Kedai Maya - Wajib Klik

Showing posts with label Kenangan Kiyuuuuttt... Show all posts
Showing posts with label Kenangan Kiyuuuuttt... Show all posts

Monday, December 27, 2010

Hadiah Peraduan Cornetto Watch and Win - Minggu 3

Jeng jenggg....! Inilah dia hadiah mingguannya "Couple T'Shirt"... Ambil gambar dulu sebelum dipakai dan menjadi buruk.
Merah... My favourite colour
Macam mana Tcrain boleh menang? Masa tu tengah boring dan tension...

Saturday, December 11, 2010

Jalan-jalan Pulau Labuan

Sekarang ni Tcrain berada di Pulau Labuan. Pertama Kali tau... nge he he sian kan? Entry kali ini adalah menggunakan telefon tangan saja. Maaf kalau ada tersalah taip. Pagi tadi dari Keningau bertolak dalam pukul 8.15 pagi melalui Jalan Kimanis. Singgah kejap Kuala Penyu. Pas tu bertolak ke Pekan Menumbok, sampai Sekitar jam 10.45pagi. Letak kereta di tempat letak kereta berbayar, RM10 semalam. Yang RM5 semalam pun ada juga. Pas tu naik bot laju MK1247 dalam jam 11.15 pagi. Sampai Pulau jam 11.40. Seorang kena bayaran tiket RM15. Di terminal feri antarabangsa, kami terus ambil kereta sewa RM70 untuk 24jam. Sampai sini pening kepala cari hotel. Semua pun penuh. Last2 dapat juga Hotel Pulau Labuan Apartment, bayarannya agak mahal, RM135 semalam. Bolehlah daripada tak ada langsung. Yang ni pun berebut dgn customer lain. Ok lah mo pi jalan dulu ni. Nanti sambung. Daaa.... 

Tuesday, September 7, 2010

Baca "Kad" Raya Sambil Berjoget...

KHAS BUAT SEMUA PENGUNJUNG SINGLE DOT. INI KAD RAYA STAIL BARU... SUPAYA KAMU TIDAK BORING MEMBACANYA... SAMBIL MEMBACA, SAMBIL BER-"JOGET AIDIL FITRI"

Thursday, September 2, 2010

Keratan Akhbar buat kenanganku

Ini adalah keratan akbhar "Sabah Times", pada 29 Julai 2010 (Utusan Borneo dan Daily Express pun ada juga)

Errr... sudah lebih sebulan pun Program Makan Malam Jasamu Dikenang berakhir. Tapi mesyuarat post mortem nya baru sahaja berlangsung tadi... (2 September 2010). Semasa mesyuarat tadi, tidak banyak komen negatif yang timbul. Yang paling manis untuk didengar dan menjadi penawar penat lelah kami semua ialah apabila Tuan Pengetua mengungkapkan kata-kata ini "Penganjuran kali ini merupakan salah satu penganjuran yang paling berjaya! Satu majlis kesyukuran akan diadakan kelak sebagai ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK" (Lebih kurang gini lah....)

Bagi pihak saya juga... mustahil sekali saya akan dapat menjayakan program ini seorang diri. Sebenarnya semua AJK lah yang menjadi tonggaknya. Puan Hanisah Hassan (setiausaha), nadi yang amat penting bagi program ini. Semualah..... AJK yang dedikasi belaka. Sesungguhnya, memang benar kata-kata Tuan Pengetua dalam ucapannya dalam majlis malam itu bahawa "Guru-guru SM SFX adalah guru-guru yang dedikasi, yang mampu menjalankan sebarang tugas tanpa mengenal penat lelah" (tapi Tcr Ain lain lah... kenal juga tu sama penat lelah... ngeee heee heee)

TAHNIAH SEMUA WARGA SM SFX.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...