Kedai Maya - Wajib Klik

Showing posts with label Kerana Aku Anak Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kerana Aku Anak Malaysia. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Pantai Tanjung Aru - Banyak kenangan terukir di sini

Nge heee.... angin laut kuat lah pula masa tu...
Pertama kali menulis tentang Pantai Tanjung Aru walaupun setiap kali datang ke KK, Tanjung Aru adalah tempat yang mesti dijejaki..
Pantang jumpa laut... mesti nak terjun... tapi petang tu dilarang sekeras-kerasnya...! He he..

Bagi Tcr Ain, Tanjung Aru adalah tempat yang ideal dan sangat popular di kalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu, daerah-daerah berdekatan, mahupun di kalangan penduduk Sabah, untuk berehat dan makan-makan. Makanan warung dekat pantai melayani berbagai macam makanan laut, sate, jagung manis, kacang rebus, nasi goreng, mee dan macam-macam lagi sehingga ke larut malam. 
Dulu gerai makanan ni bukan kat sini. Dalam bangunan khas. Masa datang sini dua hari lepas dah pindah ke sini. Mungkin ubah suai bangunan asal kot...
Jarak Tanjung Aru dari pusat bandar ialah 6km sahaja. Jarak dari lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pula adalah dalam 10km. Pantainya luas, panjang, dan pasirnya putih. Pada kebanyakan waktu, air lautnya agak tenang dan sesuai untuk mandi-manda.
Pantai Tanjung Aru pukul 5.45 petang. Cuaca hari itu agak mendung

 Satu ciri lain yang wajib disebut tentang Pantai Tanjung Aru ialah tentang pokok-pokok ru atau nama saintifiknya Casuarinaceae, yang tumbuh berjajar di pinggiran pantai secara semulajadi. Daripada pokok ru inilah Tanjung Aru mendapat namanya. 
Pokok ru yang tumbuh semulajadi

Hari itu, Tcr Ain bersama keluarga sengaja datang ke pantai ini sekitar pukul 5.30 petang kerana ingin melihat matahari terbenam di horizon. Memang cantik dan menarik. Lebih-lebih lagi kalau waktu itu cuaca baik dan awan tidak menutupi matahari. Laut dan kaki langit kelihatan keemasan.

Matahari terbenam di ufuk barat. Banyak awanlah pulak petang tu... Dah la tu lensa handphone jer...
 Untuk yang suka menyelam atau bemain ski air juga boleh menghubung  resort terdekat, Shangri-la Tanjung Aru.
\Shang Ri-La Tanjung Aru Resort...
Selamat berkunjung cuti-cuti Malaysia.... Utamakan melancong dalam negara.

Thursday, September 16, 2010

Kronologi sejarah Sabah sehingga menyertai Malaysia.

