Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, March 8, 2012

GAJI GURU KEKAL KATANYA : Pengumuman SBPA oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2012

SBPA dibatalkan. Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambah baik. 
Jadual matriks gaji mencerminkan gaji minimum-maksimum, dengan kenaikan gaji antara dari RM80 hingga RM320 bagi gred 1 hingga 54.

Kenaikan gaji tahunan bagi gred JUSA akan kekal mengikut kepada SSM.

Kos Elaun Sara Hidup (Cola) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 bagi kawasan B, dan daripada RM100 kepada RM150 bagi kawasan C.

Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan untuk melaksanakan satu kajian yang komprehensif tentang sistem imbuhan untuk kakitangan awam.

Sumber : Buletin Awani jam 2.00pm tadi.. 

P/SGaji GURU KEKAL juga ada dilaporkan dalam Buletin tersebut. Tengoklah saluran 501... Ulangan  akan disiarkan setiap 1 jam
Gambar yang saya snap dari skrin TV...

Thursday, March 1, 2012

"Bersih Cekap dan Amanah" Hmmm...

Slogan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH telah diperkenalkan sejak April 1982, oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan oleh slogan ini seperti berikut:-
 
1. Bersih iaitu
  • Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
  • Berkecuali iaitu tidak memihak kemana-mana atau berat sebelah.
  • Tidak mementingkan diri sendiri.
  • Tidak khianat, hasad dan dengki.
2. Cekap iaitu
  • Berani dan cepat membuat keputusan.
  • Menghadapi krisis dengan tenang.
  • Bersikap tegas kepada prinsip.
  • Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
  • Mempunyai keyakinan diri.
  • Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
  • Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.
3. Amanah iaitu
  • Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan iklas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
  • Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi.
Kalau semua rakyat memahami dan mengamalkan apa yang dihasratkan oleh kerajaan ini... sudah pastilah negara akan stabil dan kukuh dari semua segi, sosial, ekonomi dan politik...! Tetapi bukan mudah untuk kita nak membentuk semua manusia ke arah hasrat yang amat murni ini. Kerana jiwa dan hati manusia bukan mudah diarah-arah seperti menekan alat kawalan jauh pada alat pemain DVD. Kita tekan butang "play" wayang dimainkan. Kita tekan butang "stop" wayang berhenti... Selain itu kita juga boleh "fastforward", boleh "rewind", boleh "pause"...

Tapi manusia lain... Semuanya bermula daripada "seketul daging" bernama hati. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya. Begitulah kata-kata dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Bagi saya... saya hanya akan berani untuk pecah amanah selagi Allah tidak melihat saya... ! Namun... Allah itu maha melihat ya Tuan-tuan dan Puan-puan... Kalau setakat duit RM70++ nak dicuri... buat apa... bukan boleh kaya pun! Saya bukan orang macam tu... Duit yang saya terjumpa masa jemur kain pun saya tak ambil... walaupun kepunyaan hubby sendiri... saya mesti bagi tengok dia dulu duit tu... Kalau dia kata u ambiklah... maka I ambiklah... kalau tidak... bagi balik saja... ALLAH ITU MAHA MELIHAT. Selagi dosa tu senang untuk kita elak... kita elaklah... Sekadar RM70+ pun mau terliur...? Huh... no thanks... Peace!

Tuesday, January 24, 2012

3 bulan semak SBPA langkah terbaik, adil

Dari Bharian Online 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3bulansemakSBPAlangkahterbaik_adil/Article

2012/01/23

KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh tiga bulan bagi semakan dan penambahbaikan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai langkah terbaik dan adil kepada penjawat awam.

Presidennya, Omar Osman berkata, setiap kali kongres mengadakan taklimat di seluruh negara, kira-kira 1.3 juta penjawat awam terutama kakitangan Gred 54 ke bawah dan Kumpulan Pelaksana Satu dan Dua memang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap SBPA sedia ada.
“Ketika ini skim itu dilihat seolah-olah berat sebelah, tidak adil dan mempunyai jurang besar daripada segi keistimewaan pekerja kelas atasan dan bawahan. Justeru, kita menyambut baik keputusan Perdana Menteri supaya SBPA diperbaiki dengan mengambil kira cadangan dan suara hati penjawat awam semua peringkat bagi memastikan nasib kami lebih terbela.
“Pada masa sama, kita mahu keistimewaan diterima kumpulan atasan disemak semula menentukan sama ada benar-benar layak diterima atau sebaliknya, berdasarkan tanggungjawab dan bebanan tugasan masing-masing,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Najib supaya pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru yang akan memuaskan hati setiap penjawat awam semua peringkat.

Omar berkata, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam di seluruh negara pada Februari ini untuk membincangkan semakan semula SBPA.

Monday, January 9, 2012

BUKAN SENGAJA MENGURUNG DIRI DI PERPUSTAKAAN... TAPI INILAH KERJA KAMI...

Hmmm... kerja-kerja ni sebenarnya kami dah mulakan sejak cuti hujung tahun 2011 tu lagi... Masih belum siap-siap lagi...! Kadang-kadang dah naik muak membaca buku... untuk kenal pasti kategori apa. Setakat ini baru kategori KARYA AM : KOD 000 saja yang sudah balik ke rak... Masih ada 9 kategori lagi yang dah jadi rojak. Tu belum masuk berpuluh-puluh subjek untuk buku rujukan...! Tabahkanlah hati kami...
SEMUA BUKU DAH TURUN DARI RAK...!!

KENA ASINGKAN BUKU IKUT KATEGORI YANG BETUL.... PENING... PENING


RAK BERHABUK YANG TEBALNYA ENTAH BERAPA INCI PUN KENA CUCI.... ANAK2 JADI ASSISTANT
BERPELUH-PELUH... PUAN ROSMINAH NAMPAKNYA...

SI JENNY ROSE PULA KENA PANJAT RAK UNTUK CUCI HABUK...

HUIII.... CONCENTRATE ABIS...

ENTAH BILALAH AKAN SIAP PENYUSUNAN NI... TU BELUM BUKU RUJUKAN IKUT MATA PELAJARAN...

DOAKAN KAMI DAPAT SELESAIKAN TUGAS INI DENGAN JAYA YA...


ASSISTANT TAMBAHAN MEMBANTU...

BERSERABUT TAK...?? MEH LAH TOLONG SEKALI... PLS...

PEMANDANGAN BUKU-BUKU MENIMBUN DAN PERLU TINDAKAN SEGERA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...