Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, March 30, 2010

Mengumpat dan kita....

Masa-masa lapang, tak ada kerja nak buat, kita selalu cenderung untuk berbual-bual dengan kawan-kawan. Macam-macam hal kita nak bualkan. Cerita pasal itu, pasal ini.... dan... paling susah sangat kita nak mengelak ialah mengumpat orang. Kadang-kadang bukan tak sedar diri sedang mengumpat orang... tapi... rasa seronok pula mengumpat yerk..!

Mengumpat bagi kita satu perbuatan yang biasa... hingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya sedang membuat dosa yang maha besar!! Ini harus menjadi renungan buat diriku dan sesiapa saja.

DOA : Bismillahirahmaanirrahin.... Semoga tulisan ini dapat memberi sedikit atau banyak kesedaran pada diri saya sendiri, atau mungkin orang lain tentang betapa buruknya sikap mengumpat ni. Amin.... ya Rabbal Alamin...


DEFINISI MENGUMPAT : Mengumpat boleh didefinisikan sebagai perbuatan bercerita / menyebut / mewar-warkan perihal keburukan atau kekurangan seseorang dengan orang lain.

Walaupun kita tak sebut nama orang yang sedang diumpat... masih dikira mengumpat juga, kalau kawan-kawan mengumpat tu tahu siapa yang sedang diumpat tu.

HUKUM MENGUMPAT : Mestilah berdosa besar!!! Hoiiii... ada lagi yang tak tau kerr...???
1. Perbuatan mengumpat adalah perbuatan yang amat buruk dan hina, di mana perbuatan ini boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Eeee... yeww.... cuba bayangkan kamu makan daging adik beradik kamu, atau ibu bapa kamu atau siapa-siapalah saudara seagama kita. Manusia yang waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

2. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

3. Dosa mengumpat lebih besar daripada dosa membuat zina.
" Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

AKIBAT MENGUMPAT
1. Mengumpat akan menghapuskan pahala kebaikan yang kita telah buat sebelum ini. Kalau dah buat amal pun sikit, lepas tu kena padam lagi oleh dosa mengumpat... apa lagilah yang kita ada sebagai bekalan di akhirat nanti?? Buktinya ada hadis yang mengatakan, "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Ranting kayu kering adalah perumpamaan kepada pahala, api adalah dosa mengumpat.

2. Selain mendapat dosa dan akan menerima hukuman di akhirat, orang yang mengumpat juga akan mendedahkan dirinya pada perkara yang sama yang diumpatnya. Ini yang dipanggil HUKUM KARMA. Tcr Ain percaya sangat pada hukum karma....! Dah banyak bukti dah Tcr Ain jumpa. Rasulullah juga pernah bersabda:
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
.

3. Itu bagi yang mengumpat.... bagi yang diumpat pula ada juga kesannya... ada juga. Mereka akan mendapat ganjaran pahala kerana diumpat, dan dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Jadi mahukah kamu menanggung dosa orang lain, sedangkan dosa sendiri menimbun???

CARA MENGELAK DARIPADA MENGUMPAT
Banyak sebenarnya yang kita boleh buat... kita kan ada akal dan fikiran masing-masing... antaranya
1. Masing-masing kena muhasabah diri
2. Sentiasa ingat bahawa kita hidup di dunia ni sementara saja.
3. Kena balik pada pencipta kita. Apa yang dijanjikanNya itu benar belaka. Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka itu benar...
Hari Akhirat itu juga benar dan Hari Kiamat juga benar.
4. Banyakkan berzikir....
5. Semasa lepak-lepak tu kena ambil peranan kita... kalau kawan-kawan mula masuk bab mengumpat, pandai-pandailah tukar topik... Kalau tak juga berhenti ngumpat... pergi buat kerja yang banyak tertunggak tu... heee....!

"INGATLAH DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUNKAN OLEH YANG DIUMPAT" oleh itu berusahalah sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada mengumpat. Kalau ada tak puas hati tu... baik pi jumpa sendiri dengan orang tu kan...!

UNTUK YANG PERNAH TCR AIN TERUMPAT, TCR AIN MOHON MAAF. DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI. LEPAS NI TCR AIN BERHARAP SANGAT AGAR ALLH MEMBERI KEKUATAN DIRI UNTUK MENGHINDAR DIRI DARIPADA PERBUATAN BERDOSA BESAR INI. AMIN.

http://farm4.static.flickr.com/3026/3014493875_e7206e9519.jpg
Agaknya dorang berdua ni mengumpat apa yer? (Gambar hiasan saja...)

Saturday, March 27, 2010

Project Alpha Season 2

Saya mendaftar Nuffnang ni dari bulan Mac 2009 kot... Tak berapa nak ingat. Tapi masa tu saya tak dapat nak letak ad dalam blog saya. Macam ada error lah... Lepas tu, bulan Mac 2010 (baru sangat lagi) cuba letak sekali lagi... akhirnya baru dapat. Kemudian ada dengar pula tentang Projek Alfa. Mula-mula tu blurr sangat tak tau benda....!

Sekarang ni ada faham sikit lah... Ni sedang try nak ikut. Cuba jer... apa salahnya.

Rupanya, Project Alpha ni dah masuk musim ke-2, dan akan berlangsung pada 19 April 2010. Dalam pada itu, ada pertandingan Instant Cash Blogging! Setiap minggu, pihak Projrct Alpha akan memberikan sebuah topik kepada blogger di halaman http://projectalpha.com.my/instant-cash-bloggin untuk dituliskan di dalam blog masing-masing.

Jika artikel blogger berkenaan merupakan antara 100 artikel pertama yang memenuhi syarat kriteria yang dinyatakan, maka blogger berkenaan berpeluang mendapat RM20 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang. Senang jer kan...?


Penaja Project Alpha Season 2 ialah... Adidas Action 3. Baru semalam keluar dalam Diari Akademi Fantasia..., satu rancangan realiti nombor satu di Malaysia. Adidas Action 3 turut jadi penaja, dengan memberi buah tangan berupa penyembur penentang peluh, dengan "Triple Action". Jadi tak der lah budak2 AF8 ni rimas dengan peluh walaupun terpaksa berlatih macam-macam... menari, menyanyi... melompat sana... melompat sini... sebab dah pakai penyembur ni. Klik gambar yer..



Project Alpha dibawa khas kepada anda oleh Adidas Action 3, dan disokong oleh P1 dan MAS.

Thursday, March 25, 2010

Amazing Baby with Two FaCEs [4 Attachments]

From: FARDEEN <risky_ade86@yahoo.com>
Subject : Amazing Baby with Two FaCEs [4 Attachments]
Date: Wednesday, March 24, 2010, 2:49 PM[Attachment(s) from FARDEEN included below]Please wait images are loading .....
In the rural Nagar district of Uttar Pradesh, 50km north east of New Delhi, a woman gave birth to a baby girl with two faces and four eyes.

Her birth was welcomed with friendly cheers, claps and offerings. Her parents, who have yet to name her have said that she is a "miracle" and "a gift from god."
Doctors do not know whether she will be able to eat normally yet. At the moment she is being hand-fed.

If the baby girl had been born over here, she'd be considered a freak. However what I think is incredible is that her difference has been celebrated and she will grow up feeling special rather than a freak of nature.





Wednesday, March 24, 2010

Menatang pelik ditepi pantai

From: Azrina Ismail <azri_na@yahoo.com>
Subject:Menatang pelik ditepi pantai


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...