Sekalian rakyat Malaysia, tolong ambil tahu tentang sejarah negara kita. Melalui kajian daripada banyak sumber, dan melalui media elektronik, inilah hasil yang Tcr Ain kumpulkan dan ringkaskan. Anda semua tinggal baca je lagi...!
  • Abad ke-6 : Sabah dan Sarawak adalah tertakluk di bawah kerajaan yang berpusat di Brunei. Walau bagaimanapun, Brunei sendiri adalah dipengaruhi oleh dua kuasa besar iaitu Sri Vijaya di Sumatera dan Majapahit di Jawa.
  • Tahun 1658, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu. Sandakan nama tempat tu yer... Adapun Sandakan dalam bahasa Sulu bermaksud 'Tanah Yang Digadaikan'. Ini adalah sebagai balasan kerana Sultan Sulu telah menamatkan perang saudara antara Sultan Abdul Mubin dengan Pangeran Mohidin. (Implikasinya,pemerintahan Sabah telah terbahagi kepada dua kuasa iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu)
  • Tahun 1665, Borneo menerima lawatan orang Inggeris yang pertama iaitu Kapten Cowley
  • Tahun 1761, Sultan Sulu telah membuat perjanjian dengan Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur British di Madras, yang membenarkan Syarikat Hindia Timur British membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara, iaitu di Pulau Balembangan kira-kira 20 batu dari utara bandar Kudat. (Kesannya,kini Sabah telah diperintah oleh 3 kuasa pula, iaitu Inggeris, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu)
  • Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balembangan dan menukar nama Balembangan kepada 'Felecia'. Pengawai British John Herbert telah dihantar untuk mendirikan penempatan di  pulau itu. 
  • Pada tahun 1775, petempatan tersebut mengalami kehancuran kerana banyak faktor seperti ancaman lanun, dan pentadbiran yang lemah. 
  • Pada 1803 General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina telah cuba membangunkan semula 'Felecia' sebagai stesen ketenteraan. Usaha ini juga akhirnya menemui kegagalan. Pada November 1805, British meninggalkan pulau itu. Namun, ini tidak bermakna, British tidak lagi berminat dengan Borneo Utara...
  • Pada 1881, Sabah telah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company). Ibu negeri Sabah pada masa tersebut ialah Kudat yer...!
  • Pada tahun 1883 ibu negeri Sabah berpindah ke Sandakan . 
  • Tahun 1888, dengan rasminya, Sabah telah menjadi sebuah negeri naungan Empayar British (yang mana hobi mereka menjajah negara-negara lain sedang berkobar-kobar... pada masa tu... ngeheee...!). Maknanya, pada masa tu juga, kekuasaan Sultan Sulu ke atas Sabah telah dirampas oleh British.
  • Semasa Perang Dunia Kedua, Sandakan (ibu negeri Sabah pada masa tersebut) diduduki Jepun bermula pada 19 Januari 1942 hingga 19 Oktober 1945, apabila Perang Dunia Kedua tamat dan orang-orang Jepun balik ke negara mereka... Tentu korang masih ingat dengan pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima oleh Tentera Berikat. tu yang Jepun balik tu...!
  • 1946, pemerintahan British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tamat. Tetapi... oppssss.... ini belum bermakna British dah lepaskan Sabah... Belum lagi... kerana, Sabah telah menjadi tanah jajahan Borneo Utara yang masih diperintah oleh orang British. Tiada syarikat tu jer... ok?  Perang Dunia Kedua telah meranapkan Sandakan keseluruhannya, oleh itu ibu negeri baru Sabah berpindah ke Jesselton, yang kini dinamakan Kota Kinabalu. 
  • Penjajahan ini terus berlarutan sehinggalah pada 31 Ogos 1963, di mana usaha membentuk 'Malaysia' melalui gabungan Sabah, Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura sedang giat dijalankan. 
  • Pada tahun 1961, langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula. Ia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Filipina dan Indonesia membantah cadangan ini, kerana mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hak ke atas Sabah.  Indonesia juga bercita-cita untuk menubuhkan 'Indonesia Raya' yang dperintah oleh Parti Komunis Indonesia pada masa itu.
  • Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk antaranya adalah untuk membuat tinjauan tentang pandangan rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, sama ada bersetuju atau tidak dengan penubuhan Malaysia.
  • Pada 31 Ogos 1963, keputusan tinjauan Suruhanjaya Cobbold telah diperolehi. 70% penduduk Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
  • 16 September 1963, dengan rasminya Malaysia dibentuk melalui gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura (Singapura menarik diri dari Malaysia pada tahun 1965). 
  • Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia,Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

    Ketua Menteri Sabah yang pertama siapa yer...? Sesiapa dapat jawab... memang orang Malaysia!

    SELAMAT HARI JADI KE-47 MALAYSIAKU

Monday, August 30, 2010

Negara apa yang sedang anda mimpikan?

 
Sebagai warganegara Malaysia, sikap patriotik harus ada... Tetapi apakah cara yang sebenarnya untuk meluah semangat patriotik? Cukupkah dengan hanya melaungkan merdeka sekuat hati, mengibarkan jalur gemilang atau perarakan besar-besaran?

