Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, December 24, 2012

Gusi Berdarah Bukan Perkara Biasa!!

Pernahkah apabila anda memberus gigi, gusi anda berdarah? Ataupun... tak berus gigi pun gusi tetap berdarah? 

Jika ya, jangan pandang ringan keadaan ini. Gusi berdarah adalah satu petunjuk bahawa gigi anda telah ditumbuhi karang gigi, iaitu tahi gigi yang terkumpul pada pangkal gigi, yang telah mengeras dan bersembunyi di sebalik gusi.

Inilah contoh karang gigi yang teruk... Eee yewww...
Karang gigi tidak dapat diberihkan dengan hanya menggosok gigi atau berkumur dengan cecair pembersih.  hanya dengan peralatan khas doktor gigi sahaja dapat membersihkan karang gigi 


Jika anda mengalami gusi berdarah, pergilah ke klinik gigi dengan segera. Mintalah doktor gigi bersihkan karang gigi anda. Sesi cuci gigi mengambil masa 15 - 30 minit, bergantung kepada banyaknya karang yang tumbuh. Kos cuci gigi adalah antara RM50 - RM150, juga bergantung pada tahap kekotoran gigi. Selepas gigi dibersihkan, gerenti gusi tak akan berdarah lagi. Beruslah macam mana pun... gusi tak akan berdarah. Tak percaya... cubalah...

Untuk mengekalkan tahap kebersihan gigi, beruslah gigi, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.  Semua bahagian-gigi  hendaklah dipastikan bersih. Jangan lupa untuk gosok permukaan lidah dan gusi gusi sekali. Untuk permukaan gigi rahang atas, gerakan memberus gigi hendaklah dari atas ke bawah. Dan untuk permukaan gigi rahang bawah, gerakan yang betul adalah dari bawah ke atas. Gerakan memberus seperti ini dapat mengelakkan pembentukan karang gigi.

Selepas memberus gigi, floss gigi menggunakan benang satin yang terdapat banyak di pasaran. 
Macam nilah contohnya orang yang sedang floss gigi...
Floss sebenarnya bukan satu pilihan, tetapi satu kewajipan. Floss sebenarnya lebih penting daripada memberus gigi. Ini kerana floss dapat membersihkan celah gigi yang tidak dapat dibersihkan dengan cara memberus gigi sahaja. Floss juga sangat bagus diamalkan setiap kali selepas makan. Jangan biarkan sisa makanan berada di celah gigi dalam tempoh yang lama, kerana sisa makanan yang membusuk di celah gigi akan mengeluarkan asid dan merosakkan enamel gigi.

Untuk memastikan jangka hayat gigi lebih panjang dan kekal memberi jasa kepada kita, temuilah doktor gigi anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memeriksa gigi, dan merawatnya jika perlu. 

Gigi merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Gigi yang sihat, mencerminkan imej yang positif kepada pemiliknya. TcRaiN menulis ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, yang didapati sewaktu menemui doktor gigi. Kalau ada tersilap mohon maaf ya.. 

Wednesday, November 7, 2012

Keputusan UPSR 2012 boleh disemak pada 19 November 2012

Talian untuk menyemak keputusan UPSR 2012 akan dibuka pada 19 November, iaitu Isnin. Cara menyemak ialah dengan cara menghantar SMS: 'UPSR' 'ANGKA GILIRAN' ke nombor 15888.

Keputusan rasmi yang sepatutnya diumumkan pada 8 November telah ditangguhkan kepada 19 Nov disebabkan oleh perkara-perkara di luar jangkaan yang perlu diselesaikan. 

Keputusan UPSR tersebut boleh diperolehi di sekolah-sekolah masing-masing pada hari itu

Selain itu, semakan keputusan tersebut boleh juga dibuat melalui laman sesawang SAPS. Sila klik imej di bawah ini untuk masuk ke laman tersebut

Apa-apa jua keputusan yang bakal diterima, terima dengan hati terbuka dan bersyukur. Semua yang Allah beri ada hikmahnya.

