Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Jadi Malaysia... dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kelmarin 16 September 2009, genap 46 tahun Malaysia dilahirkan. Mengikut sejarah, Malaysia sepatutnya diisytiharkan terbentuk pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan Indonesia dan Filipina menentang, maka PBB mencadangkan agar diadakan pungutan suara di kalangan rakyat Borneo sendiri. Tugas pungutan suara itu hanya selesai pada 14 September 1963, di mana didapati majoriti rakyat Borneo bersetuju untuk menyertai negara baru yang merdeka itu. Dengan itu, penubuhan Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

Sejak itu bermulalah perjalanan sebuah negara baru, Malaysia yang meliputi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Sebagai warganegara Malaysia, sikap patriotik harus ada... Tetapi apakah cara yang sebenarnya untuk meluah semagat patriotik? Cukupkah dengan hanya melaungkan merdeka sekuat hati, mengibarkan jalur gemilang atau perarakan besar-besaran?

Bagi saya, orang yang patriotik sebenarnya;
1. membenci rasuah
2. membeli dan berbangga dengan produk buatan Malaysia
3. utamakan melancong dalam negara
4. Cintakan alam sekitar (kitar semula itu sangaaatttt baik)
5. ada semangat satu Malaysia. Bersatu dalam kepelbagaian
6. sentiasa menjaga nama baik negara, walau di manapun pergi
7. bermoral tinggi. Jangan buat maksiat
8. bagi pelajar-pelajar pula jangan mudah berpuas hati dengan sekadar lulus... jadilah yang terbaik (termasuk pelajar IPT lah...)
9. bagi yang bekerja, kerja sungguh-sungguh. Jangan sering merungut. Nanti hilang pahala ibadah. Kalau kerja tak sungguh-sungguh... selalu nak curi tulang, nanti halal lagi kah gaji kita???
10. mengenang dan menghargai jasa pemimpin, pejuang bangsa terdahulu dan sekarang.

Hmmm negara kita bukan terbentuk sekelip mata... ada berjuta-juta rentetan kisah sebelum kita dapat kecapi kesenangan hari ini. Jangan lupa pula yer...

Dalam pada itu, beberapa hari lagi 1 Syawal pula akan menjelang. Setakat hari ini, sudah dekat 40 orang maut dalam Ops Raya tahun ini. Risaunya... Sempena Hari Raya ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala kesalahan, terlebih kata, terkasar sikap, terumpat dan sebagainya. Mana yang termakan dan terminum tu.. harap dihalalkan.

Dalam banyak-banyak lagu raya... lagu raya ini kegemaran saya... Lagu yang penuh nostalgia Selamat Hari Raya Semua...


Thursday, June 11, 2009

Kunak oh Kunak... Menanti angin perubahan??

Pintu Gerbang "Selamat Datang Ke Pekan Kunak, Pekan Indah dan Aman"

Kanak-kanak yang riang dan peramah sangat. Sebenarnya fokus utama saya ialah orang yang tengah mandi nun kat bawah jambatan. Kesian kan... gara-gara tak ada air paip.

Longgokan sampah di tebing sungai yang akan mencemar sungai. Hmmm... kenapa buat begini kawan?

Tandas di tebing sungai... Tak terfikirkah akibatnya kepada sumber air anda semua?

Memualkan! Namun...

Air sungai ini jugalah yang dipam naik untuk kegunaan penduduk kampung. Mencuci, mandi, memasak makanan dan minuman... semua guna air sungai ini... Waduh!

Wahai paip air.... sampai bilakah agaknya engkau harus begini??? Kenapa enggan membela nasib mereka??? Sudahlah miskin tidak berharta... kini engkau pula menambah beban dan kedaifan mereka. Engkau ni nama saja paip air... tapi... setitik air pun susah sangat untuk kau beri pada mereka...???

Hmmm paip air pula kah yang harus kena marah? Jadi.... Salah siapa.... salah siapa sebenarnya???

Syurga Tikus di kolong-kolong kedai yang terdapat di Pangkalan. Gambar yang ni... tiada kaitan dengan sungai... cuma ini adalah salah satu contoh bahawa Pekan Kunak sedang Nazak! Mana MDKNK???? Mana...?

Friday, June 5, 2009

Hari Alam Sekitar Sedunia

Tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini, 5 Jun 2009 ialah "Your Planet Need You!Unite to Combat Climate Change" (Plenet Ini Perlukan Anda, Bersatu Menentang Perubahan Cuaca). Ini adalah salah satu platform utama bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menimbulkan kesedaran penduduk dunia tentang alam sekitar.

  • Tanam pokok! Bantu Kempen Satu Billion Pokok oleh UNEP untuk mencapai target sebelum hujung tahun ini.
  • Jimatkan penggunaan air.
  • Gunakan tuala untuk mengesat muka bagi menggantikan tisu yang akan dibuang selepas digunakan
  • Untuk tapau makanan, gunakan pembungkus makanan yang boleh digunakan semula. Elakkan guna tapau polisterin. Gunakan daun pisangkah...(he he he) atau bawa kontena makanan dari rumah
  • Matikan semua suis elektrik yang tidak digunakan. Dengan melakukan ini kita dapat jimatkan tenaga elektrik, dapat jimat RM dan dapat juga mengurangkan pencemaran udara. Untungkan?
  • Seboleh-bolehnya jangan guna plastik.
Jadi kawan-kawan, mari berganding bahu menjaga alam sekitar, untuk kita dan generasi akan datang

Thursday, June 4, 2009

Undilah Pulau Sipadan - 7 Keajaiban Semulajadi

Pulau Sipadan telah dicalonkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi oleh "New7Wonders", sebuah pertubuhan antarabangsa yang menganjurkan pencarian 7 keajaiban Semulajadi Dunia terkini. Pertubuhan yang ditubuhkan di Lisbon, Portugal, sejak tahun 2007 ini, adalah juga satu badan yang bekerjasama dengan The United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization (UNESCO), dalam pencarian ini. Sukacita dimaklumkan di sini, Pulau Sipadan telah berjaya tersenarai sebagai 21 calon teratas setakat ini.

Sabah juga sedang giat memperkasakan usahanya untuk memenangi gelaran 7 Keajaiban Semulajadi melalui Pulau Sipadan. Dalam pada itu, dengan sukacita diumumkan poster rasmi kempen ini, berserta laman web rasmi Vote Sipadan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...