Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, November 9, 2009

Eee... Lucahnya... Tak Senonoh..!! Iyer Ker? Eh eh... tak ada lah.. korang yang lucah tu..

Sapa nampak gambar perempuan yang ketiga tu... Eee... tak pakai seluar kan? Eeeehhh... tak ada lah... mana ada.. tu gambar bahu perempuan yang ambil gambar lah... Tengok betul-betul. Haa... kan dah kena...! He he he

Saturday, November 7, 2009

Penggredan Baru dan Sistem Merit Kemasukan ke IPTA

Makin ketat syarat untuk lepasan SPM untuk masuk IPTA mulai tahun depan...

Pengreddan baru SPM mulai tahun depan ialah:
A+ 18merit
A 16 merit
A- 14merit
B+ 12merit
B 10merit
C+ 8merit
C 6merit
D 4merit
E 2merit
G 0merit

Tujuan perubahan pengiraan gred/merit baru ini ialah untuk mencari pelajar yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Khabarnya, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan taklimat ke seluruh negara kepada guru bimbingan dan kaunseling mengenai perubahan ini. Selain itu, penyebaran maklumat tentang perubahan ini juga akan dibuat melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah.

Maklumat lanjut tentang perubahan sistem penggredan ini juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA. - KLIK SINI

Hmm... Bagus ka tak perubahan ni? Mesti bagus kan? Korang rasa macam mana lak?

Wednesday, November 4, 2009

Dah bertukar ka dorang???

Minggu depan 18 November, SPM akan bermula. Namun... aku masih tertanya-tanya... adakah ulat beluncas sudah bertukar menjadi rama-rama....? Atau masih macam tu juga... atau ulat beluncas sedang nazak... sebab tak cukup makanan? Oh... tidaaaakkkkkk.....! Mereka tak boleh mati... mereka mesti dah jadi rama-rama sekarang... Kalau tidak macam mana mereka nak terbang dan cari makanan sendiri?

Semoga berjaya anak-anakku... doa kami mengiringi perjalanan kamu. Amiiinnn.

Thursday, October 29, 2009

Jangan Bunuh Beluncas dan Jangan Diracuni Pokok Kaktus itu..

berdoa by emir.abu.khalil.
Seorang hamba Allah yang kesunyian berdoa agar dikurniakan padanya seekor rama-rama yang cantik untuk menghiburkan hati mengubati sunyi. Hamba Allah itu juga berdoa agar dirinya mendapat sepohon pokok bunga yang indah untuk disantap oleh pandangan matanya.

Setiap hari, Hamba Allah itu mengulangi doanya...

Dan akhirnya... Pada suatu hari, Hamba Allah itu bangun dari tidur di subuh hari, beliau mendapati terdapat seekor ulat beluncas dan sepohon pokok kaktus berada di sisinya. Beliau amat terkejut... hampa dan bersedih hati.... Oh... bukan ini yang kuharapkan ya Allah....

Setelah berfikir beberapa ketika... Beliau pun berkata... Ya Allah kiranya inilah pemberian-Mu padaku... akan kuterima. Walau rupa ulat beluncas ini hodoh... berkedut-kedut.... garang wajahnya... tidak seperti sang rama-rama yang kuimpikan... Walau rupa pokok kaktus ini berbulu-bulu... menakutkan... aku tetapbersyukur ya Allah..Dengan hati yang agak kecewa, dia menerima juga pemberian Allah. Dengan sabar Hamba Allah tadi memberi makan ulat beluncas yang hodoh itu... Pokok kaktus yang berbulu-bulu itu juga turut dibelai dan dijaga...

Sehinggalah suatu hari.... setelah pulang dari bekerja, dia mendapati ulat beluncasnya telah hilang dari sangkarnya... tetapi telah diganti dengan seekor rama-rama yang cantik... yang indah berwarna-warni sama seperti rama-rama yang beliau impikan selama ini.... Alangkah gembira Hamba Allah itu melihat impiannya menjadi kenyataan. Kemudian beliau teringat pula pada pokok kaktus yang disimpannya di belakang rumah.... Wah...! Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa pokok kaktus tersebut telah mengeluarkan bunga-bunga yang cantik... menarik serangga-serangga untuk datang kepadanya. Hamba Allah itu tidak henti-henti mengucapkan syukur atas kurniaan ini... Kini hidupnya sentiasa dan tidak lagi kesunyian.

Begitu jugalah dengan kita sebagai guru... jika mendapat seorang murid yang hodoh perangainya... tak cantik sikapnya... pemalas... lembab.... susah nak ajar... janganlah mengeluh. Kitalah orang yang bertanggungjawab untuk menukarkan "Ulat Beluncas" yang hodoh menjadi seekor "Rama-rama" yang cantik. Pokok kaktus yang kelihatan buruk pada pandangan mata kita juga sebenarnya boleh mengeluarkan "Bunga" yang indah. Asalkan... kita tidak membunuh ulat beluncas awal-awal lagi... atau jika kita tidak terus meracuni pokok kaktus yang masih muda remaja.

Pencerita Asal: Cikgu Zamri Ahmad, SMK Narinang, Kota Belud, Sabah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...