Bagi saya, orang yang patriotik juga sebenarnya;
1. membenci rasuah
2. membeli dan berbangga dengan produk buatan Malaysia
3. sebelum melancong ke luar negara... melancong dulu ke setiap ceruk dalam negara
4. cintakan alam sekitar (kitar semula itu sangaaatttt baik, jangan jadi macam orang bodoh buang sampah merata-rata)
5. ada semangat satu Malaysia. Bersatu dalam kepelbagaian
6. sentiasa menjaga nama baik negara, walau di manapun pergi
7. bermoral tinggi. Jangan buat maksiat
8. mematuhi dan menghormati undang-undang (semuanya). Masa memandu pun kena patuhi undang-undang, elakkan kemalangan. Nak-nak lagi dah nak raya ni... Jangan merempit!!!
9. bagi pelajar-pelajar pula... jadilah yang terbaik, tak nak sekadar lulus saja. (termasuk pelajar IPT lah...)
10. bagi yang bekerja, kerja sungguh-sungguh. Jangan sering merungut. Nanti hilang pahala ibadah. Kalau kerja tak sungguh-sungguh... selalu nak curi tulang, nanti halal lagi kah gaji kita???
11. mengenang dan menghargai jasa pemimpin, pejuang bangsa terdahulu dan sekarang.

Hmmm negara kita bukan terbentuk sekelip mata... ada berjuta-juta rentetan kisah sebelum kita dapat kecapi kesenangan hari ini. Jangan lupa pula yer... 

Ada ker negara lain yang sedang anda mimpikan... selain daripada Malaysia? Mana dia? Apa namanya? Ada apa kat sana...? Apa yang tiada...? Renung-renungkan dengan mendalam...

Monday, August 16, 2010

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2010

Gaji bulan Ogos ni...  yang akan digunakan untuk tampung semua semua belanja raya tahun ni... Berbelanjalah dengan berhemat yerr.... Membazir itu amalan syaitan....

Friday, August 6, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Secara Online.

Cara-cara mengisi borang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia kena ikuti langkah-langkah berikut:
1. Kita perlu mengaktifkan e-census kita terlebih dahulu.
- Untuk mengaktifkan e-census tersebut, hendaklah login ke KLIK UNTUK KE E-CENSUS
- Isikan butir-butir pengenalan yang telah dibekalkan dalam Panduan Mengisi e-census (Dokumen 6) atau Soal Selidik Dokumen 2, muka surat 3). Panduan ini dibekalkan oleh Pembanci, apabila Pembanci melawat ke tempat anda.
 Beginilah rupanya Dokumen 6 dan Dokumen 2 yang dimaksudkan tu 

2.Nampaknya... kita tak boleh buat apa-apalah untuk isi borang banci dalam talian... sehingga Pembanci datang ke rumah kita dan memberi kita kod untuk Dokumen 6 atau Dokumen 2 tu. 

Tunggu je lah... jawabnya... Kalau dah datang pembanci tu... kita boleh buat keputusan sama ada nak isi secara biasa, atau isi sendiri  secara dalam talian....

Terpulang pada individu lah kan? Bagi yang kerja... tak ada sesiapa di rumah di sebelah siang tu... elok isi secara dalam talian. Bagi yang ada masa terluang tu... sambutlah kedatangan pembanci tu dengan baik. Jangan kasi lepas anjing aahh.... Dia hanya menjalankan tugasnya demi bangsa dan negara tercinta!

Hmmm... 22 Ogos ini tempoh bancian akan tamat... Bilalah agaknya Pembanci ni nak datang ke tempat Tcr Ain. Tak sabar rasanya dibanci... Heeee.... Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan di Ogos ini...

Monday, July 12, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Secara Online??

Hi... Semua tau, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dah bermula dari 6 Julai 2010 lagi. Tcr Ain "prefer" isi borang banci melalui online saja. Sebab tak payah lagi petugas banci tu nak panggil-panggil Tcr Ain yang sedang santai... "surf" internet kat rumah ni. Lekat saja slip bukti sudah dibanci di dinding luar rumah...  Dan mereka pun blah... pi cari rumah lain.... kononnya lah. Ataupun kalau masa petugas tu datang tak ada orang pula di rumah... kan susah dia nak balik lagi pi cari Tcr Ain...

Menurut khabar yang diuar-uarkan di Berita Harian, Harian Metro, Malaysia Hari ini (Rancangan TV3) , dan media massa lain, borang tinjauan boleh diisi di sini --> http://www.statistics.gov.my . Tetapi setelah puas digodek-godek sana dan sini... tidak pula terjumpa borang tinjauan tu. Ingatkan macam isi borang cukai ka... tapi tidak jumpa lah... Ada sesiapa yang sudah isi? Tolong ajarkan lah yer... He he... Daaaa.... muaahhhh!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...