Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, December 16, 2010

Nibiru 2012

Nibiru dalam Bahasa Akkadia (Babylon), bermaksud persimpangan atau titik peralihan yang biasanya digunakan untuk sungaiItulah gelaran yang diberikan kepada sebuah planet yang 'menggerunkannnnn....'  penduduk bumi. Nibiru bukan penemuan baru. Sebab.... nama Nibiru ni  telah diberikan oleh seorang angkasawan kuno dari Babylonia yang bernama Zecharia Sitchin dalam sebuah buku tulisannya. 

Ada juga yang berpendapat, bahawa Planet Nibiru sebenarnya adalah Planet Jupiter. Ada juga yang menggelarnya sebagai Planet X. Walau bagaimanapun... tafsiran pada planet-planet yang ada di cakrawala sering berubah-ubah. Lain pengkaji... lainlah juga interpretasinya. Tcrain akan guna Planet X dalam tulisan seterusnya.


Planet X berputar pada orbitnya sendiri. Ia tidak berputar dalam orbit yang mana planet-planet lain (termasuk Bumi) berputar. Boleh gambarkan macam mana? Kalau tak dapat tengok gambar ni...
Gambar ini Tcrain dapat setelah membuat beberapa carian dalam YouTube.
Pada tahun 1995...  Nancy Lieder telah menimbulkan kemungkinan bahawa lambat laun, Planet X akan berlanggar / bergeser / berselisih dengan bumi. Banyak laporan Nancy Lieder ada dalam laman sesawang bernama Zeta Talk. Jemput tengok laman sesawangnya ya... ada banyak laporan tentang pemerhatian terhadap Planet X ini. KLIK ZETA TALK.

Nancy mendakwa dirinya adalah penghubung / contactee. Errmmmm maksudnya dia mampu menerima mesej daripada sistem solar dengan bumi melalui implan dalam otaknya. Implan itu dipasang atas pilihan Nancy sendiri, kerana ingin memberi peringatan kepada manusia, tentang objek akan 'menyapu' Sistem Suria. Nancy pernah memberi tarikh bila Planet X akan 'menyapu' iaitu pada bulan Mei 2003. Tetapi... jelas sekali hal itu tidak berlaku. Terbaru.... tahun 2012 mungkin Planet X akan 'menyapu'. Hmmmm.... susah untuk pilih jawapan 
(A) Ya.. pasti akan berlaku pada 2012 atau 
(B) Ah... tidak akan berlaku pada 2012

Apapun... sebagai seorang Muslim, Tcrain yakin tanpa berbelah bagi bahawa KIAMAT ITU BENAR! Harinya pasti akan datang. Kalau bukan pada Mei 2003, atau pada tahun 2012, lambat laun pasti akan terjadi juga.

Adakah kita patut takut? YA...! Kita patut berasa takut akan janji Allah. Tetapi... janganlah biarkan perasaan takut itu menghantui segala sesuatu dalam hidup kita.

Kita kena pegang pada... sebuah Hadis Riwayat Ali Bin Abi Talib
"Bekerjalah engkau seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Beramallah engkau seolah-olah akan mati esok"

Tapi.... Planet X tu memang benar-benar wujud...! Kata para saintis. NASA pun kata....


Kalau nak tahu lebih lanjut... klik lah pautan-pautan ini. Sebab yang Tcrain tulis di sini sekadar untuk mencari jawapan pada soalan-soalan yang ada dalam minda Tcrain sahaja.
1. TiubKau-1
2. KauKau-2
3.SembangZeta
4. Wiki 1 
5. Wiki 2
6. Wiki 3


6 comments:

Anonymous said...

SERAM!

TcRaiN said...

Saya pun seram gak...

mknace unlimited said...

:):):)
terbaekkk!!! tu artikel..

TcRaiN said...

Terima kasih Mknace...

Unknown said...

Assalam..
Yg pasti kiamat akan tiba, setuju dengan ain..segalanya Allah lebih tahu..kita berserah dan mohon ampun banyak2

TcRaiN said...

Sebelum kiamat datang, kita mungkin akan mati dahulu. Semoga mati kita dalam keadaan beriman. Mati boleh datang bila-bila masa sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...