Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, August 30, 2010

Negara apa yang sedang anda mimpikan?

 
Sebagai warganegara Malaysia, sikap patriotik harus ada... Tetapi apakah cara yang sebenarnya untuk meluah semangat patriotik? Cukupkah dengan hanya melaungkan merdeka sekuat hati, mengibarkan jalur gemilang atau perarakan besar-besaran?

Bagi saya, orang yang patriotik juga sebenarnya;
1. membenci rasuah
2. membeli dan berbangga dengan produk buatan Malaysia
3. sebelum melancong ke luar negara... melancong dulu ke setiap ceruk dalam negara
4. cintakan alam sekitar (kitar semula itu sangaaatttt baik, jangan jadi macam orang bodoh buang sampah merata-rata)
5. ada semangat satu Malaysia. Bersatu dalam kepelbagaian
6. sentiasa menjaga nama baik negara, walau di manapun pergi
7. bermoral tinggi. Jangan buat maksiat
8. mematuhi dan menghormati undang-undang (semuanya). Masa memandu pun kena patuhi undang-undang, elakkan kemalangan. Nak-nak lagi dah nak raya ni... Jangan merempit!!!
9. bagi pelajar-pelajar pula... jadilah yang terbaik, tak nak sekadar lulus saja. (termasuk pelajar IPT lah...)
10. bagi yang bekerja, kerja sungguh-sungguh. Jangan sering merungut. Nanti hilang pahala ibadah. Kalau kerja tak sungguh-sungguh... selalu nak curi tulang, nanti halal lagi kah gaji kita???
11. mengenang dan menghargai jasa pemimpin, pejuang bangsa terdahulu dan sekarang.

Hmmm negara kita bukan terbentuk sekelip mata... ada berjuta-juta rentetan kisah sebelum kita dapat kecapi kesenangan hari ini. Jangan lupa pula yer... 

Ada ker negara lain yang sedang anda mimpikan... selain daripada Malaysia? Mana dia? Apa namanya? Ada apa kat sana...? Apa yang tiada...? Renung-renungkan dengan mendalam...

Apa agaknya wanita ni nak lukis?

Kuatkan volume speaker anda...

Sunday, August 29, 2010

Perempuan ni menakutkanlah...

Kesian.... kesian.... Kesian tengok frying pan tu jadi mangsa dia. Lelaki-lelaki... berani ker kawin dengan minah macam gini? Hmmm.... tak teringin kot! Mmmm... ntah!

Wednesday, August 25, 2010

Bukan sebarangan air mineral... berbahaya!!

Kawan-kawan yang nak naik kapal terbang masa balik raya nanti.... hati-hati. Masa kat lapangan terbang tu... atau stesen bas ker... atau mungkin stesen keretapi.... kalaulah ada seseorang tidak dikenali, meminta anda memegang botol air mineral, jangan ambik... Jika anda ambik... anda mungkin diheret ke tali gantung... Kenapa? Tengok saja video ini

Tuesday, August 24, 2010

Yahudi zionist tidak layak digelar ISRAEL.


Tahukah anda bahawa Israel merupakan bahasa Ibrani, iaitu bahasa yang masih digunakan oleh yahudi  zionist sehingga hari ini. Apa maksud Israel? Perkataan Isra bermaksud tentera atau hamba. El pula bermaksud Allah. Jadi... Israel bermaksud 'Hamba Allah' atau 'Tentera Allah'.   Gelaran Israel telah diberi kepada Nabi Yaakub a.s., cucu kepada Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda seorang yang diberkati Allah. Soalnya... layakkah penceroboh bumi Palestine ini digelar hamba Allah ataupun tentera Allah???

Sudah tentu tidak sama sekali...  Mereka adalah golongan yang engkar dan tamak! Penceroboh! Makhluk tak tau malu dan tidak berperikemanusiaan... Mereka ingat mereka siapa? Mereka juga manusia sama seperti orang Palestine. Tetapi mereka memperlakukan manusia lain seolah-olah akhirat itu tidak wujud. Kanak-kanak menjadi yatim piatu, wanita menjadi balu... mereka kehilangan segala-galanya. Syahidlah... setiap orang Palestine yang gugur kerana menentang Yahudi. Laknatlah setiap Yahudi yang menganggap diri mereka sangat berkuasa....! Suatu hari nanti mereka akan menyesali setiap perbuatan keji mereka... tidak di dunia, di akhirat pasti! Allah tidak akan pernah memungkiri janjinya.

