Kedai Maya - Wajib Klik

Sunday, January 30, 2011

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG N05 (30 JAN 2011)

Calon BN (Mohd. Azhar Ibrahim) menang dalam pertandingan 1 lawan 1 dengan calon PAS Normala Sudirman. Bilangan undi BN 6698, PAS 2963 Jumlah majoriti kiralah sendiri... pandai Matematik kan? Ngeheee... 3735 lah... majoritinya. (belum rasmi lagi ni...). Yang pasti calon BN menang!

Semoga Encik Mohd. Azhar Ibrahim akan menjalankan tugas sebaik-baiknya dan tidak menghampakan pengundi-pengundi beliau. TAHNIAH diucapkan.

Maher Zain - InshaAllah (dia nyanyi versi Melayu lah pula kali ni)

Lirik lagu ni ada dalam video ini... Mengkagumkan ajerr...

Saturday, January 29, 2011

Magic-Gopher. Cubalah! Anda akan berasa seram... hairan dan takuuuuuttttt!!!

This will Drives You Nuts... This is really freaky!
Klik Gambar... Ikut arahanya... Anda akan tertanya-tanya... bagaimana ini berlaku? Lebih 10 kali dah TcRaiN cuba... dia tidak sekalipun gagal...! Seolah-olah dia benar-benar boleh membaca minda  kita. Apa 'trick' sebenar dia ya? Ada sesiapa yang tahu? Jom kongsi sama-sama...

Sunday, January 23, 2011

Jadual Peperiksaan SPM 2011

Ini baru draf pertama... tarikh pun belum ditetapkan. Cuma hari ke berapa saja diberikan. Mata pelajaran Prinsip Perakaunan mengambil giliran hari ke-10 dalam draf, manakala Ekonomi Asas hari terakhir iaitu hari ke-15. Semoga dapat membakar sedikit semangat calon-calon SPM SMSFX. Klik Jadual SPM 2011 untuk download draf ini. Untuk memuat turun draf terbaru (kemas kini kali ke-3) Sila klik DRAF 3 Jadual SPM 2011

KEMAS KINI TERBARU : JADUAL SPM 2011 YANG MUKTAMAD TELAH SIAP DAN ANDA BOLEH MUAT TURUN DI SINI KLIK SAYA

Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2011

UPSR
Ujian Bertulis 13 - 15 September 2011 (3 hari)

PMR
Ujian Bertulia 4 - 6 Oktober 2011 (5 hari)

 SPM
Ujian Amali
Ujian Bertulis 14 November - 16 Disember 2011 (16 hari) 

STPM
Ujian Lisan 20 - 22 September 2011 dan 27 - 29 September 2011
Ujian Bertulis 21 November - 15 Disember 2011

STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 dan 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Oktober dan 17 - 19 Oktober 2011 (5 hari)

SPM Ulangan
Ujian Lisan  15 - 17 Jun 2011 (3 hari)
Ujian Bertulis 13 - 14 Jun (2 hari)


Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)


*Tarikh-tarikh ini adalah tertakluk kepada kepada pindaan. Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03-8884 3382
PMR : 03-8884 3394
SPM : 03-8884 3330
STAM : 03- 8884 3340
PEPERIKSAAN LUAR NEGERI : 03-8884 3346


Kekosongan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) 2011

Kekosongan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah-sekolah di Negeri Sabah Cetak E-mail
Ditulis oleh Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi   
Khamis, 20 Januari 2011 12:07
Kekosongan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Calon-calon yang berminat dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah di Negeri Sabah untuk mengajar mata pelajaran berikut:
1.   Pendidikan Islam Sekolah Menengah
2.   Pendidikan Islam Sekolah Rendah
3.   Bahasa Cina Sekolah Menengah

Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2011.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ust Ahmid Wahap (088-237348) / Puan Shim Kon Ken (088-251722).

Thursday, January 20, 2011

Apa yang saya nak tahu tentang "Permainan Kutu"

'Main kutu' yang dimaksudkan si sini bukanlah bermain dengan sejenis haiwan parasit yang menghuni kepala yang kotor... Tetapi 'main kutu' yang merupakan salah satu cara untuk menabung.

