Kedai Maya - Wajib Klik

Friday, December 31, 2010

Mahu Harimau Malaya ka... atau Harimau Malaysia ka?

Aik... kenapa ni...? Cuba klik SINI dulu kemudian

Tengok muka si Pak Belang ni... ensem kan?

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

Isi kandungan

Jata Negara Malaysia

Harimau Malaya merupaka lambang rasmi Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.Lambang ini juga ada dalam logo institusi- institusi Malaysia yang lain seperti PDRM, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Lambang harimau menunjukkan kepada keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya ini juga mendapat pelbagai nama gelaran seperti "Pak Belang" dan sebagainya.

Pak Belang

Harimau Malaya juga merupakan nama personifikasi bagi Malaysia. Digelar Pak Belang, ia merujuk kepada dua ekor harimau belang yang terdapat pada lambang negara Malaysia yang melambangkan keberanian dan kegigihan rakyat Malaysia mempertahankan tanah air. Harimau Malaya juga merupakan nama gelaran bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Harimau Malaya dan Bola Sepak Malaysia

Pasukan bola sepak Malaysia telah menggunakan 'Harimau Malaya' sebagai maskot dan juga gelaran kepada pasukan itu. Jersi utama pasukan bola sepak Malaysia juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada Harimau Malaya.





So... kenapa timbul isu nak tukar "Harimau Malaya" ke "Harimau Malaysia"? Nanti tak pasal-pasal harimau tu nak kena tukar surat beranak sebab nak tukar nama. Ngehe heeee heee.... Anti perpecahan! Isu gini pun jadi "mainan". Buat kajian lah dulu....

Thursday, December 30, 2010

Bot Laju MK1247 Menumbok - Labuan


Pintu masuk ke terninal feri / bot laju

Dalam terminal

Luar terminal... dekat jeti menunggu bot yang nak dinaiki

Notis peringatan kepada pengusaha bot laju untuk keselamatan penumpang

Dalam bot laju... Jeket keselamatan kena pakai. Itu yang ada dalam notis dan telah diarahkan juga oleh krew terminal

Tapi ada juga yang tak pakai jeket keselamatan. Malah mukanya seolah-olah berkata dalam hati; "Ngeh ngeh... Jakun... baru pes taim kali ni naik bot pi Labuan nge he he he...



Nah... ini Terminal Feri Antarabangsa Labuan


Akhirnya sampai juga ke Labuan. Takut juga sepanjang perjalanan sebab hari tu ombak kuat, cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa antara 15-20 minit, menjadi 40 minit. Sepanjang perjalanan yang penuh dengan hentakan dek ombak kuat. Takut kalau-kalau bot pecah.

Hanya mengimbas kembali kenangan percutian yang lalu...

Penghargaan kepada 15 Pengulas Paling Aktif di Blog Single Dot. . [SEBILANGAN BESAR MERUPAKAN NUFFNANGER / INNITER]

TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG RAJIN HANTAR KOMEN KE BLOG INI. INI ADALAH TRIBUTE BUAT ANDA SEMUA.

KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG YANG INGIN KE BLOG MEREKA, KLIK SAJA PADA NAMA-NAMA MEREKA YANG SEMEMANGNYA KIYUUTTTT INI.

TIDAK LUPA DIUCAPKAN SELAMAT BERCUTI "JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010" ESOK, 31 DISEMBER 2010. TINGGAL DUA HARI LAGI KITA AKAN MELANGKAH KE TAHUN 2011. SEMOGA DI TAHUN BARU NANTI, ANDA-ANDA SEMUA MAKIN RAJIN KOMEN KE BLOG INI.  

THANKS VERY MUCH TO:

  1. KIDbrush® [16]
  2. etuza [16]
  3. Gee [7]
  4. The Blogger (63672674) [meoramri] [7]
  5. Kunak Press [6]
  6. thomas [4]
  7. saya_arief [3]
  8. Amira Putri [2]
  9. Thristhan [2]
  10. Online Printing Studio [2]
  11. Ronnie [2]
  12. A D I A [1]
  13. Glo-w~* [1]
  14. Soon Jeremy [1]
  15. MsXeRoZ Nicole [1]

PIALA SUZUKI AFF 2010 - TAHNIAH SKUAD HARIMAU MALAYA MENANG 4-2 KE ATAS INDONESIA.


