Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, March 30, 2010

Mengumpat dan kita....

Masa-masa lapang, tak ada kerja nak buat, kita selalu cenderung untuk berbual-bual dengan kawan-kawan. Macam-macam hal kita nak bualkan. Cerita pasal itu, pasal ini.... dan... paling susah sangat kita nak mengelak ialah mengumpat orang. Kadang-kadang bukan tak sedar diri sedang mengumpat orang... tapi... rasa seronok pula mengumpat yerk..!

Mengumpat bagi kita satu perbuatan yang biasa... hingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang membuat dosa yang maha besar!! Ini harus menjadi renungan buat diriku dan sesiapa saja.

DOA : Bismillahirahmaanirrahin.... Semoga tulisan ini dapat memberi sedikit atau banyak kesedaran pada diri saya sendiri, atau mungkin orang lain tentang betapa buruknya sikap mengumpat ni. Amin.... ya Rabbal Alamin...


DEFINISI MENGUMPAT : Mengumpat boleh didefinisikan sebagai perbuatan bercerita / menyebut / mewar-warkan perihal keburukan atau kekurangan seseorang dengan orang lain.

Walaupun kita tak sebut nama orang yang sedang diumpat... masih dikira mengumpat juga, kalau kawan-kawan mengumpat tu tahu siapa yang sedang diumpat tu.

HUKUM MENGUMPAT : Mestilah berdosa besar!!! Hoiiii... ada lagi yang tak tau kerr...???
1. Perbuatan mengumpat adalah perbuatan yang amat buruk dan hina, di mana perbuatan ini boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Eeee... yeww.... cuba bayangkan kamu makan daging adik beradik kamu, atau ibu bapa kamu atau siapa-siapalah saudara seagama kita. Manusia yang waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

2. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

3. Dosa mengumpat lebih besar daripada dosa membuat zina.
" Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

AKIBAT MENGUMPAT
1. Mengumpat akan menghapuskan pahala kebaikan yang kita telah buat sebelum ini. Kalau dah buat amal pun sikit, lepas tu kena padam lagi oleh dosa mengumpat... apa lagilah yang kita ada sebagai bekalan di akhirat nanti?? Buktinya ada hadis yang mengatakan, "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Ranting kayu kering adalah perumpamaan kepada pahala, api adalah dosa mengumpat.

2. Selain mendapat dosa dan akan menerima hukuman di akhirat, orang yang mengumpat juga akan mendedahkan dirinya pada perkara yang sama yang diumpatnya. Ini yang dipanggil HUKUM KARMA. Tcr Ain percaya sangat pada hukum karma....! Dah banyak bukti dah Tcr Ain jumpa. Rasulullah juga pernah bersabda:
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
.

3. Itu bagi yang mengumpat.... bagi yang diumpat pula ada juga kesannya... ada juga. Mereka akan mendapat ganjaran pahala kerana diumpat, dan dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Jadi mahukah kamu menanggung dosa orang lain, sedangkan dosa sendiri menimbun???

CARA MENGELAK DARIPADA MENGUMPAT
Banyak sebenarnya yang kita boleh buat... kita kan ada akal dan fikiran masing-masing... antaranya
1. Masing-masing kena muhasabah diri
2. Sentiasa ingat bahawa kita hidup di dunia ni sementara saja.
3. Kena balik pada pencipta kita. Apa yang dijanjikanNya itu benar belaka. Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka itu benar...
Hari Akhirat itu juga benar dan Hari Kiamat juga benar.
4. Banyakkan berzikir....
5. Semasa lepak-lepak tu kena ambil peranan kita... kalau kawan-kawan mula masuk bab mengumpat, pandai-pandailah tukar topik... Kalau tak juga berhenti ngumpat... pergi buat kerja yang banyak tertunggak tu... heee....!

"INGATLAH DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUNKAN OLEH YANG DIUMPAT" oleh itu berusahalah sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada mengumpat. Kalau ada tak puas hati tu... baik pi jumpa sendiri dengan orang tu kan...!

UNTUK YANG PERNAH TCR AIN TERUMPAT, TCR AIN MOHON MAAF. DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. LEPAS NI TCR AIN BERHARAP SANGAT AGAR ALLH MEMBERI KEKUATAN DIRI UNTUK MENGHINDAR DIRI DARIPADA PERBUATAN BERDOSA BESAR INI. AMIN.

http://farm4.static.flickr.com/3026/3014493875_e7206e9519.jpg
Agaknya dorang berdua ni mengumpat apa yer? (Gambar hiasan saja...)

4 comments:

KIDbrush® said...

Yeshhh.... mmg tidak di nafikan ramai org2 kita suka mengumpat... tapi kena pandai bezakan mengumpat dengan luahan tidak puas hati..

mengumpat > Eh cik Yah.. ko tau x si Zaiton tuh...ngumpat ..ngumpat...ngumpat

x puas hati> Hape la si Zaiton tuh.. hade ke patut... wacha..wacha...wacha


KID ;) x reti anyam ketupat

TcRaiN said...

Berus... tu pun mengumpat juga lah...

ايمي هوميرا ; لين said...

urm...ce tgk blek akibat mengumpat...no.3...spatutny bkn ke...dose org yg diumpat tu brpindah ke org yg mengumpat??

TcRaiN said...

Terima kasih banyak-banyak kepada ايمي هوميرا ; اتزلين kerana anda telah membaca pos ini dengan teliti dan penuh penghayatan. Walaupun pos ini telah dibuat sejak tahun 2010, malah telah saya ulang pos sebanyak 2 kali, tetapi baru andalah orang yang benar-benar membacanya. Terima kasih... Semoga dirahmatiNya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...