Kedai Maya - Wajib Klik

Wednesday, April 3, 2013

Kerja Kursus Prinsip Perakaunan SPM 2013 (Bahagian Pengiraan Titik Pulang Modal)



PENGIRAAN TITIK PULANG MODAL

Sebelum mulakan langkah-langkah berikut, kita kenalah menyiapkan Penyata Kos Pengeluaran terlebih dahulu. Kalau dah siap Penyata Kos, ikutilah langkah-langkah berikut:
Langkah 1 : Menetapkan harga  jualan   seunit . Letak saja berapa-berapa RM yang munasabah.

Langkah 2 : Menentukan Unit Jualan
Unit Jualan
=
Jualan
__________________
Harga Jualan Seunit

Langkah 3 : Mengira Kos Berubah Seunit
Kos Berubah Seunit
=
Jumlah Kos Berubah
____________________
Unit Jualan
        
            Jumlah Kos Berubah =  Kos Prima yang ada dalam Penyata Kos Pengeluaran

Langkah 4 : Menentukan Kos Tetap  
                     Kos Tetap merupakan Kos Overhed yang ada dalam  Penyata Kos Pengeluaran

Langkah 5 : Mengira Margin Caruman Seunit

Margin Caruman seunit = Harga Jualan Seunit - Kos Berubah Seunit

Langkah 6: Mengira Titik Pulang Modal
Titik Pulang Modal
=
Kos Tetap
_____________________
Margin Caruman Seunit

Monday, February 4, 2013

Pendatang Asing di Sabah Tak Perlu Risau. Anda tak akan dihalau dari Bumi Sabah

Uppsss... tajuknya...!! Bukan saya yang kata ya... tu ada pihak yang kata... (Pihak bukan kerajaanlah...) dalam Daily Express 2 Februari 2013.

Dia kata, "pendatang asing adalah penting bagi ekonomi dan pembangunan Sabah. Jangan risau kerana kalau kami menang PRU 13, pendatang asing tidak akan dihalau. Pendatang asing boleh duduk dengan aman di sini. Boleh kerja di kedai kopi, boleh kerja di ladang-ladang, dalam sektor pembinaan... Tetapi, kenalah masuk secara sah. Ada dokumen. Cukup 15 tahun bermastautin, pendatang asing sudah boleh memohon jadi warganegara dan boleh mengundi dalam pilihan raya"

Hmmm.... Tak payah tunggu dorang menang rasanya. Bukan kerajaan punya polisi memang sedia kala macam ni??? ???? ??? ??? Copy cat yer...?

Hias-hiasan...
??? ??? ???-

Thursday, January 24, 2013

Saya punya cermins...

Salam... 

Orang zaman dahulu kala macam ni lah... kalau nak tengok rupa diri sendiri, kena tengok bayangan pada air... Dorang belum pandai buat cermin lagi.

Sekarang kalau nak cari cermin senang saja... sana-sini ada jual cermin. Di bilik tidur saya pun ada dua cermin besar... Satu cermin tu namanya Bidadari... satu cermin lagi bernama Bidak.

Saya lebih suka memandang pada Si Bidadari. Setiap kali saya pandang padanya, saya nampak seseorang yang mempunyai susuk tubuh yang tinggi lampai dan langsing gitu... Saya tak suka pandang pada si Bidak. Saya boleh nampak seseorang yang tidaklah kurus mana... dan... taklah tinggi mana pun... Kemudian saya teliti gambar-gambar saya (tanpa edit aaa...). Eh.. eh... macam saya tengok si Bidak lah...

Huuuh..!!! Apalah ertinya menyukai si Bidadari kerana dia sebenarnya PENIPU BESAR!!!! Si Bidak lebih jujur kerana dia menunjukkan sesuatu yang FAKTA... bukan AUTA. Suka atau tidak saya harus terima realiti.

Antara puji-pujian dengan kritikan, orang biasanya lebih sukakan puji-pujian. Pujian amat bahaya kawan... boleh menyebabkan kita terasa diri perfect, mulia, bangga diri, riak. Kritikan?? Boleh blah!!!! Orang benci kritikan. Lebih-lebih lagi kalau orang kutuk depan-depan. Sedangkan kutukan itulah cermin diri kita yang lebih jujur. Bila dikutuk, kita patut refleksi diri. Cari mana kekurangan... kita baiki. Bagi saya tak apa kutuk depan-depan, jangan dia sok sek sok sek... di belakang...! Tu kerja orang pengecut saja tu...

Hmmm.. kenapa ya.. sejak akhir-akhir ini lidah saya semakin imun pada rasa garam??? (kaitan???) Tanda-tanda penuaan agaknya. Dah lama sangat makan garam... Uppsss... mujurlah saya sedar yang saya semakin tua... Malah si Bidak mahupun si Bidadari kedua-duanya bagi tahu yang saya ni dah makin 'tua'. Jadi saya kenalah berperangai macam orang tua juga... Supaya kelihatan sesuai...

Teringat saya pada seorang ahli falsafah Yunani bernama Narcissus.

Malang betul nasib beliau... Beliau ini meninggal dunia gara-gara terlalu mengagumi bayangan dirinya yang terpantul di permukaan tasik (orang dulu-dulu kan.. belum pandai buat cermin...) sampai lupa makan (hmmm mati kebulur...) Mudah-mudahan jangan sampai terjadi pada diri saya... Mohon Allah ingatkan saya selalu.

Monday, December 31, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Esok masuklah tahun 2013... Mari semak tarikh-tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2013..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...