Sumber disalin daripada BHarian Online

Berakhir kemarau 14 tahun
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/30

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF. 
 
Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara. 
 
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.
SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia,  Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.

Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.

Tuesday, December 28, 2010

Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2011

Untuk semak dan buat rayuan untuk Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2011
Klik Banner untuk semak permohonan
Yang ini untuk buat rayuan kalau tak dapat... Tapi sebenarnya dari link semakan pun boleh klik terus butang rayuan

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik Tahun 2011

Sudah dapat keputusan PMR kan? Sesiapa yang ada memohon untuk masuk ke Sekolah Menengah Teknik 2011... Apa lagi... semaklah sama ada anda berjaya masuk ke sekolah Menengah Teknik atau tidak.... Klik banner di atas dan masukkan angka giliran serta nombor kad pengenalan. Selamat menyemak...

Boleh Bah Kalau Kau...

Boleh bah kalau kau...! Ungkapan popular di kalangan orang-orang Sabah. Ada sesetengahnya tidak senang duduk selagi tidak mengungkap boleh bah kalau kau..! Ada yang meletaknya pada cermin keretal, di pintu bilik tiur... ada yang buat slogan... Tapi... tidak sangka pula adalah seorang mamat Sabah ni..., yang sangat kreatif menjadikan ungkapan ini sebagai lagu. Kalau korang tengok video ni mesti korang kenal dengan pencipta lirik, melodi dan penyanyi lagu ini. Versi penuh belum jumpa lagi... Ada... tapi dia nyanyi life... video yang nombor 2 tu. Cuba dengar best ka tidak?





Tapi... betul ka boleh buat betul-betul macam gitu...? Mana ada orang yang sanggup buat. Cakap dan nyanyi-nyanyi senanglah... Bohong ja tu..

Monday, December 27, 2010

Hadiah Peraduan Cornetto Watch and Win - Minggu 3

Jeng jenggg....! Inilah dia hadiah mingguannya "Couple T'Shirt"... Ambil gambar dulu sebelum dipakai dan menjadi buruk.
Merah... My favourite colour
Macam mana Tcrain boleh menang? Masa tu tengah boring dan tension...

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 : SMSFX Juara Keningau lagi.

Tahniah kepada semua lepasan PMR 2010 SM SFX yang sekali lagi mengharumkan nama SMSFX. Menurut analisis yang dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah, SMSFX berada pada ranking pertama di daerah Keningau, mendahului SM Ken Hwa yang berada di tempat ke-2. Tempat ke-3 dan seterusnya kurang pasti pula. Tetapi yang tempat terakhir tu sempat juga tengok sekolah mana....

Wednesday, December 22, 2010

Memorial Perang Dunia Kedua Pulau Labuan

Memorial Perang Dunia Kedua di WP Labuan merupakan tanah perkuburan perang yang terbesar di Malaysia. Di sini terdapat 3 908 kubur askar-askar yang kebanyakannya terdiri daripada askar Australia. Selainnya askar British dan India.

Hari Ahad yang terhampir dengan tarikh 11 November setiap tahun, merupakan hari memperingati mereka yang telah terkorban. Pada hari tersebut, kawasan memorial ini akan dikunjungi ramai veteran, keluarga askar-askar yang terkorban dan ramai juga pengunjung dari negara-negara Komenwel lain, datang ke sini setiap tahun.

Inilah gambar-gambar kenangan kami di tapak memorial tersebut.

