Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, March 31, 2009

PEROGOL SIBER (Info Berguna - Baca hingga habis yer)

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my

Bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah selesai.

Membincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.

Malah, ia menjadi medan baru untuk perogol yang mencari mangsanya dengan modus operandi lebih tersusun dan kurang berisiko.

Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.

Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.

Gejala ini masih berleluasa walaupun ia tidak membabitkan statistik besar, namun perkembangan Internet yang berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka.

Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. Menghalang mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat mereka.

Janis Wolak dari Universiti New Hampshire memaklumkan kajian ke atas jenayah seks mendapati perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka.

"Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi," katanya.

Katanya, perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa.

"Malah, terdapat kajian menunjukkan lima peratus pesalah berlakon sebagai budak remaja apabila mereka mahu berjumpa bakal mangsa secara online," kata Wolak.

Jelas, ini membuktikan tidak semua maklumat yang diperoleh di Internet boleh dipercayai.

Malah, dalam kebanyakan kes ia meletakkan risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran.

Berdasarkan kes dilaporkan polis, ternyata Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah.

Jika wanita dewasa yang dikira cukup matang untuk membezakan antara palsu dan benar juga boleh tertipu, apatah lagi kanak-kanak.

Beberapa perkara utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun.

Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

KES 1

KIRA-KIRA empat tahun lalu di Petaling Jaya, seorang pelajar menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia yang dikenalinya ketika melayari ruang sembang di Internet.

Lelaki terbabit berjaya memujuknya keluar sebelum menawarkan minuman kepada mangsa dan membawanya ke bilik ketika berada dalam keadaan khayal akibat pemberian dadah.

KES 2

DI Detroit, Amerika Syarikat, seorang doktor kanak-kanak menghadapi tuduhan menggunakan Internet untuk mengadakan hubungan seksual dengan seorang anggota polis wanita yang menyamar sebagai gadis berusia 14 tahun.

Hrishikesh Dingankar, 28, yang sudah berkahwin, mengenalkan dirinya sebagai doktor yang mahu bertemu kanak-kanak terbabit untuk mengadakan hubungan sejenis.

KES 3

SEORANG pemuda menggunakan lawan web mencari kenalan di Internet sebagai jerat untuk menggoda dan memikat gadis sekolah sebelum dipujuk melarikan diri dari rumah.

Dalam kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur pada tahun lalu, pemuda berusia 24 tahun itu didakwa menawan hati seorang murid perempuan berusia 12 tahun selepas berkenalan beberapa minggu melalui Internet.

Mangsa yang masih mentah berhubung soal cinta turut melarikan diri bersama suspek sebelum ditemui semula. Penjenayah terbabit turut ditahan.

KES 4

DI Singapura, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun didapati hamil hasil hubungan seks dengan teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sembang di Internet.

Lelaki berkenaan, seorang penganggur, enggan bertanggung jawab dan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Beberapa bulan kemudian dia ditahan kerana mengugut seorang kanak-kanak perempuan lain untuk menyebarkan gambar separuh bogelnya.

Sebelum itu, lelaki durjana berkenaan meminta kanak-kanak terbabit menghantar gambar separuh bogelnya melalui telefon bimbitnya.

KES 5

SEORANG pelajar didakwa merogol seorang remaja berumur berusia 14 tahun yang dikenali melalui Internet meskipun mangsa mengaku rela diperlakukan begitu kerana mencintai tertuduh.

Pelajar 19 tahun dari Abu Dhabi itu mengenali remaja perempuan dari Dubai itu dan jatuh cinta sebelum melakukan seks di kawasan padang pasir.

Mereka ditahan polis peronda yang terserempak dengan mereka.

"Saya mencintai dan rela melakukan seks dengannya. Kami keluar selepas ibu bapa saya tidur," remaja perempuan itu dipetik agensi berita sebagai berkata.

Beberapa langkah perlu diambil bagi membendung gejala ini walaupun ia tidak berada di peringkat yang serius memandangkan keupayaan berkomunikasi semakin berkembang luas.

Terdapat beberapa langkah seperti disyorkan laman e-keselamatan yang perlu diberi perhatian termasuk:

1. Anak kecil tidak boleh menggunakan ruang sembang - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke ruang sembang yang diawasi dengan rapi.

2. Jika anak anda menyertai ruang sembang, pastikan anda tahu ruang yang mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.

3. Arahkan anak anda agar tidak meninggalkan kawasan awam dalam ruang sembang. Kebanyakan ruang sembang menawarkan kawasan peribadi yang mana pengguna boleh berbual antara satu sama lain secara lebih peribadi.

4. Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak.

5. Jika anak masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.

6 Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.

Friday, March 27, 2009

Buatlah sesuatu untuk dunia tempat tinggal kita. Sokonglah "Earth Hour"


Kawan-kawan semua, bumi ini tempat tinggal kita kan? Tak taulah kalau ada antara kamu ni mempunyai tempat tinggal lain selain bumi ini. Tcr Ain tiada tempat lain lagi untuk tinggal selagi ada nyawa, di bumi inilah tempat berlindung.

Anak cucu cicit piut kita pun pasti akan mewarisi tempat tinggal ini. Jadi bayangkan, bumi yang macam mana yang kita nak mereka warisi??? Oleh itu, Tcr Ain ingin menyeru rakan-rakan semua agar menyokong Program "Earth Hour" dengan mematikan semua lampu elektrik selama sejam mulai 8.30 malam pada 28 Mac 2009. Tidak kira lah, lampu rumah kah, kedai kah, restoran kah... atau bla bla bla... matikan saja ya. Tak lama... cuma sejam saja! Sementara tunggu sejam tu gunalah lampu suluh kah, lampu tenaga solar ka, lampu bateri kah... atau lilin atau pelita... SEJAM SAJA OK!!!. Tindakan ini akan membantu bumi kita daripada pemanasan global akibat penggunaan tenaga elektrik yang berterusan.

Sebagai tanda sokongan anda, sila mendaftar di http://earthhour.org.my/
Selepas kawan-kawan masuk ke laman web berkenaan, kena install Microsoft Silverlight untuk view. Install saja... sure selamat dan sekejap saja. Apa salahnya daftarkan diri kan? Kalau kita boleh spend masa berjam-jam untuk belek e mel, ber-YM, berchatting, update Friendster, Customize Netlog, bla bla bla....atau main permainan komputer kenapa pula tak boleh spend masa seminit untuk mendaftar kan? Tak susah pun, tak rugi setengah sen pun. Daftar yer...?

Sejam terlalu singkat berbanding faedahnya untuk dunia kita yang semakin tua. Lagipun, selama ini kita sebagai manusia sudah cukup teruk mendera "ibu tua" kita ini.

Terima kasih kerana menyertai.

Sunday, March 22, 2009

Alamak Terlebih Sudah..! Road Tour Di Keningau


20 Mac 2008...akhirnya dapat juga jumpa dengan budak cute ni... memang cantik dan kiyuut lah dia ni. Beli CD dia dan ada tandatangan lagi.



Malam pula gi tengok konsert d Dewan Arked. Ijoi sempat lagi naik pentas ikut games... heeee... terkejut gak tengok dia tiba-tiba ada kat atas pentas....!!!

Wednesday, March 18, 2009

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

Antara artikel dalam BH yang kubaca hari ini

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.


"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.

"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.

Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.

Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.

Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu.

"Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama

Bah apa lagi cikgu-cikgu... jom ramai-ramai merampassss!!!

Sunday, March 15, 2009

AF7, Konsert minggu 1 (Konsert Fun Fair ker... )

Semalam punya konsert...

Punyalah teruja menunggu konsert pertama... sekali dah sampai masa... alamak... pentas kecik dan suram semacam. Nampak semak dengan kelapa-kelapa... hik... Lepas tu tak ada penyingkiran pulak tu... Kalau Tcr disuruh pilih sapa nak kick out, Tcr akan pilih Rini,Obri dan Sidi. Sebab apa? Sebab Tcr rasa belum kureengglah. Tak rasa terhibur pun dengan dorang ni. Satu lagi sapa yang Tcr nak kick out??? AC Mizal...!! Lawak ntah apa-apa... Lawak tak sesuai dengan suasana konsert. Nyampah! Pakaian pula adooiii... macam nak gi shopping jer... Ramai cakap ni...

Yang rasa kelakar lagi kan... ada lah dua orang pelajar ni konon nak buat penonton menangis tengok dorang nyanyi. Jadi Tcr pun cepat-cepat pi cari tisu sekotak... sebagai persediaan. Tapi bila tengok... asyik tergelak lagi ada... Macam tengok raja lawak la pula.

