Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, February 19, 2009

Tersayat hatiku membaca berita ini... Buduh tol

Apalah dosa anak kecil ini. Manalah dia tau apa-apa.Bayangkan macam manalah perasaan dia masa dia keseorangan... Mama dan bapa dia tidak rasa bersalah ka? Mesti budak ni ingat dia dibawa berjalan-jalan.... sekali tu kena kasi tinggal pula berseorangan. Tengah malam pula tu... cuba kamu malam-malam di luar rumah sorang2... mesti takut kan??? Apalagi budak kecil ini..

Sampai hati ayah, ibu

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro. com.my

Image Hosted by ImageShack.us
COMEL...kanak- kanak berusia tiga tahun yang
ditemui penduduk, tengah malam kelmarin.

JOHOR BAHRU: Sampai hati ayah dan ibu! Suasana hiba menyelubungi sekumpulan penduduk Blok 50, Taman Ungku Tun Aminah di sini, apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menangis sambil mengheret beg plastik berisi beberapa helai pakaiannya, tengah malam kelmarin.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu yang mengaku bernama Tan Eng Eng seolah-olah hilang arah selepas dipercayai ditinggalkan ibu bapanya berdekatan blok berkenaan.

Orang ramai yang menemui kanak-kanak terbabit kemudian menyerahkannya ke Balai Polis Skudai sebelum dihantar untuk menerima rawatan di Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Kanak-kanak terbabit kelihatan ceria sebaik gambarnya dirakam jurugambar media di wad berkenaan, semalam tetapi ketika ditanya mengenai nama dan latar belakang keluarganya, dia tiba-tiba menjadi bingung seketika sebelum menjawab 'saya Tan Eng Eng...umur tiga tahun'.

Sikap ceria dan senyum manis kanak-kanak malang itu kemudian hilang begitu saja dan dia mula merengek apabila diasak pelbagai pertanyaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata kanak-kanak itu ditemui orang awam yang melalui tempat kejadian dan diserahkan kepada polis kira-kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin.

"Mangsa yang memakai gaun kuning ditemui menangis sambil membawa satu beg plastik mengandungi beberapa helai pakaian.

"Siasatan awal mendapati, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan pasangan lelaki dan wanita dewasa dipercayai berbangsa Cina.

"Tindakan membuang atau meninggalkan kanak-kanak seperti itu boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditetapkan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 dan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, " katanya.

Ruslan berkata, kanak-kanak berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat.

"Di samping itu, kami memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Engku Nurul Aini Engku Malek di talian 012-6033345 atau balai polis berhampiran, " katanya.

4 comments:

Gee said...

buduh...tau kin anak ja...cissssssss

oyen said...

aiyooO...
cian..
comel la ini budak.

cepat2 la carik mak and abah dia.

TcRaiN said...

Tu lah yang akak tak paham tu... tak ada ka cara lain selain meninggalkan anak tu dalam keadaan yang tragis macam tu. Bagilah kat orang lain dengan cara lebih sopan... (bagi kat akak kerr...) Dah tiga tahun dah budak tu... girl lagik. Mesti mak bapak dier sakit mental ni. Marah ni..

nordee said...

kalau tak mau bagi je la orang...ramai yg mau tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...