Sunday, December 19, 2010

Malaysian State & National Holidays 2011


Malaysian State & National Holidays 2011

Dates
Occasion
For
1 January
Saturday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
11 January
Tuesday
Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
14 January
Friday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday
Negeri Sembilan only
16 January
Monday
Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
20 January
Thursday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 February
Tuesday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
3 February
Thursday
Chinese New Year Nationwide
4 February
Friday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
15 February
Tuesday
Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
4 March
Friday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 - 31 March
Wed & Thurs
Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
22 April
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April
Friday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Tuesday
Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May
Sunday
Labour Day Nationwide
7 May
Saturday
Hari Hol Pahang Pahang only
17 May
Tuesday
Wesak Day Nationwide
17 May
Tuesday
Raja Perlis' Birthday Perlis only
30- 31 May
Mon & Tues
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 - 2 June
Wed & Thurs
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
4 June
Sunday
Malaysian King's Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
29 June
Wednesday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Thursday
Georgetown Heritage Day Penang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees.
9 July
Saturday
Penang Governor's Birthday Penang only
20 July
Wednesday
Sultan of Trengganu's Birthday Trengganu only
1 August
Monday
Awal Ramadan Johor, Kedah & Malacca only
17 August
Wednesday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
30 - 31 August
Tues & Wed
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Wednesday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
10 September
Saturday
Sarawak Governor's Birthday Sarawak Only
16 September
Friday
Malaysia Day &
Sabah Governor's Birthday
Nationwide
Sabah
8 October
Saturday
Malacca Governor's Birthday Malacca only
24 October
Monday
Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
26 October
Wednesday
Deepavali Nationwide
6 November
Sunday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
7 November
Monday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
22 November
Friday
Sultan of Johor's Birthday Johor only
27 November
Sunday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 December
Sunday
Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 December
Sunday
Christmas Nationwide


* Subject to change - depending on the sighting of the new moon
Taken from Malaysian-Explorer.com


Saturday, December 18, 2010

Kalender Cuti Umum Negeri-Negeri / Malaysia Tahun 2011


Nah... ini dia cuti-cuti Malaysia untuk tahun 2011. Telah dihasilkan mengikut bulan-bulan, dari Januari hingga Disember... Apalagi... rancanglah cuti anda dari sekarang.
 
 

Friday, December 17, 2010

Kalender Persekolahan Tahun 2011

Berikut ini adalah Kalender Persekolahan Tahun 2011, yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Apa lagi cikgu-cikgu dan murid-murid... Sekolah dah nak buka dah ni... Dah ready ker?
Mesti semua pasang azam baru kan?

Kejap lagi Tcrain buatkan Jadual Hari-hari Cuti Umum Malaysia 2011... Kejap lagi yer...

Thursday, December 16, 2010

Nibiru 2012

Nibiru dalam Bahasa Akkadia (Babylon), bermaksud persimpangan atau titik peralihan yang biasanya digunakan untuk sungaiItulah gelaran yang diberikan kepada sebuah planet yang 'menggerunkannnnn....'  penduduk bumi. Nibiru bukan penemuan baru. Sebab.... nama Nibiru ni  telah diberikan oleh seorang angkasawan kuno dari Babylonia yang bernama Zecharia Sitchin dalam sebuah buku tulisannya. 

Ada juga yang berpendapat, bahawa Planet Nibiru sebenarnya adalah Planet Jupiter. Ada juga yang menggelarnya sebagai Planet X. Walau bagaimanapun... tafsiran pada planet-planet yang ada di cakrawala sering berubah-ubah. Lain pengkaji... lainlah juga interpretasinya. Tcrain akan guna Planet X dalam tulisan seterusnya.


Planet X berputar pada orbitnya sendiri. Ia tidak berputar dalam orbit yang mana planet-planet lain (termasuk Bumi) berputar. Boleh gambarkan macam mana? Kalau tak dapat tengok gambar ni...
Gambar ini Tcrain dapat setelah membuat beberapa carian dalam YouTube.
Pada tahun 1995...  Nancy Lieder telah menimbulkan kemungkinan bahawa lambat laun, Planet X akan berlanggar / bergeser / berselisih dengan bumi. Banyak laporan Nancy Lieder ada dalam laman sesawang bernama Zeta Talk. Jemput tengok laman sesawangnya ya... ada banyak laporan tentang pemerhatian terhadap Planet X ini. KLIK ZETA TALK.

