Ngeh.. ngeh... ngeh... Tajuk lain macam jer kali ni yer... Tapi tajuk ini sebenarnya ada dalam sebuah buku usang yang Tcr Ain terjumpa di dalam perpustakaan SMSFX, bertajuk "Kenapa Mengapa". Penulis bukunya tidak pula dinyatakan. Nama penerbit pun tak dapat dikesan, cuma ada tanda "Peace" sahaja sebagai logo penerbit. Maklumlah.. buku kuno...! Tahun penerbitan pun tidak diketahui, cuma dipercayai sekitar tahun 70-an lah... sebab ejaannya masih ejaan lama.
Adat bercium sebagai tanda hormat
Menurut buku ini, orang Afrika akan mencium tanah yang telah dilalui oleh ketua mereka sebagai tanda penghormatan. Sementara itu, terdapat juga tempat-tempat di seluruh dunia yang mengamalkan adat mencium tangan dan kaki seseorang sebagai tanda hormat.
Adat mencium mulut atau mata dipercayai bermula di Rom. Yang berlaku di Rom:
- orang-orang kenamaan boleh mencium bibir raja
- orang kelas pertengahan boleh cium tangan saja
- orang kelas bawahan, boleh cium kaki sahaja.
Adat bercium sebagai tanda kasih dan sayang
Bercium sebagai tanda kasih dan sayang sebenarnya bermula di kalangan masyarakat primitif lagi, di mana seseorang ibu mencium anaknya sebagai tanda kasih dan sayang.
Negara Perancis merupakan negara pertama yang memulakan penciuman sebagai tanda kasih sayang di kalangan orang dewasa. Apabila majlis tari menari menjadi popular, hampir setiap tari-menari diakhiri dengan ciuman.
Dari Perancis, adat ciuman ini merebak dengan pantas ke seluruh Eropah, terutama sekali di Rusia yang suka meniru adat-adat Perancis. Di Rusia, ciuman dari maharaja dianggap sebagai penghargaan tertinggi daripada kerajaan.
Lama-kelamaan. adat bercium ini merupakan sebahagian dari alam percintaan. Dalam adat perkahwinan di Barat, acara ciuman dianggap sebagai acara wajib.
Bagi Tcr Ain... bercium di khalayak ramai adalah bertentangan dengan norma masyarakat Timur, lebih-lebih lagi orang Melayu yang beragama Islam. Jangan mengada-ngada ya!
6 comments:
1.caye atau tidak. Suku Nata de Coco di kepulauan Pawchikepawpaw bersalam dengan berlaga lutut sambil berkata Paw chike paw paw!
2.lantak ko nak caye atau tidak 400bc di ulu England, kaum Boyea cium lutut utk menunjukkan kasih sayang!
3.Neh haku sendiri pon x caye. Zaman dinasti Kong Liaw, lutut adalah kemaluan lelaki?
KiD ;) kompom ko x caya keh keh
hahaha...apalah c KID d atas tu melalut...besium itu bek untuk kesihatan bah (utk org2 yd sudah kawin la..hehehh)
ha ha ha... gelak guling-guling baca komen ko Brush...!
Gee: Mimang... tapi jan kasi tingu urang len he he he
anugerah
kunakpress, anugerah apa tu? He he he
Good brief and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.
Post a Comment