Memandangkan hari ini Hari Valentine... dan cuti peristiwa di sekolah pula, TcRaiN tergerak hati untuk membuat pencarian mengenai hari valentine ini. Sejak zaman TcRaiN sekolah lagi, ramai kawan-kawan TcRaiN yang konon-kononya turut sama meraikan hari kekasih ini. Tapi terus terang TcRaiN tidak pernah sekali-kali meraikannya. Apatah lagi TcRaiN ada mendengar desas-desus mengatakan bahawa sambutannya adalah HARAM di sisi Islam. Lebih-lebih lagi TcRaiN nak sambut buat apa...? Bukan ada kekasih pun... Dah habis belajar kat Universiti baru ada bf tau... sekarang dah jadi hubby dah... Ha ha ha....
Sejarah permulaan sambutan Hari Valentine
Daripada pembacaan dari pelbagai sumber, asal-usul perayaan valentine yang telah TcRaiN jumpa ada 5 versi semuanya. Kalau ada versi lain... maknanya TcRaiN belum jumpalah tu... Ini 5 versi yang TcRaiN jumpa:
Versi 1:
Masyarakat Rom menjadikan 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau berhala pujaan mereka.
Versi 2:
Hari valentine merupakan hari memuja paderi yang bernama Saint Valentine yang telah sanggup mengorbankan nyawanya demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.
Versi 3:
Pada zaman pemerintahan Claudius II di Rom, para tentera adalah dilarang untuk berkahwin. Pada masa itu juga ada seorang paderi bernama Saint Valentine tampil untuk mempertahan hak tentera-tentera Rom itu untuk berkahwin. Paderi Saint Valentine secara senyap-senyap telah menikahkan tentera-tentera Rom. Apabila Claudius II mendapat tahu, paderi tersebut pun dihukum gantung sampai mati pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 4:
Masyarakat di England pada kurun ke-14 dan ke-15 pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan’. Manusia meniru perbuatan burung-burung dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh. Apabila mereka telah berjaya menemui pasangan, mereka akan mengucapkan 'Selamat hari Valentine' kepada pasangan masing-masing.
Versi 5:
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Kasih sayang mempunyai makna amat luas dan kompleks |

Jadi... setelah membacanya, sesuaikah hari Valentine ini diraikan oleh orang Islam???
Majlis Fatwa Kebangsaan pada bulan November 2005, telah memutuskan bahawa perayaan hari valentine adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Ini kerana:

1. dalam Islam, tidak perlu ada hari khas untuk meraikan kasih sayang. Setiap hari adalah hari kasih sayang yang sememangnya menjadi keutamaan agama.
Jadi... para remaja Islam, janganlah terburu-buru hendak meniru sesuatu budaya tanpa memahami tujuan dan cerita sebenar di sebaliknya. Jangan jadi remaja Islam yang bersikap 'ikut-ikutan' sahaja.
Bagi yang bukan beragama Islam / Kristian pula... mereka memang wajar meraikannya... tiada salahnya. Itu adalah mengikut kepercayaan dan hak masing-masing. Tiada halangan bagi mereka... Al right??? Right...
2. Roh perayaan
tersebut mempunyai unsur-unsur agama lain yang tidak boleh diserapkan ke dalam ajaran Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai
budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Ada unsur perbuatan maksiat. Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan
perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini
sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan
datang.Jadi... para remaja Islam, janganlah terburu-buru hendak meniru sesuatu budaya tanpa memahami tujuan dan cerita sebenar di sebaliknya. Jangan jadi remaja Islam yang bersikap 'ikut-ikutan' sahaja.
Bagi yang bukan beragama Islam / Kristian pula... mereka memang wajar meraikannya... tiada salahnya. Itu adalah mengikut kepercayaan dan hak masing-masing. Tiada halangan bagi mereka... Al right??? Right...
Sumber rujukan (Sila klik pautan-pautan ini untuk bacaan lanjut) :
1. Tahukah Kamu
2. Supermilan
3. Lintas Berita
4. Solihin Zubir
5. Jebat Berani
6. Majlis Fatwa Kebangsaan
No comments:
Post a Comment