Nancy mendakwa dirinya adalah penghubung / contactee. Errmmmm maksudnya dia mampu menerima mesej daripada sistem solar dengan bumi melalui implan dalam otaknya. Implan itu dipasang atas pilihan Nancy sendiri, kerana ingin memberi peringatan kepada manusia, tentang objek akan 'menyapu' Sistem Suria. Nancy pernah memberi tarikh bila Planet X akan 'menyapu' iaitu pada bulan Mei 2003. Tetapi... jelas sekali hal itu tidak berlaku. Terbaru.... tahun 2012 mungkin Planet X akan 'menyapu'. Hmmmm.... susah untuk pilih jawapan 
(A) Ya.. pasti akan berlaku pada 2012 atau 
(B) Ah... tidak akan berlaku pada 2012

Apapun... sebagai seorang Muslim, Tcrain yakin tanpa berbelah bagi bahawa KIAMAT ITU BENAR! Harinya pasti akan datang. Kalau bukan pada Mei 2003, atau pada tahun 2012, lambat laun pasti akan terjadi juga.

Adakah kita patut takut? YA...! Kita patut berasa takut akan janji Allah. Tetapi... janganlah biarkan perasaan takut itu menghantui segala sesuatu dalam hidup kita.

Kita kena pegang pada... sebuah Hadis Riwayat Ali Bin Abi Talib
"Bekerjalah engkau seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Beramallah engkau seolah-olah akan mati esok"

Tapi.... Planet X tu memang benar-benar wujud...! Kata para saintis. NASA pun kata....


Kalau nak tahu lebih lanjut... klik lah pautan-pautan ini. Sebab yang Tcrain tulis di sini sekadar untuk mencari jawapan pada soalan-soalan yang ada dalam minda Tcrain sahaja.
1. TiubKau-1
2. KauKau-2
3.SembangZeta
4. Wiki 1 
5. Wiki 2
6. Wiki 3


Wednesday, December 15, 2010

SPM 2010 : Kertas 2, Prinsip Perakaunan VS 5 Zircon 2010

Ayuhai.... 9 Disember 2010 yang lepas, Tcrain tengah demam, dan baru balik dari kampung mertua. Tcrain terkilan sangat sebab tidak terlarat untuk datang sekolah memberi semangat kepada anak didik yang sedang mengambil peperiksaan Prinsip Perakaunan pada masa itu.

Seperti biasa, selepas habis sahaja budak-budak tu menduduk peperiksaan, Tcrain akan terima beberapa SMS yang mengatakan kerisauan sebab tak dapat jawab soalan. 

Yang paling menyedihkan kata-kata begini:
1. Tcr... target tidak keluar lah Tcr...
2. Tcr... satu target pun tidak kena langsung

Aikkkk....! Selama ini Tcrain telah terajar mereka tajuk-tajuk Teknologi Angkasa Lepas ker... atau... Kajian Dinosaur.. atau... tajuk Rumput rampai di Papua New Guinea ker....? 

Tcrain TIDAK PERNAH kata tajuk ini MESTI keluar. Paling-paling pun Tcrain kata tajuk ini MUNGKIN akan keuar.

Mungkin murid-murid Tcrain ingat... soalan SPM 2010 itu akan serupa 100% dengan Peperiksaan Percubaan 2010... Soalan SPM 2010 itu, bukan Tcrain yang buat... Tcrain sebenarnya tidak tahu menahu soalan apa sebenarnya yang akan disoal.

Kalaulah anak-anak murid Tcrain buka balik buku latihan sepanjang tahun, murid-murid Tcrain akan nampak apa tajuk-tajuk yang paling banyak Tcrain beri latihan. BUKAN SETAKAT YANG ADA DALAM SOALAN PERCUBAAN SAHAJA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN. Sayang seribu kali sayang anak-anak murid Tcrain tidak menyedari mesej tersirat di sebalik latihan yang berlambak itu. 

