrain tak boleh nak paksa...)

Mereka nilah antara pelajar yang rajin...

Wajah-wajah yang bakal diridui... Semoga Sukses!

Friday, November 26, 2010

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan 2011 - (Belum kerja lagi... dah nak minta gaji?)

Berikut ialah tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2011 dan ianya ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan 105 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004 bertajuk Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 Mengenai Tarikh Membayar Gaji.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2011
Klik gambar untuk paparan besar. Errr... kalu korang rasa nak copy boleh jer... tapi bagilah salam dulu kat tuan rumahnyer... ngeeeee...
Rata-rata tarikh pembayaran gaji ialah pada 20hb ke atas, kecuali bulan Disember. Hari pembayaran gaji yang paling kerap ialah hari Khamis. Hari Rabu sekali.... hari Isnis sekali... (he he he... silap taip dan malas nak ubah dah yang tu. Korang fahamkan sediri je lah yer... )

Friday, August 13, 2010

Contoh Sijil Koperasi?

Ini hanya contoh sahaja. Entah betul atau tidak format yang Tcr Ain buat ni. Ingat-ingat lupa laa..... Any comment please...

Tuesday, August 3, 2010

Muat Turun segala-gala berkaitan Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011.

Lembaga Peperiksaan telahpun memuat naik Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011.
1. Untuk memuat turun format pentaksiran tersebut SILA KLIK DI SINI 
2. Untuk memuat turun Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011, Tingkatan 4 (Ogos - September 2010), SILA KLIK DI SINI
3. Untuk memuat turun Tugasan Projek Tingkatan 4, 2010, SILA KLIK DI SINI
4. Untuk memuat turun Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Tingkatan 4, SILA KLIK DI SINI

Saturday, July 24, 2010

Ciri-ciri sekolah Berprestasi Tinggi

Entry sebelum ini Tcr Ain ada berura-ura untuk menyenaraikan ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi. Adakah kita dah mempunyai ciri-ciri ini atau..... err....

Inilah ciri-ciri yang perlu ada:
1. Pencapaian Penarafan Kendiri Sekolah (PKS), berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sekurang-kurangnya 90% dalam tahun semasa
2. Pencapaian akademik menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% murid sekolah lulus dalam setiap mata pelajaran peperiksaan awam.
3. Pernah menerima anugerah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun terakhir.
4. Tiada audit berteguran dalam tempoh tiga tahun terakhir.
5. Tiada tindakan tatatertib dan pelanggaran punca kuasa (Perintah Am Bab D) dalam kalangan warga sekolah untuk tempoh tiga tahun terakhir. Jika ada, adakah telah ditangani?

Jadi sudah bersediakah kita untuk memenuhi semua ciri-ciri ini. Marilah sama-sama berdoa. Kata pepatah, Hendak seribu daya... Tak hendak... seribu dalih (kalau tak nak... sebenarnya satu dalih pun dah cukup....)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...