Kenapa TcRaiN teringin menulis tentang "permainan kutu" ini? Tak ada apa-apa sebab khusus... saja ingin menambah pengetahuan... Tergerak hati kerana ramai kawan ajak TcRaiN "main kutu". Emak TcRaiN sendiri pun main kutu juga. Tapi TcRaiN tidak pernah sekalipun ikut main benda ni. Mana tau lepas buat kajian ni TcRaiN pula yang jadi pengelola... Ngeehee heehe hee...

Selama ini saya tidak mengetahui, rupa-rupanya 'main kutu' ini ada undang-undangnya, iaitu Akta  28- Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. 

Ini adalah petikan Akta 28 yang dimaksudkan itu;
"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;

Cara bermain kutu
Bentukkan satu  kumpulan dan lantik ketua kumpulan (pengelola). Atau pengelola dah ada... kemudian dia yang akan cari ahli kumpulan.

Lepas tu... tetapkan tabungan untuk setiap bulan.

Kemudian buat cabutan undi untuk menentukan giliran peserta yang akan mendapat habuan pada bulan-bulan tertentu. 

Baiknya main kutu
1. Pinjaman tiada faedah, tiada penjamin, kesimpulannya mudah....
2. Mendisiplinkan diri untuk menabung.... (Potong gaji bulanan ke ASB pun boleh sebenarnya)
3. Mengeratkan kemesraan di kalangan peserta (selagi semuanya.... menjaga etika)
4. Fleksibel.. Peraturan boleh diubah mengikut persetujuan bersama. Kadang-kadang boleh tukar giliran kot... atau boleh tangguh bayaran pas tu bulan depan bayar dua kali ganda. (boleh ka ni)

Buruknya main kutu:
1. Risiko kemungkinan peserta larik setelah mendapat habuan. (Jadi kalau ada peserta yang agak-agak nak pindah jauh tu... baik tak payah ajak.. heeee...)
2. Tabungan kita tidak dapat bonus / dividen / faedah. Kalau ASB kita tabungkan selama setahun... adalah juga dapat sikit ganjaran.

Main Kutu Di Sisi Undang-undang?
Akta 28 Seksyen 3 mengatakan begini  
Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ba... bah... Abis kawan-kawan aku yang main kutu ni boleh kena tangkap polis lah? Waaaa..... tidaaakkkkkkk!!! 

Ehhh tak ada lah kena tangkap polis... Sebab larangan ini hanya ke atas badan perniagaan yang telah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat sahaja... Jadi kalau korang ikut main kutu atas nama persendirian BOLEH! Atas nama perniagaan TIDAK BOLEH.

Main kutu Di Sisi Syariah?
Kata Ustaz  Zaharuddin Abd Rahman main kutu adalah HARUS hukumnya di sisi syariah. Kerana... tiada faedah (unsur riba). Dan ustaz berkata lagi... semua peserta hendaklah betul-betul memahami kaedah / cara bermain kutu yang sedang dia sertai. Kaedah penentuan giliran juga hendaklah telus.

Sekian sahaja tentang 'permainan kutu'. Setelah membuat kajian dan melaporkan apa yang ingin saya ketahui... TcRaiN masih belum terbuka hati untuk menjadi peserta... apa lagi penganjur.

Wednesday, January 19, 2011

Penemuan Terbaru Tentang Kebaikan Coklat!!!




Apa yang coklat ini boleh beri pada anda? Kesihatan? Kenikmatan? Kelazatan? Bukan... TETAPI... Lebih lagi.. IPOD!!!  dan... Duit sehingga RM40K!!! Cepat klik... coklat tu...cepat... 

Ini bukan cerita bohong atau cerita dongeng. Itulah yang sebenarnya MILO nak beri pada anda semua. Rebutlah peluang selagi ada di depan mata. Jangan mengalah sebelum mencuba. "Sesungguh perkara terburuk yang pernah seseorang lakukan ialah tidak melakukan apa-apa!"

Saturday, January 15, 2011

Saksikan Rakaman Video Ini - Nyawa Ibarat Telur Di Hujung Tanduk

Video ini telah dirakamkan oleh seorang jurukamera Mack Kaland. Rakaman memaparkan bagaimana seekor anak beruang bergelut untuk melepaskan diri daripada dikejar seekor singa betina... Berjaya kah anak beruang itu...? Saksikan pengalaman yang amat sukar untuk diperolehi ini.
video

Kes kehilangan kanak-kanak. Apa di sebaliknya?