Yang bagus dalam konsert semalam, pengkritik tak payah dipanggil untuk bagi kritikan. Tak ada sesi memperkenalkan diri satu demi satu. Jimat masa kan. Pengkritik yang paling Tcr suka biasalah... Adlin... yang baru-baru bertunang tu... (sepatutnya anak dah berderet pun..). Persembahan yang Tcr suka 1. Qhaud 2. Rubisa 3. Hafiz. Kenapa suka? Sebab tu yang kena di hati lah... mengikut pandangan seorang orang awam macam Tcr lah... bukan sebagai orang pakar muzik or seniman or diva... or pakar apa-apalah yang sewaktu dengannya.

Dorang perform rata-rata bagus lah... tapi belum ada lagi pelajar yang bakatnya menambat hati Tcr macam Stacy. Yang ni paling diskodeng lah...

Tuesday, March 10, 2009

Selamat Hari Jadi Adikku Nur Adillah binti Mohd. Yusof



Dilla... this card is for you... Happy 20th Birthday. Be a great girl and stay cute. Luv u k..
Adik Tcr Ain ni belajar kat UMS. Tahun 2 dah dier.. tinggal 2 sem lagik nak abis...

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1430


سلامت مڽمبوت مولداوررسول 12 ربيع اول  1430
كڤد سلوروه اومت اسلام د سلوروه Ø¯Ù†ÙŠØ§ ،
حياتي سجاره هيدوڤ بڬيندا،
چينتاي دان چونتوهي اخلاق بڬيندا،
سنه بڬيندا جاديكن عمالن،
اڬر كتقوأن ترهادڤ الله منجادي لڠكڤ

Sunday, March 8, 2009

Mendy76 di @15

Ha ha ... kalau AF mula jer... mesti nama Mendy76 di @15 pun akan jadi pemes... Rasanya peranan Mendy76 turut jadi penyumbang kepada kejuaraan STRACIE ANGIE ANAM dalam AF6 tahun lama. Terima kasih Mendy... buatlah lagi tahun ni... dan tahun-tahun seterusnya.

Nak tau apa yang Mendy buat kat @15??? Lu tengok la sendirik channel tu... hik hik... See you...

Friday, March 6, 2009

Thursday, March 5, 2009

Akademi Fantasia 7 Mau mula sudah...


Ternyata aku masih lagi jadi peminat setia program realiti TV ini... Rasa tidak sabar hendak menonton memang ada.. dan aku ada kawan la di skuull yang fanatik juga... wah siok ni... dulu dengan si Gabriella sekarang ada kawan lain pula yang benar-benar fanatik dengan AF ni... Siok oh...

Ini senarai 20 bakal pelajar yang telah disenarai pendek (sumber murai.com.my):

Senarai 10 calon pelajar lelaki
1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah) pernah ikut OIAM
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur) Pernah ikut OIAM, adik Izwan Pilus
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 10 calon pelajar perempuan
1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah) Huuiiiyooo ada orang Keningau... bertudung lagik
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur) Kakak Tomok, bini Zul 2 by 2
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah) Bini Ezany ni.. yang pelakon tu
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor) Bekas kumpulan dangdut Eva
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Semuanya di Saluran 104, Astro Ria
Tirai AF 7 Bahagian 1

7 Mac,Sabtu, 9.00pm - 10.30pm
8 Mac, Ahad, 12.00pm - 1.30pm (ulangan)
8 Mac, Ahad 7.30pm - 9.00pm (ulangan)
9 Mac, Isnin 1.00am - 2.30am (ulangan)


Tirai AF7 Bahagian 2
8 Mac, Ahad 9.00pm - 10.30pm
9 Mac, Isnin 1.00am - 2.30am (ulangan)
9 Mac, Isnin 2.30 am - 4.00am (ulangan)
9 Mac, Isnin 3.30pm - 5.00pm (ulangan)

Diari Akademi Fantasia Isnin – Jumaat, 9.00 malam
* mulai 9 Mac 2009
 
Diari EXT AF7  Setiap hari Jumaat, 10.00 malam
mulai 13 Mac 2009
 
Konsert Akademi Fantasia secara langsung Setiap hari Sabtu, 9.00 malam
* mulai 14 Mac 2009
 
Diari INT AF7 Setiap hari Ahad, 9.00 malam
*mulai 15 Mac 2009,



Sunday, March 1, 2009

Preview Album Stacy (Wajib dibeli oleh semua orang)

Pelancarannya akan dibuat pada 8 Mac 2009 di 1Borneo. (Cuti sekolah tu...) Album ni termasuk dalam senarai barang yang wajib kubeli. Lagu Cinta Yang Kuduga paling ramai yang minat. Lagu-lagu lain pun tidak kurang hebatnya. Semua best... rugi kalau tak beli...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...