Dan... kalaulah anak-anak murid Tcrain dapat imbas kembali kata-kata Tcrain semasa memberi latihan itu, Tcrain selalu kata "SAYA HARAP KAMU BUAT LATIHAN INI KERANA TAJUK INI PENTING... MUNGKIN TAJUK INI YANG AKAN KELUAR DALAM SPM 2010". Tinggal lagi anak-anak murid Tcrain peka dan ambil perhatian atau tidak... itu saja..!

Kalaulah anak-anak didik Tcrain boleh imbas kembali apa tajuk yang Tcrain tekankan dalam kelas tambahan pada 19 November 2010 di kelas tingkatan 3 tu.....Kalaulah anak-anak murid Tcrain peka... mesti mereka akan bertanya... "PERCUBAAN SUDAH HABIS... KENAPA TCRAIN BERIA-IA MAU BUAT KELAS TAMBAHAN LAGI....?" Dan... jawapan Tcrain ialah.... kerana Tcrain rasa tajuk itu PENTING!!!! Dan... sekali tengok memang tajuk itu betul-betul keluar kan????  Cuma Tcrain tidak akan sekali-kali...mengatakan bahawa tajuk ini MESTI keluar!!! Tcrain bukan datang dari masa depan... sehingga dapat melihat soalan-soalan itu...

Dan... kalaulah anak-anak didik Tcrain masih ingat pada suatu petang tu... Tcrain ada buat kelas tambahan sebelah petang... sehingga ada yang pengsan hari itu tu??? Kalaulah anak didik Tcrain ingat lagi tajuk apa yang ada dalam kertas edaran hari tu...pasti mereka tidak akan mengatakan SEMUA tidak keluar...! Kenapa ya Tcrain nak buat kelas tambahan untuk tajuk khas itu??? Adakah anak didik Tcrain terfikir???

Tajuk Buku Tunai Runcit... Part yang ini Tcrain pun  rasa sangat MENYESAL tidak menekankan sangat tajuk itu. Tapi... itu hanya satu soalan bernilai 8% daripada markah keseluruhan. Jadi... kalau nak katakan SEMUA tidak keluar... itu tidak adil untuk Tcrain terima. Seingat Tcrain pada 19 November tu... Tcrain ada tanya dengan anak-anak murid Tcr... "Adakah kamu masih sanggup meneruskan kelas atau tidak? Kalau kamu masih sanggup... Tcrain akan ajar kamu tajuk Buku Tunai Runcit ini" (setelah salah seorang daripada kamu menimbulkan tajuk ini). Dan... apa yang mereka jawab... "kami belajar sendiri dululah Tcr... " Jadi Tcrain kata;... "Saya harap kamu betul-betullah belajar... kalau ada masalah... hubungi saja Tcr..."

Segalanya telah berlalu... tiada gunanya untuk dikenang kembali... Hanya doa mengiringi perjalanan hidup anak-anak didikku... Semoga sukses hendaknya... Ingatlah... BUKAN SENANG UNTUK MENDAPATKAN KESENANGAN. Segala yang baik itu datang dari Allah, manakala yang buruk itu datang dari diri Tcrain.

Untuk tatapan dan kenangan hari terakhir bersama dalam kelas tambahan 2010... (inipun bukan semua hadir... Tcrain tak boleh nak paksa...)

Mereka nilah antara pelajar yang rajin...

Wajah-wajah yang bakal diridui... Semoga Sukses!

Saturday, December 11, 2010

Jalan-jalan Pulau Labuan

Sekarang ni Tcrain berada di Pulau Labuan. Pertama Kali tau... nge he he sian kan? Entry kali ini adalah menggunakan telefon tangan saja. Maaf kalau ada tersalah taip. Pagi tadi dari Keningau bertolak dalam pukul 8.15 pagi melalui Jalan Kimanis. Singgah kejap Kuala Penyu. Pas tu bertolak ke Pekan Menumbok, sampai Sekitar jam 10.45pagi. Letak kereta di tempat letak kereta berbayar, RM10 semalam. Yang RM5 semalam pun ada juga. Pas tu naik bot laju MK1247 dalam jam 11.15 pagi. Sampai Pulau jam 11.40. Seorang kena bayaran tiket RM15. Di terminal feri antarabangsa, kami terus ambil kereta sewa RM70 untuk 24jam. Sampai sini pening kepala cari hotel. Semua pun penuh. Last2 dapat juga Hotel Pulau Labuan Apartment, bayarannya agak mahal, RM135 semalam. Bolehlah daripada tak ada langsung. Yang ni pun berebut dgn customer lain. Ok lah mo pi jalan dulu ni. Nanti sambung. Daaa.... 

