Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, February 4, 2013

Pendatang Asing di Sabah Tak Perlu Risau. Anda tak akan dihalau dari Bumi Sabah

Uppsss... tajuknya...!! Bukan saya yang kata ya... tu ada pihak yang kata... (Pihak bukan kerajaanlah...) dalam Daily Express 2 Februari 2013.

Dia kata, "pendatang asing adalah penting bagi ekonomi dan pembangunan Sabah. Jangan risau kerana kalau kami menang PRU 13, pendatang asing tidak akan dihalau. Pendatang asing boleh duduk dengan aman di sini. Boleh kerja di kedai kopi, boleh kerja di ladang-ladang, dalam sektor pembinaan... Tetapi, kenalah masuk secara sah. Ada dokumen. Cukup 15 tahun bermastautin, pendatang asing sudah boleh memohon jadi warganegara dan boleh mengundi dalam pilihan raya"

Hmmm.... Tak payah tunggu dorang menang rasanya. Bukan kerajaan punya polisi memang sedia kala macam ni??? ???? ??? ??? Copy cat yer...?

Hias-hiasan...
??? ??? ???-

Thursday, January 24, 2013

Saya punya cermins...

Salam... 

Orang zaman dahulu kala macam ni lah... kalau nak tengok rupa diri sendiri, kena tengok bayangan pada air... Dorang belum pandai buat cermin lagi.

Sekarang kalau nak cari cermin senang saja... sana-sini ada jual cermin. Di bilik tidur saya pun ada dua cermin besar... Satu cermin tu namanya Bidadari... satu cermin lagi bernama Bidak.

Saya lebih suka memandang pada Si Bidadari. Setiap kali saya pandang padanya, saya nampak seseorang yang mempunyai susuk tubuh yang tinggi lampai dan langsing gitu... Saya tak suka pandang pada si Bidak. Saya boleh nampak seseorang yang tidaklah kurus mana... dan... taklah tinggi mana pun... Kemudian saya teliti gambar-gambar saya (tanpa edit aaa...). Eh.. eh... macam saya tengok si Bidak lah...

Huuuh..!!! Apalah ertinya menyukai si Bidadari kerana dia sebenarnya PENIPU BESAR!!!! Si Bidak lebih jujur kerana dia menunjukkan sesuatu yang FAKTA... bukan AUTA. Suka atau tidak saya harus terima realiti.

Antara puji-pujian dengan kritikan, orang biasanya lebih sukakan puji-pujian. Pujian amat bahaya kawan... boleh menyebabkan kita terasa diri perfect, mulia, bangga diri, riak. Kritikan?? Boleh blah!!!! Orang benci kritikan. Lebih-lebih lagi kalau orang kutuk depan-depan. Sedangkan kutukan itulah cermin diri kita yang lebih jujur. Bila dikutuk, kita patut refleksi diri. Cari mana kekurangan... kita baiki. Bagi saya tak apa kutuk depan-depan, jangan dia sok sek sok sek... di belakang...! Tu kerja orang pengecut saja tu...

Hmmm.. kenapa ya.. sejak akhir-akhir ini lidah saya semakin imun pada rasa garam??? (kaitan???) Tanda-tanda penuaan agaknya. Dah lama sangat makan garam... Uppsss... mujurlah saya sedar yang saya semakin tua... Malah si Bidak mahupun si Bidadari kedua-duanya bagi tahu yang saya ni dah makin 'tua'. Jadi saya kenalah berperangai macam orang tua juga... Supaya kelihatan sesuai...

Teringat saya pada seorang ahli falsafah Yunani bernama Narcissus.

Malang betul nasib beliau... Beliau ini meninggal dunia gara-gara terlalu mengagumi bayangan dirinya yang terpantul di permukaan tasik (orang dulu-dulu kan.. belum pandai buat cermin...) sampai lupa makan (hmmm mati kebulur...) Mudah-mudahan jangan sampai terjadi pada diri saya... Mohon Allah ingatkan saya selalu.

Monday, December 31, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Esok masuklah tahun 2013... Mari semak tarikh-tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2013..

Monday, December 24, 2012

Gusi Berdarah Bukan Perkara Biasa!!

Pernahkah apabila anda memberus gigi, gusi anda berdarah? Ataupun... tak berus gigi pun gusi tetap berdarah? 

Jika ya, jangan pandang ringan keadaan ini. Gusi berdarah adalah satu petunjuk bahawa gigi anda telah ditumbuhi karang gigi, iaitu tahi gigi yang terkumpul pada pangkal gigi, yang telah mengeras dan bersembunyi di sebalik gusi.

Inilah contoh karang gigi yang teruk... Eee yewww...
Karang gigi tidak dapat diberihkan dengan hanya menggosok gigi atau berkumur dengan cecair pembersih.  hanya dengan peralatan khas doktor gigi sahaja dapat membersihkan karang gigi 


Jika anda mengalami gusi berdarah, pergilah ke klinik gigi dengan segera. Mintalah doktor gigi bersihkan karang gigi anda. Sesi cuci gigi mengambil masa 15 - 30 minit, bergantung kepada banyaknya karang yang tumbuh. Kos cuci gigi adalah antara RM50 - RM150, juga bergantung pada tahap kekotoran gigi. Selepas gigi dibersihkan, gerenti gusi tak akan berdarah lagi. Beruslah macam mana pun... gusi tak akan berdarah. Tak percaya... cubalah...

Untuk mengekalkan tahap kebersihan gigi, beruslah gigi, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.  Semua bahagian-gigi  hendaklah dipastikan bersih. Jangan lupa untuk gosok permukaan lidah dan gusi gusi sekali. Untuk permukaan gigi rahang atas, gerakan memberus gigi hendaklah dari atas ke bawah. Dan untuk permukaan gigi rahang bawah, gerakan yang betul adalah dari bawah ke atas. Gerakan memberus seperti ini dapat mengelakkan pembentukan karang gigi.

Selepas memberus gigi, floss gigi menggunakan benang satin yang terdapat banyak di pasaran. 
Macam nilah contohnya orang yang sedang floss gigi...
Floss sebenarnya bukan satu pilihan, tetapi satu kewajipan. Floss sebenarnya lebih penting daripada memberus gigi. Ini kerana floss dapat membersihkan celah gigi yang tidak dapat dibersihkan dengan cara memberus gigi sahaja. Floss juga sangat bagus diamalkan setiap kali selepas makan. Jangan biarkan sisa makanan berada di celah gigi dalam tempoh yang lama, kerana sisa makanan yang membusuk di celah gigi akan mengeluarkan asid dan merosakkan enamel gigi.

Untuk memastikan jangka hayat gigi lebih panjang dan kekal memberi jasa kepada kita, temuilah doktor gigi anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memeriksa gigi, dan merawatnya jika perlu. 

Gigi merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Gigi yang sihat, mencerminkan imej yang positif kepada pemiliknya. TcRaiN menulis ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, yang didapati sewaktu menemui doktor gigi. Kalau ada tersilap mohon maaf ya.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...