Kedai Maya - Wajib Klik

Showing posts with label Kisah aneh di sana sini. Show all posts
Showing posts with label Kisah aneh di sana sini. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Nibiru 2012

Nibiru dalam Bahasa Akkadia (Babylon), bermaksud persimpangan atau titik peralihan yang biasanya digunakan untuk sungaiItulah gelaran yang diberikan kepada sebuah planet yang 'menggerunkannnnn....'  penduduk bumi. Nibiru bukan penemuan baru. Sebab.... nama Nibiru ni  telah diberikan oleh seorang angkasawan kuno dari Babylonia yang bernama Zecharia Sitchin dalam sebuah buku tulisannya. 

Ada juga yang berpendapat, bahawa Planet Nibiru sebenarnya adalah Planet Jupiter. Ada juga yang menggelarnya sebagai Planet X. Walau bagaimanapun... tafsiran pada planet-planet yang ada di cakrawala sering berubah-ubah. Lain pengkaji... lainlah juga interpretasinya. Tcrain akan guna Planet X dalam tulisan seterusnya.


Planet X berputar pada orbitnya sendiri. Ia tidak berputar dalam orbit yang mana planet-planet lain (termasuk Bumi) berputar. Boleh gambarkan macam mana? Kalau tak dapat tengok gambar ni...
Gambar ini Tcrain dapat setelah membuat beberapa carian dalam YouTube.
Pada tahun 1995...  Nancy Lieder telah menimbulkan kemungkinan bahawa lambat laun, Planet X akan berlanggar / bergeser / berselisih dengan bumi. Banyak laporan Nancy Lieder ada dalam laman sesawang bernama Zeta Talk. Jemput tengok laman sesawangnya ya... ada banyak laporan tentang pemerhatian terhadap Planet X ini. KLIK ZETA TALK.

Nancy mendakwa dirinya adalah penghubung / contactee. Errmmmm maksudnya dia mampu menerima mesej daripada sistem solar dengan bumi melalui implan dalam otaknya. Implan itu dipasang atas pilihan Nancy sendiri, kerana ingin memberi peringatan kepada manusia, tentang objek akan 'menyapu' Sistem Suria. Nancy pernah memberi tarikh bila Planet X akan 'menyapu' iaitu pada bulan Mei 2003. Tetapi... jelas sekali hal itu tidak berlaku. Terbaru.... tahun 2012 mungkin Planet X akan 'menyapu'. Hmmmm.... susah untuk pilih jawapan 
(A) Ya.. pasti akan berlaku pada 2012 atau 
(B) Ah... tidak akan berlaku pada 2012

Apapun... sebagai seorang Muslim, Tcrain yakin tanpa berbelah bagi bahawa KIAMAT ITU BENAR! Harinya pasti akan datang. Kalau bukan pada Mei 2003, atau pada tahun 2012, lambat laun pasti akan terjadi juga.

Adakah kita patut takut? YA...! Kita patut berasa takut akan janji Allah. Tetapi... janganlah biarkan perasaan takut itu menghantui segala sesuatu dalam hidup kita.

Kita kena pegang pada... sebuah Hadis Riwayat Ali Bin Abi Talib
"Bekerjalah engkau seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Beramallah engkau seolah-olah akan mati esok"

Tapi.... Planet X tu memang benar-benar wujud...! Kata para saintis. NASA pun kata....


Kalau nak tahu lebih lanjut... klik lah pautan-pautan ini. Sebab yang Tcrain tulis di sini sekadar untuk mencari jawapan pada soalan-soalan yang ada dalam minda Tcrain sahaja.
1. TiubKau-1
2. KauKau-2
3.SembangZeta
4. Wiki 1 
5. Wiki 2
6. Wiki 3


Sunday, November 14, 2010

Fw: Girl Who Does not Age

--- On Wed, 10/20/10, Meenakshi Sharma <meenakshi.sharma19@undisclosedrecipient.com> wrote:

Brooke Greenberg is 17 years old right now. And she still looks like a toddler. The strangest thing is that she has never been diagnosed with any known genetic syndrome or chromosomal abnormality that would help explain why. Her brain isn't developing either.
Just see photos of Brooke through the years.


1 year old

3 years old
 
7 Years Old
 
8 Years Old
 
12 Years Old
 
13 Years Old

16 Years Old
 

Friday, June 25, 2010

Heyy "dwarf" bukan hanya wujud dalam cerita dongeng "Snow White" lah... ada 100 dwarf dalam dunia sebenar!!



Charlotte nama diberi. Dia sangat sangat..... comel. Hanya dikandung selama 24 minggu oleh ibunya, Emma Garside. Sewaktu dilahirkan, dia hanya seberat 1oz dan panjangnya hanya 25cm. Satu-satunya pakaian yang sesuai dipakaikan padanya, adalah pakaian anak patung. Bulan Ogos 2010, dia akan mencapai usia berusia 3 tahun. Tetapi ketinggiannya hanya 58cm dan beratnya 7oz. Dia direkodkan sebagai gadis terkecil di dunia.

Perkembangannya??? Tidak jauh beza dengan kanak-kanak perempuan yang lain, di mana dia suka bermain dengan patung  "Teddy Bear", yang lebih besar daripada saiznya sendiri dan suka dengan warna "pink". Dia sudah mula belajar berjalan dan bercakap. Cuma dia dijangka tidak akan menjadi lebih tinggi lagi daripada 58cm. Namun khabarnya, para doktor masih berharap agar dia dapat membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia dijangka akan menjalani pembadahan pada tumit kakinya tidak lama lagi bagi mengatasi masalah "dwafrisme".

Doktor masih tidak dapat memastikan usianya akan kekal sehingga berapa lama, tetapi kesihatannya setakat ini dalam keadaan baik, cuma daya tahan badannnya lemah. Malah tahun hadapan... dia mungkin akan dihantar ke sekolah tadika...

Ini pula Khagendra Thapa Magar, 18 tahun, lelaki terkecil di dunia, dengan ketinggian 60cm dan berat 4.5kg. Kecikkkkknyaaaa.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...