Thursday, December 9, 2010

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

Pasti ramai pemohon nak tau keputusan MTest kan? Klik Banner di atas ni untuk semak keputusan anda. Yang berjaya tahniah! Yang tidak berjaya... cuba lagi. Jangan bersedih... Insha Allah...

Maher Zain - Insha Allah

Kenapa saya suka lagu ini? Lagu ini adalah penawar kemurungan, kekecewaan dan rasa tertekan. Lebih-lebih lagi setelah kantoi exam PTK. Dengar lagu ni rasa tenang dan insaf... Jom layan...


 Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
You'll find your way

Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
You'll find your way

Insha Allah, Insha Allah, Insha Allah
You'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ohh... Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way... Show me the way.... Show me the way

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
We'll find the way

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
We'll find the way

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
We'll find the way

InshaAllah, InshaAllah, InshaAllah
We'll find the way

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, keimanan yang teguh, pengabdian terhadap Allah yang tidak berbelah bagi. semoga perjalanan dalam tahun baru ini penuh dengan keredhaan.

Friday, December 3, 2010

Sabar Menanti - Tengah Susah Hati

Tengah susah hati amat sangat ni...
 Biasanya... pagi-pagi lagi Tcrain akan buka blog ni, layan c-box dan tengok siapa-siapa yang baru 'follow' untuk di-'follow' balik. Pas tu buat 'blog walk' dan klik apa-apa yang patut. Namun.... mulai 3 Disember ni hingga 5 hari kemudiannya, Tcrain kena pergi ke satu tempat yang tak ada liputan internet... Sedih tak???

InsyaAllah, hari Rabu depan kita jumpa balik. I am gonna miss my blog n  u all..

Lagu ini khas untuk korang... Mesti dengar tau... kejap pun jadilah...

 Sabar Menanti

Tiada kata bagimu, sebagai buluh perindu
Kan ku nantimu...
Bekalku hanyalah rindu, walau dipisah lautan
Duhai kasihku...


Kala senja dikau datang, walaupun hanya lamunan
aduhai... sabar lah menanti, ku tak kan lama...

Daku pergi demi tugas, walau apa pun beratnya
Oh relakan...
Pesanmu tak kulupakan, sumpah setia demi cinta...

Oh percayalah....
Bila sinar suria, menghampiri dikau
Sabarlah oh sayang... ku kembali

[Sungguh berat rasanya diriku untuk pergi meninggalkan dirimu,
bahkan tak kuasa daku mengangkat kedua kakiku.
Oh sayang... namun ku tau pasti di suatu pagi yang cerah...
kita pasti akan berjumpa lagi... Janganlah kau bersedih...]

Oh percayalah....
Bila sinar suria, menghampiri dikau
Sabarlah oh sayang... ku kembali

Tuesday, November 30, 2010

Semakan Keputusan Peperiksaan PTK, Oktober 2010


Nah... klik banner di atas ni untuk semak keputusan PTK pada 16 Oktober 2010 yang lepas. Yang berjaya dapat Gred IV tahniah. Tcr Ain kali ni dapat keputusan teruk... Huaaaa.... huaaa.... nak ambik lagi tahun depan... (ada peluang lagi ker ni?)

Satu Kebetulan yang Kiyuut..!

Mula-mula buka blog tadi nombor dalam Widgeo Counter ni Today = 6, Total = 7776... jadi Tcr Ain tunggu sorang lagi masuk... untuk hasilkan nombor yang cun ini. Terima kasihlah... kepada semua pelawat... terutamanya pelawat dari Kuala Lumpur yang menggenapkan angka cun ini... Heeee...

