
Pulau Sipadan telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi oleh "New7Wonders", sebuah pertubuhan antarabangsa yang menganjurkan pencarian 7 keajaiban Semulajadi Dunia terkini. Pertubuhan yang ditubuhkan di Lisbon, Portugal, sejak tahun 2007 ini, adalah juga satu badan yang bekerjasama dengan The United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization (UNESCO), dalam pencarian ini. Sukacita dimaklumkan di sini, Pulau Sipadan telah berjaya tersenarai sebagai 21 calon teratas setakat ini.
Sabah juga sedang giat memperkasakan usahanya untuk memenangi gelaran 7 Keajaiban Semulajadi melalui Pulau Sipadan. Dalam pada itu, dengan sukacita diumumkan
poster rasmi kempen ini, berserta
laman web rasmi Vote Sipadan.

No comments:
Post a Comment