Encik Raisin Saidin, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau menyampaikan amanat. Antara amanat berguna beliau ialah, guru-guru hendaklah;
1. Guru-guru hendaklah berada di tempat, di mana dia sepatutnya berada. Maksudnya, berada di sekolah, menjalankan tanggungjawabnya mengajar dan mendidik anak muridnya.
2. Guru-guru hendaklah berada di dalam kelas mencurahkan ilmu dan melahirkan sumber manusia yang mempunyai nilai
3. Kesediaan guru untuk menjalankan tugas sebagai pendidik harus ada sebelum memulakan tugas sebagai pendidik.
Ini pula Pengarah Pelajaran Sabah, Encik Muhiddin Yusin. Pesanan beliau,
1.jangan ada lagi anak-anak kita yang tidak tahu membaca walaupun telah tamat sekolah rendah.
2. lambat atau cepatnya kita untuk sampai ke suatu destinasi, bukanlah bergantung kepada jarak destinasi itu, tetapi cepat atau perlahanannya susunan langkah kita.
Dalam pelancaran NKRA PPD Keningau, 3 sekolah menengah dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi iaitu:
1. Sekolah Menengah Teknik, Keningau
2. Sekolah Menengah Ken Hwa
3. Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau
Jadi Tcr Ain tergerak hati nak tahu apa ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi. Setelah ditelek-telek... Tcr Ain rasa cemas... Mampukah kita??? Apa ciri-ciri tersebut, akan Tcr Ain ringkaskan pada entry akan datang. Sekarang ni kepala dah pening, dan nak balik rumah dulu berehat....
5 comments:
Sekolah Berrrrprestasi tinggi;
1)Pencapaian rekod akademik tinggi!
2)Pelajar rata2 tinggi2 belaka!
3)Tenaga pengajar pon tinggi2!
4)Lokasai tmpt pengajian yg tinggi!
5)Sekolah itu mmg tinggi!
Kureengggg asem punya berus gigi
salam cikgu..dtg ni berkunjung menigintai ilmu di taman maya mu..syukran
jemput add blog saya..ya..insyaallah saya akan linkkan jua anda ke lamanku.
SMSFX, skolah sia dulu...memang pun sekolah ne berprestasi tinggi dimana ianya telah melahirkan banyak graduan, pemimpin, engineer, pendidik yg berkualiti dan bermacam-macam lagi...TABIK! kepada guru-guru semua...hehehe
Post a Comment