Saturday, August 21, 2010

Kesiannya... Ratu Zambia


Tahukan... pasal Miss Universe.... 2010? Pada 16 Ogos 2010, di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas, baru-baru ini, semua ratu dari pelbagai negara di seluruh dunia mempamerkan pakaian kebangsaan masing-masing. Boleh dikatakan semua berpakaian menarik.... cantik... tapi yang ini Tcr Ain rasa kesian sangat bila tengok. Sudahlah kena bawa 'calabash' yang besar... ada dua labu lagi dijadikan bra... dekat gaunnya pun ada tergantung-gantung labu tu. Hmmm sian... (kalau kat Sabah... labu ni dibuat 'sompoton', sejenis alat muzik Sabah.)

Tuesday, August 17, 2010

Meh tengok ulat resdung... Jangan main-main. Mungkin kita juga dijangkiti.



Memang seram melihat video ni... Oleh itu jagalah kebersihan diri seperti mana yang dituntut agama. Janganlah kita memakan makanan yang kotor.... Oh takotttnyaaaa.... Oh Tidaaaaakkkkkk!

Monday, August 16, 2010

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2010

Gaji bulan Ogos ni...  yang akan digunakan untuk tampung semua semua belanja raya tahun ni... Berbelanjalah dengan berhemat yerr.... Membazir itu amalan syaitan....

Saturday, August 14, 2010

Trafik mantap dan kiyuuttt... dijamin (STICKY POST)

Salin dan tampal widget berikut di blog anda yer... Ini bertujuan agar lalu lintas di blog anda mantap dan kiyuuutt...
<center><a href="http://newdayforus.blogspot.com/p/blog-x-change-link-program.html" target="_blank"><img src="http://lh5.ggpht.com/_zM4j0-he6NM/TBjPIoPWjXI/AAAAAAAAAWU/r3328L_fjQk/Xchangelink.gif" /></a></center><script src="http://www2.blenza.com/linkies/autolink.php?owner=xchangelink&postid=16Jun2010A" type="text/javascript"> </script>




PadaMu ku Bersujud

Lagu sempena bulan Ramadhan, Walaupun klip videonya tidak seberapa... terimalah sebagai santapan nurani  ...


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
  (PadaMu)

Friday, August 13, 2010

Contoh Sijil Koperasi?

Ini hanya contoh sahaja. Entah betul atau tidak format yang Tcr Ain buat ni. Ingat-ingat lupa laa..... Any comment please...

Monday, August 9, 2010

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2010M (Ramadhan 1431H) bagi Sabah.

Oh oh... kecik sangat yer...? Klik kat gambar untuk perbesar ok...
Jadual ini telah diambil dari Kulanz Salleh. Hak ciplak terpelihara. Ngeeeeheeee...

Friday, August 6, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 Secara Online.

Cara-cara mengisi borang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia kena ikuti langkah-langkah berikut:
1. Kita perlu mengaktifkan e-census kita terlebih dahulu.
- Untuk mengaktifkan e-census tersebut, hendaklah login ke KLIK UNTUK KE E-CENSUS
- Isikan butir-butir pengenalan yang telah dibekalkan dalam Panduan Mengisi e-census (Dokumen 6) atau Soal Selidik Dokumen 2, muka surat 3). Panduan ini dibekalkan oleh Pembanci, apabila Pembanci melawat ke tempat anda.
 Beginilah rupanya Dokumen 6 dan Dokumen 2 yang dimaksudkan tu 

2.Nampaknya... kita tak boleh buat apa-apalah untuk isi borang banci dalam talian... sehingga Pembanci datang ke rumah kita dan memberi kita kod untuk Dokumen 6 atau Dokumen 2 tu. 

Tunggu je lah... jawabnya... Kalau dah datang pembanci tu... kita boleh buat keputusan sama ada nak isi secara biasa, atau isi sendiri  secara dalam talian....

Terpulang pada individu lah kan? Bagi yang kerja... tak ada sesiapa di rumah di sebelah siang tu... elok isi secara dalam talian. Bagi yang ada masa terluang tu... sambutlah kedatangan pembanci tu dengan baik. Jangan kasi lepas anjing aahh.... Dia hanya menjalankan tugasnya demi bangsa dan negara tercinta!

Hmmm... 22 Ogos ini tempoh bancian akan tamat... Bilalah agaknya Pembanci ni nak datang ke tempat Tcr Ain. Tak sabar rasanya dibanci... Heeee.... Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan di Ogos ini...

Tuesday, August 3, 2010

Muat Turun segala-gala berkaitan Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011.

Lembaga Peperiksaan telahpun memuat naik Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan mulai SPM 2011.
1. Untuk memuat turun format pentaksiran tersebut SILA KLIK DI SINI 
2. Untuk memuat turun Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek 3756/3 SPM 2011, Tingkatan 4 (Ogos - September 2010), SILA KLIK DI SINI
3. Untuk memuat turun Tugasan Projek Tingkatan 4, 2010, SILA KLIK DI SINI
4. Untuk memuat turun Perisian Merekod Kerja Calon Untuk Tugasan Tingkatan 4, SILA KLIK DI SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...