Kedai Maya - Wajib Klik

Wednesday, December 31, 2008

Inspirasi




Dorang ni lah yang selalu menjadi sumber inspirasi... Aku rasa dorang ni comel-comel belaka...

Hari terakhir 2008


Uhukkksss... tak sangka hari ini dah sampai hari yang terakhir tahun 2008 ini. Tarikh 31 Disember 2008 ni rasanya sesuai untuk aku mula mencipta blog... (sebenarnya ada lagi satu blog yang dah dicipta sebelum ini... tapi yang tu untuk peribadi jer... yg ni boleh kongsi dengan kawan-kawan)

Hmm... dalam 5 hari lagi dari sekarang sekolah dah nak buka... bermulalah lembaran baru persekolahan di tahun 2009. Nampaknya kena bertungkus lumus lagi lah mencurah ilmu untuk anak didik.

Baru kejap tadi dapat info tentang PMR kat sekolah... ada turun sikit la... tapi  tak lah teruk sangat... Aduiihhhh nampaknya budak-budak tu akan naik menengah atas... lepas tu aku adalah salah seorang guru yang akan menyambung pengajaran mereka...

Satu saja yang selalu aku doakan... Ya Allah ya Tuhanku... kekalkanlah kekuatanku setiap hari amin..

Sekian pos yang pertama... Jumpa lagi dalam masa terdekat. Insyaallah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...