Sunday, November 28, 2010

Rapunzel - A Tangled Tale

Cik Rapunzel dan Encik Flynn @ Eugene... mengintai di balik rambut perang yang panjang.

Kategorinya PG - Kanak-kanak perlu dibimbing oleh ibu bapa. Tidak boleh menonton sendiri-sendiri.. Opsss tapi itu di negara omputih... di negara kita, kategorinya dah jadi U, Umum... yang boleh ditonton oleh semua peringkat umur. Malaysia dah edit...

Klise cerita dongeng orang putih:
1. Gadis malang akhirnya berkahwin Putera Raja 
ataupun 
2. Putera/i Raja terkena sumpahan lalu diselamatkan oleh Putera/i Raja lalu berkahwin.
3. Ada ibu tiri yang jahat... 


  Tapi... Ini cerita dongeng versi baru... ada unsur romantik, komedi, hiburan, pengembaraan...

Rapunzel = Puteri Raja
Flynn Rider = Budak yatim piatu yang menjadi pencuri... (Kalaulah dia bukan pencuri... dia tak akan jumpa Rapunzel
Mother Gothel = Ibu angkat yang 'penyayang' (terlalu takut kehilangan anak angkatnya)
 
Tapi... saya suka dia ni lah... Nama dia Maximus

Watak penting...Tanpa dia ni tidaklah Rapunzel terpaksa tinggal di hutan dan mampu memanjangkan rambutnya
Boleh main game... KLIK

Di pawagam sejak 25/11/2010. Tengoklah... bessstttt...

Saturday, November 27, 2010

Pintu Kereta yang belum pernah kujumpa... (tiada ni di Keningau)

Rupa-rupanya, pintu kereta macam ni dah dicipta sejak tahun 2007 lagi... Laaaa.... Tcr Ain yang ketinggalan zaman rupanya... Ha ha ha...

Kebaikan:
1. Jimat ruang... katalah parking sempit, pintu kereta masih boleh dimasuki dengan mudah
2. Jimat masa dan tenaga kerana dua tempat duduk buka sekali jer...
3. Kelihatan moden dan canggih
4. Lain daripada yang lain

Kekurangan (kot lah,..)
1. Lambat sikit nak tutup... katalah dikejar penjahat, pinti akan terbuka seluas-luasnya, depan dan belakang... sempat lagi penjahat nak join masuk sekali
2. Penjahat ingat kita orang kaya... trus dia tergoda untuk menyamun...
3. Kalau kita bawa budak kat belakang... kita yang nak keluar, nanti yang dorang tak perlu nak keluar pun akan menyibuk nak keluar sama...

Ngeeee... Kotlah

Friday, November 26, 2010

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan 2011 - (Belum kerja lagi... dah nak minta gaji?)

Berikut ialah tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2011 dan ianya ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan 105 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004 bertajuk Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 Mengenai Tarikh Membayar Gaji.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2011
Klik gambar untuk paparan besar. Errr... kalu korang rasa nak copy boleh jer... tapi bagilah salam dulu kat tuan rumahnyer... ngeeeee...
Rata-rata tarikh pembayaran gaji ialah pada 20hb ke atas, kecuali bulan Disember. Hari pembayaran gaji yang paling kerap ialah hari Khamis. Hari Rabu sekali.... hari Isnis sekali... (he he he... silap taip dan malas nak ubah dah yang tu. Korang fahamkan sediri je lah yer... )

Thursday, November 25, 2010

Jesselton Point bakal diserbu Nuffnanger Sabahan Jumaat ini!

Apabila buka website Nuffnang pagi ini... Wowww.... mengujakan! Pertama kali Nuffnang akan buat perjumpaan di Sabah...  Merupakan penghargaan buat kami di Sabah. Terima kasih banyak Nufffnang dan... Tehtarik Memoir (Mr. President). Tetapi sayangnya Tcr Ain tidak ada rezeki untuk turut serta. Dah ada program lain. Sayang sekali....!