Sunday, October 21, 2012

Kusandar segala-galanya hanya pada-Mu

Pada saat diri ini goyah, kesedihan melanda, kehilangan keyakinan diri, 
aku hanya mampu mengadu Pada-Mu... 
Ternyata hanya Engkau yang mampu memujuk hatiku....
maha mendengar rintihanku.
Maha memahami kesedihan dan kesulitanku

Betapa aku bersyukurdan terharu menerima kasih sayang dari-Mu.
Syukur ALHAMDULILLAH... ya Allah Tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu

Monday, September 24, 2012

Kenangan yang buat menangis!

Tiba-tiba hati teringat kisah dulu-dulu... Masa tu masih sekolah lagi. Tingkatan 5 lagi. Aku merupakan pelajar baru di sekolah tu.

Pada suatu hari.... (he he he..) Sabtu, Aku dengan kawan-kawan kena datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan cetak. Dah habis masa, aku dengan kawan-kawan pun pulang berjalan kaki... Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dekat kami. Rupa-rupanya cikgu lukisan dengan seorang lagi cikgu yang tinggal di flat guru. Dorang kata nak tumpangkan kami sampai kedai. 

Jadi dalam perjalanan tu, berbual-buallah kami. Saya bertanya dengan kawan guru lukisan, cikgu sudah berapa lama mengajar di sini? Dia pun kata, lama sudah. Dan nak lama-lama lagi duk Sabah. Saya lambat jumpa dengan kamu. Kalau tidak saya akan duduk sini selama-lamanya.

Aku pada masa tu tak terasa apa-apa... cuma rasa dia bergurau saja. Aku menyengih bodoh saja, sebab sesungguhnya cikgu tu dah kawin... Isterinya ada rupa, lemah lembut... cukup sifat sebagai isterilah... tak ada yang kurang.

Sekarang ni entah kenapa hal tu muncul balik dalam fikiran. Aku cuba membayangkan bagaimanakah perasaan isteri cikgu tu kalau dia tahu yang laki dia ada bercakap macam tu kat orang lain. Huhh..!!! Dulu aku buat biasa saja.. tak rasa bersalah... kerana aku belum menjadi isteri sesiapa lagi pada masa tu. Aku tak tau pun bahawa perkara itu sebenarnya salah. Tetapi sekarang ini apabila aku cuba meletakkan diri ini di tempat diri si isteri itu, barulah aku dapat merasakan betapa pedihnya hati Allah saja yang tahu.
Pedih kerana dia buat di belakang kita.. Kalau depan-depan aku tak kisah... Jangan depan pijak semut pun tak mati, di belakang ligat bukan main... Kalau nampak depan mata, tahulah apa nak buat. Aku tak akan marah... jauh sekali nak marah... Aku akan bagi 'green light' sepenuhnya, lantas angkat kaki.


Jadi pengajarannya, wahai para laki sekalian, jangan sebarangan mengeluarkan kata-kata. Kerana kata-kata itu boleh menjadi sembilu menghiris hati. Buat hati seorang isteri yang diamanahkan oleh Allah tersinggung dan berduka cita. Isteri yang baik harus dilayan dengan baik juga. Hu hu ... sedih... sedih mengenangkan ada laki yang macam tu...

Kalau mau main api juga, jangan 'Main belakang'. Kalau berani terus terang, macam seorang jantan sejati. Jangan alang-alang... dan jangan tamak. Setia pada yang satu saja.... Kalau nak yang baru, lepas saja yang lama.

Yang perempuan pun, harus tahu menjaga maruah sebagai perempuan. Jangan dah tahu lelaki tu dah berkahwin, masih nak cuba bermain dengan api. "Hukum Karma" tidak pernah gagal.

P/S : Mendoakan yang terbaik buat semua pasangan suami isteri yang menjunjung pegangan agama sebagai landasan membentuk keharmonian dan masa depan keluarga dunia dan akhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...