Kedai Maya - Wajib Klik

Showing posts with label Kurrreenggg Asseemmm.... Show all posts
Showing posts with label Kurrreenggg Asseemmm.... Show all posts

Sunday, November 21, 2010

Kisah Oh lelaki... (Laki kawanku yuckss...)

Tcr Ain kali ini blogging dengan cellphone. nge hee heeee... Tapi cerita sebenar bukanlah pasal cellphone. tetapi pasal satu peristiwa melibatkan oh lelaki.

 Gini ceritanya... Tcr Ain ada seorang kawan. Laki dia ni kira orang 'berduit' jugalah. Kerja sebagai bos lah kiranya. Selalu jugalah kerja luar daerah. Kawan Tcr Ain ni sederhana saja orangnya. Bukan jenis Queen Control... Orangnya baik sangat.  Rajin bekerja. Anak-anak pun baik-baik belaka.

Pada suatu hari, Tcr Ain dengan anak-anak keluar makan di sebuah restoran. Dengan tidak disangka-sangka. muncul laki kawan tu  seorang diri. Rasanya dia tak perasan lagi kami ada kat situ. Tcr Ain punyalah beria-ia nak tunggu dia tertoleh kat kami. Ingatkan nak lambai-lambai mesra. Sekali tu Tcr  Ain nampak satu adegan yang buat Tcr Ain terbeliak. Terkejut dan tertanya-tanya apabila melihat laki kawan Tcr Ain tu pergi ke satu meja yang dari tadi diduduki oleh seorang perempuan dengan bayinya. Laki kawan Tcr Ain yg baru datang tu terus dukung dan cium bayi tu. Errrrkkkk...! Sikit lagi nak tercekik makanan. Apalagi sambil makan sambil menunduklah Tcr Ain. Nak buat-buat tak nampak lah konon.

Hmmmm soalan Tcr Ain, adakah tanggapan Tcr Ain serupa dengan korang semua tentang hubungan laki orang tu dengan pompuan dan bayinya  tu? Kalaulah korang yang jadi Tcr Ain masa tu, korang akan tundukkan muka juga? Seingat Tcr Ain... kawan Tcr Ain selalu cerita yang laki dia ni baik dan sayang dengan mereka anak beranak. Tidak pernah pula dalam ceritanya membayangkan laki dia akan menduakan dirinya. Eh...  boleh jadikah bayi tu anak sedara dia kah anak buah-buahan dia kah.... ? Hmmmmm..... demikian sahajalah sketsa mini tetapi benar, yang melibatkan Oh Jantan...! 

Tuesday, August 24, 2010

Yahudi zionist tidak layak digelar ISRAEL.


Tahukah anda bahawa Israel merupakan bahasa Ibrani, iaitu bahasa yang masih digunakan oleh yahudi  zionist sehingga hari ini. Apa maksud Israel? Perkataan Isra bermaksud tentera atau hamba. El pula bermaksud Allah. Jadi... Israel bermaksud 'Hamba Allah' atau 'Tentera Allah'.   Gelaran Israel telah diberi kepada Nabi Yaakub a.s., cucu kepada Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda seorang yang diberkati Allah. Soalnya... layakkah penceroboh bumi Palestine ini digelar hamba Allah ataupun tentera Allah???

Sudah tentu tidak sama sekali...  Mereka adalah golongan yang engkar dan tamak! Penceroboh! Makhluk tak tau malu dan tidak berperikemanusiaan... Mereka ingat mereka siapa? Mereka juga manusia sama seperti orang Palestine. Tetapi mereka memperlakukan manusia lain seolah-olah akhirat itu tidak wujud. Kanak-kanak menjadi yatim piatu, wanita menjadi balu... mereka kehilangan segala-galanya. Syahidlah... setiap orang Palestine yang gugur kerana menentang Yahudi. Laknatlah setiap Yahudi yang menganggap diri mereka sangat berkuasa....! Suatu hari nanti mereka akan menyesali setiap perbuatan keji mereka... tidak di dunia, di akhirat pasti! Allah tidak akan pernah memungkiri janjinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...