Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, January 20, 2011

Apa yang saya nak tahu tentang "Permainan Kutu"

'Main kutu' yang dimaksudkan si sini bukanlah bermain dengan sejenis haiwan parasit yang menghuni kepala yang kotor... Tetapi 'main kutu' yang merupakan salah satu cara untuk menabung.

Kenapa TcRaiN teringin menulis tentang "permainan kutu" ini? Tak ada apa-apa sebab khusus... saja ingin menambah pengetahuan... Tergerak hati kerana ramai kawan ajak TcRaiN "main kutu". Emak TcRaiN sendiri pun main kutu juga. Tapi TcRaiN tidak pernah sekalipun ikut main benda ni. Mana tau lepas buat kajian ni TcRaiN pula yang jadi pengelola... Ngeehee heehe hee...

Selama ini saya tidak mengetahui, rupa-rupanya 'main kutu' ini ada undang-undangnya, iaitu Akta  28- Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. 

Ini adalah petikan Akta 28 yang dimaksudkan itu;
"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;

Cara bermain kutu
Bentukkan satu  kumpulan dan lantik ketua kumpulan (pengelola). Atau pengelola dah ada... kemudian dia yang akan cari ahli kumpulan.

Lepas tu... tetapkan tabungan untuk setiap bulan.

Kemudian buat cabutan undi untuk menentukan giliran peserta yang akan mendapat habuan pada bulan-bulan tertentu. 

Baiknya main kutu
1. Pinjaman tiada faedah, tiada penjamin, kesimpulannya mudah....
2. Mendisiplinkan diri untuk menabung.... (Potong gaji bulanan ke ASB pun boleh sebenarnya)
3. Mengeratkan kemesraan di kalangan peserta (selagi semuanya.... menjaga etika)
4. Fleksibel.. Peraturan boleh diubah mengikut persetujuan bersama. Kadang-kadang boleh tukar giliran kot... atau boleh tangguh bayaran pas tu bulan depan bayar dua kali ganda. (boleh ka ni)

Buruknya main kutu:
1. Risiko kemungkinan peserta larik setelah mendapat habuan. (Jadi kalau ada peserta yang agak-agak nak pindah jauh tu... baik tak payah ajak.. heeee...)
2. Tabungan kita tidak dapat bonus / dividen / faedah. Kalau ASB kita tabungkan selama setahun... adalah juga dapat sikit ganjaran.

Main Kutu Di Sisi Undang-undang?
Akta 28 Seksyen 3 mengatakan begini  
Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ba... bah... Abis kawan-kawan aku yang main kutu ni boleh kena tangkap polis lah? Waaaa..... tidaaakkkkkkk!!! 

Ehhh tak ada lah kena tangkap polis... Sebab larangan ini hanya ke atas badan perniagaan yang telah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat sahaja... Jadi kalau korang ikut main kutu atas nama persendirian BOLEH! Atas nama perniagaan TIDAK BOLEH.

Main kutu Di Sisi Syariah?
Kata Ustaz  Zaharuddin Abd Rahman main kutu adalah HARUS hukumnya di sisi syariah. Kerana... tiada faedah (unsur riba). Dan ustaz berkata lagi... semua peserta hendaklah betul-betul memahami kaedah / cara bermain kutu yang sedang dia sertai. Kaedah penentuan giliran juga hendaklah telus.

Sekian sahaja tentang 'permainan kutu'. Setelah membuat kajian dan melaporkan apa yang ingin saya ketahui... TcRaiN masih belum terbuka hati untuk menjadi peserta... apa lagi penganjur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...