TcRaiN nak tahu tentang waktu-waktu diharamkan bersolat. Jadi setelah mencari di sana dan di sini dan bertanya kepada ustaz, ini yang TcRaiN dapat:
- waktu haram bersolat hanyalah merujuk kepada solat sunat sahaja dan bukan solat fardhu. (ini kata Ustaz Saimin)
- Tetapi kata ustaz lagi, sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya disegerakan. Jangan tunggu waktu nak habis barulah nak sembahyang dan sambungkan pula solat waktu seterusnya. Contohnya, solat Zuhur ketika waktu Zuhur hampir-hampir habis dan disambung dengan solat Asar setelah masuk waktu Asar. Bukan tak boleh... Boleh kata ustaz... tapi mestilah ada sebab yang betul-betul munasabah dan tidak boleh dielakkan.
- Waktu paling afdal dan paling tinggi ganjaran solatnya ialah dalam lingkungan sepertiga waktu selepas azan dilaungkan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 11.30malam (waktu Sabah).
Maklumat ini pula disalin daripada laman sesawang Masjid Muadzam Shah dan Direktori Masjid Malaysia
Waktu
Haram Sembahyang
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
- Waktu selepas solat subuh sehingga terbit matahari
- Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta). Waktu syuruk iaitu dalam tempoh 28minit selepas habis waktu subuh, ketika matahari baru naik ke langit. Contoh, jika waktu subuh berakhir pada pada 6.10 pagi +28 minit = 6.38pagi. Jadi tempoh antara 6.10 pagi hingga 6.38pagi itu adalah waktu haram bersolat.
- Waktu rambang atau waktu tengah hari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
- Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan Matahari kekuningan hingga matahari terbenam
TcRaiN nak tau lagi... kenapa ada waktu-waktu yang ditegah bersolat? Lalu TcRaiN mencari dan mendapat maklumat berikut ini daripada laman sesawang Mufti Negara Brunei Darrussalam dan laman sesawang Direktori Masjid Malaysia
Hikmah Pengharaman Sembahyang Pada Waktu-Waktu Berkenaan
Larangan mengerjakan sembahyang pada
waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri.
- Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Seolah-olah menyamai orang yang menyembah matahari.
- Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Pada waktu ini syaitan sedang berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
- Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Ketika matahari terbit
akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan
meninggalkannya. Apabila matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa)
maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka
syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka
syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan
akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang mengerjakan
sembahyang”
(Hadis
riwayat An-Nasaie)
Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
“Maka sesungguhnya neraka
Jahannam di nyalakan pada waktu tengah hari( iaitu ketika matahari berada
ditengah-tengah)”
(Hadis riwayat An-Nasaie)
Adapun hikmah melarang
sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar bukanlah disebabkan
sesuatu yang wujud dalam waktu itu, sebab dari segi hukum waktu itu
dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang
sebenarnya. .(Al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuh:1/520)
Waktu-waktu lain diharamkan bersembahyang ialah:
1. Ketika hendak didirikan sembahyang fardhu iaitu sewaktu Iqamah baru dimulakan.
2. Ketika khatib sedang berada di atas mimbar (untuk jemaah yang sedia berada di masjid , iaitu, sejak khatib belum lagi berada di atas mimbar)
Wallahualam.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
Sekian... Semoga kita digolongkan sebagai orang-orang yang menjaga solatnya. Amin... Kalau ada kesilapan tulisan TcRaiN, mohon dibetulkan dengan segera. Maklumlah, TcRaiN baru belajar...
No comments:
Post a Comment