Seramai 2 749 kanak-kanak hilang di Malaysia untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini (2009 dan 2010). Hmmm.... macam tak percaya... tapi itulah hakikatnya. Majoriti yang hilang adalah kanak-kanak perempuan. Walaupun 1 457 daripadanya berjaya ditemui, namun selebihnya masih hilang. Saya terus terbayangkan Sharlini (6 tahun) dan Lee Xin Ru (2 tahun), antara kes kanak-kanak hilang dan belum ditemui hingga kini. Di manakah mereka kini? Masih hidupkah atau bagaimana?
Fotofit wajah penculik. Kanak-kanak... kalau terjumpa orang rupanya gini... Lariiikkkkk....!
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, dalam Buletin Utama TV3 bulan Disember tahun lepas (sorry... tarikh tak berapa ingat...),  daripada kes kehilangan ini hanya sebilangan kecil sahaja melibatkan jenayah (penculikan). Beliau juga menafikan wujudnya sindiket menculik kanak-kanak. Jual bayi ada.. katanya.

Jadi kalau bukan jenayah... apa ya? Tak kanlah mereka keluar dari rumah... main main main... pas tu lenyap dan ghaib macam tu saja...

Mungkin salah satu sebabnya ialah kewujudan manusia-manusia pedo... yang pernah TcRaiN tulis dulu. Semak kat SINI

Atau... mungkin boleh jadi juga kes gini berlaku... yang ni.. KLIK Yang ni betul-betul TcRaiN tak boleh terima... Apa punya mak bapalah...?

Atau... mungkin ibu bapa kanak-kanak bercerai. Si anak dijaga oleh ibu... tapi si ayah pun nak juga jaga budak tu. Jadi bapa budak tu intai sampai budak tu keluar rumah... pas tu dia pun 'tangkap' budak tu dan bawa lari jauh-jauh...

Atau... mungkin juga budak-budak ni jadi mangsa pemerdagangan orang. Tangkap budak-budak untuk dijadikan buruh paksa... pengemis.. aduh... sadisnya....! Sedih apabila membayangkan.

Atau... mungkin juga lari dari rumah... Bagi yang dekat-dekat remaja lah... Sebab data yang 2 749orang tadi tu adalah mereka yang berumur bawah 18 tahun. Jadi yang umur-umur 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 tahun tu ada juga kemungkinan lari dari rumah. Kenapa dorang lari... mungkin tak siok duduk kat rumah atau kerana 'bopren' ajak lari.

Atau... mungkin budak-budak ni main-main kat tepi jalan raya... pas tu datang kereta.. buuummmm!!! Langgar budak tu. Budak tu cedera parah atau... hu hu hu... meninggal di tempat kejadian. Kerana takut.. lebih-lebih lagi tak ada orang nampak... orang yang langgar tu pun cepat-cepat bawa lari budak tu untuk...errr... dilupuskan. Agrrrhhhh kejamnya!!!! Adakah macam tu???? (Hmmm Khayalan TcRaiN lah ni)

Atau... mungkin budak tu jalan... jalan... jalan.... pas tu sesat... Pas tu ada orang tak ada anak... ambik budak tu.. atau... budak tu jatuh kat mana-mana... tak boleh keluar...

ARRRGGGGHHHH !!!!!! Oh tidak... tidak sanggup membayangkan azabnya kalau benar-benar lah begitu. Tragedi... tragedi... Hmmm 1 292 orang masih belum dijumpai.... Bukan angka sedikit. Kita semua patut bimbang tentang hal ini. 

Para ibu dan bapa... kawalan dan pemerhatian yang ketat perlu diberikan kepada anak-anak kita. Semoga anak-anakku dan anak-anak kita semua sentiasa terlindung daripada penganiayaan. Amin.

Friday, January 14, 2011

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th 2011!

