Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, December 29, 2011

Download Full Movie - OMBAK RINDU (CEPAT SEBELUM DI-BAND)

Adapun untuk memuat turun filem ini dengan sepenuhnya, kenalah klik imej berikut. Bukan TcrAiN yang buat, TcRAiN cuma share link sahaja,

Wednesday, December 21, 2011

Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir Disember 2011

Hmmm... Berita baik kan? Dividen ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 adalah pada kadar 7.65 sen seunit. Kalau banding dengan tahun lalu nampaknya naik sebanyak 0.15sen. Bolehlah mencongak-congak berapa dapat... Alhamdulillah... Terima kasih PNB. Untuk baca berita penuh dalam Berita Harian, klik logo di bawah.

Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR 2011 diumumkan pada 22 disember 2011. Semakan secara dalam talian juga boleh dibuat.

Untuk menyemak keputusan melalui SMS, ikuti cara-cara di bawah:
Kalau tak nampak, KLIK imej untuk paparan lebih besar
 Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing pada 22 Disember 2011 (Khamis), mulai pukul 10.00 pagi. Pasti senyum lebar mereka yang berjaya...!

Saturday, December 17, 2011

Surat Pekeliling Pelaksanaan SBPA bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan @ Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011

Jangan 'sign buta' saja... baca dulu pekeliling ini. Kalau sudah baca baru buat keputusan, sama ada pilih SBPA atau kekal SSM. Klik imej di bawah ini untuk baca Pekeliling Berkenaan.
Siok bah ni SBPA... Tapi terpulanglah pada pendapat masing-masing kan?

TAPI... KENAPA TIADA LAMPIRAN C DALAM PEKELILING INI???? APA YANG TERSEMBUNYI DI SITU????

Bantuan Rakyat 1Malaysia @ BR1M

Video yang selalu ditayang dalam televisyen. Video ini memberi penerangan lengkap tentang BR1M. Yang layak tu cepat-cepatlah memohon ya...Masih jauh lagi tarikh tutupnya...

Video-video lain tentang NKRA cari kat sini http://www.youtube.com/user/gtproadmap 
(Suka tengok grafik-grafik dalam video-video GTP Roadmap NKRA kerajaan ni... Kreatif!)

Friday, December 16, 2011

Laman sesawang untuk mengetahui segala-gala tentang SBPA

Segala pekeliling berkaitan dengan SBPA boleh disemak di sini. Sila KLIK pada Imej untuk ke laman berkenaan. Semak dulu baru tandatangan... kata CUEPACS. Hmmm napa kerajaan nak suruh cepat-cepat tandatangan yer...?

Thursday, December 15, 2011

SBPA - Opsyen bersara 60 tahun sebenarnya fleksibel.

Masih ramai masih ragu-ragu sama ada nak pilih SBPA atau terus dengan SSM yang diguna pakai sekarang. Termasuklah TcRaiN sendiri. Terasa berat hati sungguh untuk memilih pencen pada usia 60 tahun. Tetapi TcRaiN suka kelebihan lain yang ada dalam SBPA. Cuma masalah bersara 60 tahun saja yang menjadi keberatan. Sebenarnya hal tu tidaklah patut dibimbangkan sangat... kerana... err... tengok sajalah rakaman ini...
Owhh... internet slow ka? Tidak apa, biar TcRaiN taipkan balik apa yang diperkatakan dalam video di atas ni. Katanya... Jika kita dah masuk SBPA, dan sekaligus memilih untuk bersara pada usia 60 tahun, kita sebenarnya masih boleh menukar tempoh bersara kepada yang lebih awal, iaitu pada usia sekurang-kurangnya, 55 tahun. Segala faedah pencen dan ganjaran akan dibayar pada usia dia bersara itu. Tidak perlu tunggu 60 tahun baru dapat bayaran pencen dan ganjaran.

Satu lagi... dalam SBPA ni, hanya gaji pokok yang akan naik... elaun-elaun tidak akan naik! Dibekukan katanya.... Hmmmm.... Tidak begitu faham lah yang ini... Adakah maksudnya, tiada kenaikan tahunan untuk elaun-elaun seperti dalam SSM? Kena gali lagi ni...

Sunday, December 11, 2011

Tangga Gaji Baru Kakitangan Awam di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Saja nak share benda yang menjadi tanda tanya ramai kakitangan awam sejak Bajet 2012 dibentangkan... Sila klik imej untuk ke laman web berkenaan di mana anda boleh muat turun slide show asli daripada taklimat yang telah dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, pada 8 Disember 2012, bagi negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Terdapat contoh perubahan gaji jika bertukar dari SSM ke SBPA. Silalah lihat di mana kedudukan gaji anda...
Klik jer imej ni...

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan tahun 2012

Berikut ini adalah tarikh rasmi bagi Pembayaran Gaji Bulanan bagi tahun 2012, yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, dalam Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara, Bilangan 6, 2011. Semoga memberi motivasi untuk meningkatkan prestasi...!
Kecik? klik imej untuk paparan lebih besar...

Tuesday, December 6, 2011

Jawapan Soalan 2(a) Prinsip Perakaunan SPM 2011

Soalan 2




2(a) Perkongsian Sepakat
Penyata Untung Rugi
bagi tahun berakhir 31 Disember 2010





RM
Untung Kasar


246250
Tambah
Hasil:





Faedah simpanan tetap
3000

Hutang Ragu (berkurang)
200





249450





Tolak
Belanja:





Susut Nilai Peralatan 8500

Susut Nilai Kenderaan 12600

Gaji

85250

Belanja pentadbiran 64800

Sewa dan Insurans
18270

Belanja kenderaan
6420




195840





UNTUNG
BERSIH



53610

Jawapan Soalan 1, Prinsip Perakaunan SPM 2011


Soalan 1







1.(a) Kontra dalam Penyata Pendapatan ialah:




i. Pulangan Belian






ii. Diskaun Diterima






iii. Pulangan Jualan






iv. Diskaun Diberi






(mana-mana satu antara i. hingga iv)



    Kontra dalam Kunci Kira-kira ialah:





i. Peruntukan Hutang Ragu





ii. Susut Nilai Terkumpul





iii. Ambilan



















(mana-mana satu antara i. hingga iii)



1 (b) Bagi urus niaga 'Membayar insurans rumah kediaman
dengan cek perniagaan' ialah:

Debit AMBILAN






Kredit BANK














 1 (c ) Untung atau rugi pelupusan kenderaan ialah:




RMRM

Wang daripada pelupusan
30000


Kenderaan (kos)
87000

Tolak Susut Nilai terkumpul52500

=Nilai Buku Kenderaan
34500













Rugi Pelupusan Kenderaan
-4500


1(d) Gaji bersih Encik Abdul bagi bulan Mei ialah




RM

Gaji Pokok
2600

Tolak Caruman KWSP 234

Gaji bersih
2366


1(e) Kelas belanja berikut kepada Komponen Kos Pengeluaran ialah:
        Upah Operator Pengeluaran ialah KOS BURUH LANGSUNG
        Gaji Penyelia Kilang ialah KOS OVERHED

JAWAPAN BAGI SOALAN- SOALAN LAIN AKAN MENYUSUL DALAM POS AKAN DATANG









































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...