Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, July 12, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Secara Online??

Hi... Semua tau, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dah bermula dari 6 Julai 2010 lagi. Tcr Ain "prefer" isi borang banci melalui online saja. Sebab tak payah lagi petugas banci tu nak panggil-panggil Tcr Ain yang sedang santai... "surf" internet kat rumah ni. Lekat saja slip bukti sudah dibanci di dinding luar rumah...  Dan mereka pun blah... pi cari rumah lain.... kononnya lah. Ataupun kalau masa petugas tu datang tak ada orang pula di rumah... kan susah dia nak balik lagi pi cari Tcr Ain...

Menurut khabar yang diuar-uarkan di Berita Harian, Harian Metro, Malaysia Hari ini (Rancangan TV3) , dan media massa lain, borang tinjauan boleh diisi di sini --> http://www.statistics.gov.my . Tetapi setelah puas digodek-godek sana dan sini... tidak pula terjumpa borang tinjauan tu. Ingatkan macam isi borang cukai ka... tapi tidak jumpa lah... Ada sesiapa yang sudah isi? Tolong ajarkan lah yer... He he... Daaaa.... muaahhhh!!!

11 comments:

k0k s3n w4i said...

yeah, that's a lot more convenient. i never liked strangers in my house :/

Tcr Ain said...

same to me Kok... but I can't find the form. So confused!

KIDbrush® said...

hagaknya dia org nak main "Hide & Seek" kot??


KiD ;( tensen org x dikenali redah masuk umah!! afbe$%@#zekusyen!!

akauntan HKL said...

Click kt link ini, ok? https://ecensus.stats.gov.my/ecensus/index.php?lang=bm

Tcr Ain said...

Terima kasih Akauntan HKL. Bantuan amat dihargai.

Tcr Ain said...

Errr... saya dah buka link tu... nampaknya masih perlu kewujudan pembanci tu di sisi kita... owhhhh... apa bezanyerrr..... Ahhhhh... tunggu saja dorang datang ke rumah dan isi borang manual... lagi simple!

Tcr Ain said...

Errr... saya dah buka link tu... nampaknya masih perlu kewujudan pembanci tu di sisi kita... owhhhh... apa bezanyerrr..... Ahhhhh... tunggu saja dorang datang ke rumah dan isi borang manual... lagi simple!

Anonymous said...

tul tu..pembanci akan dtg rumah dan tinggalkan kod laluan...pas tu dgn kod tu la kita akan isi maklumat. kod tu perlu utk rujukan.

Anonymous said...

tul tu..pembanci akan dtg rumah dan tinggalkan kod laluan...pas tu dgn kod tu la kita akan isi maklumat. kod tu perlu utk rujukan.

Anonymous said...

Kalau masih perlukan pembanci datang umah untuk isi borang & beri kod laluan, lebih baik tak payah hebohkan kata boleh isi maklumat online.

Dah la punya susah nak cari link kat website banci. Bukanya semua orang sentiasa ada dirumah siang hari walaupun pada hari minggu terutamanya yang selalu kena outstation.

Inilah sistem yang tak mesra pelanggan. Dengan kemudahan sekarang, kebanyakan orang memilih berurusan online kerana jimat masa, mudah, cepat & selamat.

Harap pihak banci dapat sediakan sistem yang lebih mesra pengguna dimasa akan datang tanpa perlu orang ramai susah payah nak cari link dimana nak kena isi borang. Sekian terima kasih.

Tcr Ain said...

Memang setuju dengan kata-kata Cik / Encik Anon tu. Pendapat kita sama betullll!!! Bukan itu saja, sekali pembanci datang, dia beri Dokumen 5 pulakkkkk!!! Bukan Dokumen 2 atau 6 yang diuar-uarkan dalam web-site. Memang tak berapa mesra pelanggan...!!! Tak payah hebohkan pun tak apa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...