Masa melawat ke blog INI  TcRaiN terbaca tentang satu ulasan Encik Mazidul Akmal (penulis blog) mengenai artikel di bawah ni. Ini serius... bukan main-main. Bagi TcRaiN baguslah kalau nak tutup... kita buat hidup kita seperti sediakala sebelum wujudnya Facebook. Ngeheee... hee.. Sian lah mereka yang berniaga dengan FB. Tapi tak apa masih ada cara lain. TcRaiN salin dan tampal artikel ini daripada laman sesawang Weekly World News. Untuk mereka yang ada masalah loading, atau malas nak buka window baru, bolehlah membaca terus dari sini. TAK APA KAN COPY PASTE... YANG PENTING SAYA TAK NGAKU ARTIKEL TU SAYA YANG TULIS... LAGIPUN INI ADALAH 'NEWS'. ISI KANDUNGANNYA TIDAK BOLEH DIUBAH SESEDAP RASA...

Posted on Saturday, January 8th, 2011 
By J.B. Smitts

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. 

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” 

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts. 

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.” 

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset. 

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” 

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news. 

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?” 

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. 

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.” 

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. 

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe. 

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” 

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Update:
Tak lama lepas tu... ada perkembangan baru tentang isu ini. Sila KLIK SINI untuk cek apa perkembangan terbaru itu.

Tuesday, January 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku - Lagu Juara Lagu ke-25




LIRIK TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

 Lagu : Ana Raffali
Lirik : Ana Raffali
Penyanyi : Ana Raffali

Ada yang mengatakannya 'Gadis Kampunng'... tapi bagi TcRaiN dia 'Gadis Sopan Santun' yang cukup manis berbaju kurung dan menutup aurat. Dia gadis yang unik dan tahu menghormati tata susila orang Timur. Sejuk mata memandang... bertuah mak bapak. Semoga Anna Raffali akan terus menjadi dirinya sendiri dan mengekalkan kehebatannya sebagai "'Gadis Baju Kurung'. Mungkin satu hari nanti Ana Raffali akan bertudung juga.... Mudah-mudahan...

Sunday, January 9, 2011

Mengapa Kita Malas Nak Solat? Sakit apa tu...?

From:, ) Tuesday, October 2, 2007 2:13 AM

MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT....SAKIT APA TU...?
Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

Saturday, January 8, 2011

SURAT PEKELILING MENGENAI PEMANSUHAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)

Klik untuk paparan lebih jelas...



Malam Pertama Di Kubur

From: ), Tuesday, October 2, 2007 2:13 AM
Subject: Malam Pertama di kubur

Malam pertama ..........  

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?  

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?  

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?" 

 Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. 

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?

 Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. 

 Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! 

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: 

 "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'..

Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan
sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? 

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!" 

Friday, January 7, 2011

Waktu-waktu diharamkan bersolat.

TcRaiN nak tahu tentang waktu-waktu diharamkan bersolat. Jadi setelah mencari di sana dan di sini dan bertanya kepada ustaz, ini yang TcRaiN dapat:
  • waktu haram bersolat hanyalah merujuk kepada solat sunat sahaja dan bukan solat fardhu. (ini kata Ustaz Saimin)
  • Tetapi kata ustaz lagi, sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya disegerakan. Jangan tunggu waktu nak habis barulah nak sembahyang dan sambungkan pula solat waktu seterusnya. Contohnya, solat Zuhur ketika waktu Zuhur hampir-hampir habis dan disambung dengan solat Asar setelah masuk waktu Asar. Bukan tak boleh... Boleh kata ustaz... tapi mestilah ada sebab yang betul-betul munasabah dan tidak boleh dielakkan.
  • Waktu paling afdal dan paling tinggi ganjaran solatnya ialah dalam lingkungan sepertiga waktu selepas azan dilaungkan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 11.30malam (waktu Sabah).
Maklumat ini pula disalin daripada laman sesawang Masjid Muadzam Shah dan Direktori Masjid Malaysia
Waktu Haram Sembahyang Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram): 
  1. Waktu selepas solat subuh sehingga terbit matahari
  2. Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta). Waktu syuruk iaitu dalam tempoh 28minit selepas habis waktu subuh, ketika matahari baru naik ke langit. Contoh, jika waktu subuh berakhir pada pada 6.10 pagi +28 minit = 6.38pagi. Jadi tempoh antara 6.10 pagi hingga 6.38pagi itu adalah waktu haram bersolat.  
  3. Waktu rambang atau waktu tengah hari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
  4. Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan  Matahari kekuningan hingga matahari terbenam 
TcRaiN nak tau lagi... kenapa ada waktu-waktu yang ditegah bersolat? Lalu TcRaiN mencari dan mendapat maklumat berikut ini daripada laman sesawang Mufti Negara Brunei  Darrussalam dan laman sesawang Direktori Masjid Malaysia

