Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, May 18, 2010

PROGRAM 1SFX=1K=1M, UNTUK KUMPUL DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH SAINT FRANCIS XAVIER KENINGAU

1 SFX=1K=1M
Pengenalan:
Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau (SMSFX), telah wujud sejak Januari 1960. Pada tahun ini SMSFX telah mencapai usia 50 tahun, dan menjadi sebuah sekolah yang tertua di daerah Keningau.

SMSFX hanya berkeluasan 2.3 ekar, iaitu keluasan sekolah yang dianggap terkecil di Sabah. Bilangan kelas yang ada sekarang ialah 25 buah, dan murid-murid terpaksa dipadatkan ke dalam 15 buah bilik, termasuk satu kelas menumpang di bilik Self Access Learning Centre (SAL) dan satu kelas lagi menumpang di makmal
sains fizik.

Bilik-bilik khas tersebut terpaksa dikorbankan demi menyediakan kelas untuk anak-anak didik di daerah Keningau. Bilangan pelajar mendaftar di sekolah ini juga terus meningkat dari tahun ke tahun. Disebabkan kekurangan bilik darjah juga, purata dalam setiap bilik ialah 45 orang.

Dalam tempoh 50 tahun kewujudannya, SMSFX telah melahirkan ramai tokoh yang disegani seperti ahli politik, peniaga, kontraktor, doktor, peguam, guru, pensyarah dan banyak lagi.

Walaupun serba kekurangan, saban tahun sekolah ini terus menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di samping prsetasi yang membanggakan dalam ko kurikulum.

Latar Belakang Program 1SFX=1K=1M:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau (PIBG SMSFX) serta Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau (LPSMSFX) telah dan sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi sekolah ini.

Projek pembangunan sekolah yang dirancang dibahagikan kepada 4 Fasa iaitu:

1. Fasa 1 : Mengubah suai bangunan lama dan pondok ilmu menjadi bilik guru baru dan Dewan Ilmu. Telah siap sepenuhnya

2. Fasa 2 : Pembinaan bangunan dua tingkat untuk bilik-bilik khas (Makmal / Bilik SAL / Bilik Seni Lukis), stor serbaguna, bangunan koperasi, penyelenggaraan surau dan pondok jaga serta menimbus petak letak kereta dengan premix. Fasa ini sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 31 Julai 2010.

3. Fasa 3 : Pembinaan bangunan 3 tingkat untuk menempatkan 12 buah bilik darjah. Plan telah disediakan tetapi masih mencari dana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan

4. Fasa 4 : Pembinaan Dewan Serbaguna. Plan telah disediakan tetapi masih mencari dana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan

Salah satu program yang dirancang bagi mengumpul dana ialah Program 1SFX=1K=1M.

1 SFX=1K=1M boleh dijelaskan sebagai berikut:
• 1SFX ialah pencarian 1000 orang bekas pelajar / kakitangan SMSFX untuk menyumbang kepada tabung Lembaga Pengurusan Sekolah SMSFX.
• Jika setiap seorang menyumbang daripada 1000 orang tersebut, menyumbang sebanyak RM1000, dipanggil sebagai 1K
• Jika sumbangan daripada kesemua seribu orang berkenaan, jumlah dana akan terkumpul menjadi RM1 000 000 (1000orang X RM1000), yang dipanggil sebagai 1M

Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan-tuan dan puan-puan menyumbang kepada tabung Lembaga Pengurusan Sekolah ini, melalui Program 1SFX = 1K = 1M agar pembangunan Fasa 3 dan Fasa 4 sekolah ini dapat diteruskan. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, kami akan mengabadikan semua senarai nama (individu atau kumpulan atau agensi) yang telah memberi sumbangan sebanyak RM1000 dan ke atas, pada dinding bangunan Fasa 3 tersebut, untuk tatapan generasi akan datang, sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk turut sama memberi sumbangan kepada sekolah.

Bagi mereka yang menyumbang sebelum 28 Julai 2010, adalah dijemput untuk hadir dalam Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Julai 2010
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Dataran Keuskupan, Saint Francis Xavier, Keningau.
(Terhad kepada 10 orang bagi kategori bukan individu / Terhad kepada 2 orang bagi kategori individu)

Sekiranya Tuan/Puan berminat menjadi salah seorang penyumbang dalam program ini, bolehlah mendapatkan borang dan syarat penyertaan dari kaunter pejabat am SMSFX, atau berhubung dengan:

i. Yang Dipertua PIBG SMSFX Encik Johnny Tan Kulai (0198829333),
ii. Pengerusi LPSMSFX Encik Justin Asok (0138978154),
iii. SM. St. Francis Xavier Keningau, Tel : 087331325, faks: 087338973 dan bercakap dengan Tuan Pengetua, Encik Johnny Apin atau dengan Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hendry Anandan.
iv. Melalui Laman Web; http://www.sfx.edunet.my

Renungan:
“Dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi. Sedekah Jariah adalah suatu kebajikan yang tak akan berakhir. Pahala tetap berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia!”

Sekian, terima kasih.

Saturday, May 15, 2010

Suka nombor tu jer... Today 10, Total 2626

He he... mesti orang akan cakap... "hishhh apa lah punya post ni..." Bukan apa, ambil buat kenangan jer... Eheeee.... jangan marah ahhh...!

Jangan lupa ni http://newdayforus.blogspot.com/2010/05/program-1kisfx-untuk-kumpul-dana.html

Friday, May 7, 2010

Mana ibu bapanya, mana guru-gurunya...?

Laporan 999, 6 MEI 2010

Pelajar lelaki berpakaian sekolah sedang menuang gam ke dalam  beberapa beg plastik untuk diagih-agihkan kepada geng-geng ponteng.



Pelajar perempuan bertudung juga terlibat...!

Lebih selesa duduk dalam hutan buat dosa, berbanding duduk dalam kelas cari ilmu...?

Wartawan 999 sedang menunjukkan tin gam, tinggalan geng ponteng

Tengoklah tu... tembok pagar rumah orang pun dicontengnya? Dahlah ejaan salah...
Entahlah siapakah yang harus disalahkan. Ibu dan bapa suruh pergi sekolah. Setiap pagi dorang keluar pakai baju sekolah. Budak-budak lain masuk kelas, dorang masuk hutan buat perkara yang tidak sepatutnya. Dorang masuk hutan, hidu gam. Naudzubillah... harap-harap anak-anaku dan anak-anak didikku tidak berperangai macam ni. Semoga dorang ni insaf dan kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat lagi untuk dorang. Amin.

Saturday, May 1, 2010

PARKING BAEK PUNYAAAA.... KIYUUUTT....!

He he... masa nak ambil anak di Tadika Saint Francis Xavier, terpandang kereta ni parking gini... Terjojol gak biji mata... Tcr Ain berenti kejap ternganga.... Sebab nombor plat kereta ni betul2 bersentuhan dengan pagar. Masa tu ngam2 pula terbawa handphone. Apa lagi... jadi mangsa lensa handphone lah kereta ni....

He he he...! Esoknya, Tcr Ain tengok balik kereta ni dari depan, nampak ok jer... sikit pun tak cedera.

Parking gini bukan calang-calang orang boleh buat. Memerlukan skill khas ni. Tapi Tcr Ain tak akan berani cuba-cuba parking macam gini. Nanti lain pula jadinya. Eheee....!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...