Perjumpaan itu akan diadakan di Dream Cones, Jesselton Point, pada 26 November 2010 (Jumaat), jam 8.00 malam. 

Dream Cones tu ialah sebuah restoran francais yang mengkhusus kepada produk ais krim, terletak di Jesselton Point. Tapi Tcr Ain tak pernah lah pula makan ais krim kat situ...

Jesselton Point pula merupakan terminal feri yang dulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu Ferry Terminal. Namanya bertukar mulai tahun 2006 setelah diswastakan. Sesiapa yang nak ke Labuan atau ke Pulau-pulau Manukan, Mamutik atau Gaya, boleh ambil bot / feri di Jesselton point ini.

Jesselton point bukan terminal feri semata-mata. Di sana terdapat banyak gerai-gerai cenderahati, gerai makanan dan tempat yang juga sesuai untuk bersantai, dan sesuai juga untuk menganjurkan majlis-majlis seperti majlis kahwin.

Tcr Ain suka pondok telefon merah yang terdapat di Jesselton Point. Macam terasa-rasa berada di London pula.... 

Selain pondok telefon merah tu... ada lagi gambar-gambar bandar KK pada zaman dulu-dulu... di sana. Apabila melihat gambar-gambar itu... terasa takjub yang sukar digambarkan!!!

Jadi Nuffnanger yang free malam tu... jangan lepaskan peluang untuk datang yer! Tcr Ain kirim salam saja dengan korang semua. Muuaaahhh...!

Pantai Tanjung Aru - Banyak kenangan terukir di sini

Nge heee.... angin laut kuat lah pula masa tu...
Pertama kali menulis tentang Pantai Tanjung Aru walaupun setiap kali datang ke KK, Tanjung Aru adalah tempat yang mesti dijejaki..
Pantang jumpa laut... mesti nak terjun... tapi petang tu dilarang sekeras-kerasnya...! He he..

Bagi Tcr Ain, Tanjung Aru adalah tempat yang ideal dan sangat popular di kalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu, daerah-daerah berdekatan, mahupun di kalangan penduduk Sabah, untuk berehat dan makan-makan. Makanan warung dekat pantai melayani berbagai macam makanan laut, sate, jagung manis, kacang rebus, nasi goreng, mee dan macam-macam lagi sehingga ke larut malam. 
Dulu gerai makanan ni bukan kat sini. Dalam bangunan khas. Masa datang sini dua hari lepas dah pindah ke sini. Mungkin ubah suai bangunan asal kot...
Jarak Tanjung Aru dari pusat bandar ialah 6km sahaja. Jarak dari lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pula adalah dalam 10km. Pantainya luas, panjang, dan pasirnya putih. Pada kebanyakan waktu, air lautnya agak tenang dan sesuai untuk mandi-manda.
Pantai Tanjung Aru pukul 5.45 petang. Cuaca hari itu agak mendung

 Satu ciri lain yang wajib disebut tentang Pantai Tanjung Aru ialah tentang pokok-pokok ru atau nama saintifiknya Casuarinaceae, yang tumbuh berjajar di pinggiran pantai secara semulajadi. Daripada pokok ru inilah Tanjung Aru mendapat namanya. 
Pokok ru yang tumbuh semulajadi

Hari itu, Tcr Ain bersama keluarga sengaja datang ke pantai ini sekitar pukul 5.30 petang kerana ingin melihat matahari terbenam di horizon. Memang cantik dan menarik. Lebih-lebih lagi kalau waktu itu cuaca baik dan awan tidak menutupi matahari. Laut dan kaki langit kelihatan keemasan.

Matahari terbenam di ufuk barat. Banyak awanlah pulak petang tu... Dah la tu lensa handphone jer...
 Untuk yang suka menyelam atau bemain ski air juga boleh menghubung  resort terdekat, Shangri-la Tanjung Aru.
\Shang Ri-La Tanjung Aru Resort...
Selamat berkunjung cuti-cuti Malaysia.... Utamakan melancong dalam negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...