Hikmah Pengharaman Sembahyang Pada Waktu-Waktu Berkenaan                            
Larangan mengerjakan sembahyang pada waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri.  
  •   Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Seolah-olah menyamai orang yang menyembah matahari.
  • Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Pada waktu ini syaitan sedang berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
  • Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : 
“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila  matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang mengerjakan sembahyang”
(Hadis riwayat An-Nasaie)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya : 
“Maka sesungguhnya neraka Jahannam di nyalakan pada waktu tengah hari( iaitu ketika matahari berada ditengah-tengah)”
(Hadis riwayat An-Nasaie)

Adapun hikmah melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar bukanlah disebabkan sesuatu yang wujud dalam waktu itu, sebab dari segi hukum waktu itu dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang sebenarnya. .(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:1/520)

Waktu-waktu lain diharamkan bersembahyang ialah:
1. Ketika hendak didirikan sembahyang fardhu iaitu sewaktu Iqamah baru dimulakan.
2. Ketika khatib sedang berada di atas mimbar (untuk jemaah yang sedia berada di masjid , iaitu, sejak khatib belum lagi berada di atas mimbar)

Wallahualam. 

Sabda Rasulullah s.a.w. :  
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Dari Abdullah bin 'Amr r.a.

Sekian... Semoga kita digolongkan sebagai orang-orang yang menjaga solatnya. Amin... Kalau ada kesilapan tulisan TcRaiN, mohon dibetulkan dengan segera. Maklumlah, TcRaiN baru belajar...

Tuesday, January 4, 2011

Semakan Keputusan MUET akhir tahun 2010 secara online

Salam sejahtera... 
Kepada sesiapa yang ada menduduki MUET (Malaysia University English Test) pada akhir tahun 2010 yang lepas, keputusan peperiksaan itu akan boleh disemak mulai hari Khamis ini 6 Januari 2010. Hanya klik banner berikut dan masukkan nombor kad pengenalan untuk semak. Selamat menyemak...... !

Standard Guru Malaysia (SGM) - Saya tolong sebarkan saja.

Maklumat ini adalah penting dan sangat berkaitan dengan SEMUA GURU di Malaysia. Jadi sila beri perhatian... dan patuhi arahan berikut ini.

STANDARD GURU MALAYSIA
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. 

MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN SGM SECARA ONLINE 
Instrumen SGM secara Online pada masa kini tidak boleh diakses kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru, mohon maaf diatas kesukaran yang dialami. Para pengguna digalakkan menggunakan instrumen SGM secara offline yang boleh dimuat turun daripada Link (Instrumen (SGM)). Muat turun di sini.. sgm_ofline.xls.

Instrumen secara ofline dibangunkan menggunakan aplikasi excel. Oleh yang demikian komputer yang digunakan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya perisian Microsoft Excel untuk melaksanakan instrumen secara offline. 

Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : 
1. sgm8.offline@gmail.com atau 
2. sgm9.offline@gmail.com atau 
3. sgm10.offline@gmail.com 

Pengguna diminta memasukkan : No KP di ruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di diruangan Alamat. Simpan Fail tersebut dan rename fail yang hendak dihantar dengan nombor kad pengenalan guru. 

Bagi penyelaras ICT disekolah-sekolah juga boleh mengumpulkan instrumen (Burn Kedalam CD) yang telah dijawab oleh guru-guru dan poskan ke alamat berikut:

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 2- 6, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
u.p : Unit Data Dan Pengurusan Maklumat
Harap maklum dan ribuan terima kasih atas kerjasama anda.

Maklumat ini diperoleh daripada laman sesawang SGM

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

THE KINDEST FAIRWELL TO YEAR 2010 FOR ALL THE BEST IT OFFERED TO US 
 Happy New Year Pictures, Images and Photos

WELCOME YEAR 2011 WITH THE SINCEREST GREETINGS AND WELL
WISHES OF HAPPINESS, PROGRESS AND PROSPERITY FOR ALL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...