Aik... kenapa ni...? Cuba klik SINI dulu kemudian
Tengok muka si Pak Belang ni... ensem kan? |
Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.
Isi kandungan |
Jata Negara Malaysia
Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata
Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi
Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan
rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran
seperti "Pak Belang" dan sebagainya.
Pak Belang
Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara Malaysia
yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia
mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran
bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Harimau Malaya dan Bola Sepak Malaysia
Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya'
sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan
bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat
pada Harimau Malaya.
So... kenapa timbul isu nak tukar "Harimau Malaya" ke "Harimau Malaysia"? Nanti tak pasal-pasal harimau tu nak kena tukar surat beranak sebab nak tukar nama. Ngehe heeee heee.... Anti perpecahan! Isu gini pun jadi "mainan". Buat kajian lah dulu....
2 comments:
Guna laa MALAYA kau tu. Semua benda MALAYA, klu x MALAYA, mesti MELAYU, x MELAYU mesti MALAYA.
Mmg org MALAYA perangai mcm ni. Ambik la MALAYA tu.
Buat la semua benda taruk nama MALAYA.
Bukan mati pon.
Masalahnya ini bukan MALAYA. Tapi "Harimau Malaya".
Kalau tidak faham dan penakut jangan hantar komen sini. Jadi ANONYMOUS berani lahkan? Ko tiada nama ka? Kalau nama ko dalam surat beranak yang kena daftar SI BIJAK BIN SI PINTAR, then orang mo tukar jadi SI NGOK BIN LOI boleh kah?
Post a Comment