Kedai Maya - Wajib Klik

Sunday, June 12, 2011

Mari mencetak Slip Gaji secara dalam talian

Dah nak dekat hujung-hujung bulan ni kan... mesti kita nak cetak atau muat turun slip gaji. Kita kena muat turun atau cetak terus dan simpan dalam fail, kerana slip gaji bulanan kita hanya bertahan sehingga enam bulan sahaja sebelum dipadam oleh Jabatan Akauntan Negara. kalau terlupa... 6 bulan tu bukannya lama...

TcRaiN pun selalu juga terlupa mana satu laman sesawang untuk memuat turun dan mencetak slip gaji daripada internet. Kali ini TcRaiN nak letak terus dalam pos ini lah...

Alah... klik terus saja pada imej di bawah ini

Kemudian Klik "Akses Sistem". Masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan dan slip gaji akan dimuat turun. Boleh simpan dalam komputer atau boleh dicetak terus.

Kalau belum ada kata laluan, kena daftar dahulu dengan cara klik pada "Pertama Kali Mendaftar". Isi borang pendaftaran. Kalau dah daftar bolehlah log in terus seperti biasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...