Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri dan Salam Kemerdekaan 2011 (didedikasikan kepada semua pengikut Single Dot dan Rakan FB))

Tunggu kejap yer... kad raya loading dulu... 





Salam Raya Aidil Fitri Dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 buat seluruh rakyat Malaysia. Kiranya ada salah silap ku, maaf zahir dan batin ikhlas dari hati dari TcRaiN sekeluarga. Assalamualaikum...

Wednesday, August 24, 2011

Ditipu Hidup-hidup Oleh Penjual Online

Assalamualaikum... Hari ni nak share cerita tentang TcRaiN kena tipu sewaktu membuat pembelian di internet. Duit dah di bayar tapi barangnya tak sampai-sampai. Tujuan TcRaiN share cerita ini ialah supaya kita semua dapat pengajaran dan TcRaiN berdoa semoga orang yang menipu tu cepat-cepatlah sedar, minta maaf dan bertaubat. Tak elok makan duit haram hasil daripada tipu orang. Kiamat bukannya lama lagi. Buat apa nak pandang sangat pada dunia ni...

Butir-butir si penipu itu ialah seperti berikut:

Seperti yang u all boleh tengok facebook dia sudah senyap sunyi. TcRaiN percaya bukan hanya duit TcraiN yang dah disonglapnya. Pasti ramai lagi.

Nama orang yang TcRaiN bayar wang tu ialah SANTY IRDAWATY
Nombor Akaun bank CIMB dia ialah 10020101707524

Ikuti lagi butir perbualan kami dalam Facebook
dia buat derkkkk.... jerr... jadi apa lagi... maka tercetuslah post ini..

Jadi hati-hatilah ya... lebih-lebih lagi kalau harga barang yang ditawarkan tu tersangatlah murah daripada yang sepatutnya. Pasti ada udang disebalik batu... So apa nak buat dengan dia ni?

Friday, August 19, 2011

Award Sempena Ulang Tahun Ke-2 Blog EWWK. Terima Kasih!

Terima Kasih kepada ETUZA kerana sudi menyenaraikan TcRaiN sebagai salah seorang penerima award ini. TcRAiN rasa bertuah dan bangga. Untuk Geng Blogger yang lain, jangan lupa berkunjung ke Blog Etuza Warna-warna Kehidupan

Wednesday, August 17, 2011

Bahan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Zircon 2011 (Sahaja)

Salam 17 Ramadhan. Dah seminggu lepas soalan kerja kursus dikeluarkan. Setakat ini anak-anak murid 4 Zircon SM SFX telah menyiapkan bahagian pengenalan dan profil perniagaan. Manakala bahagian Perancangan Urusniaga sedang dalam proses menyiapkan. Untuk makluman 4 Zircon SMSFX, Keningau, alamat-alamat e mel berikut tidak berfungsi, oleh itu e-mel bahan tidak berjaya dihantar:
1. calvindean95@yahoo.com (Calvin)
2. lovely_cutiezz@gmail.com (Nurul Natasyah)
3. soulme.anne95@yhoo.com (Marry Anne)
4. yumiko_bing@yahoo.com / kiwi_tora@yahoo.com (Yvonne Yap)
5. alicia_niesa@yahoo.com (Harnisah)


Sila berikan alamat e-mel yang betul dan masih aktif. Tq

Monday, August 15, 2011

Kuasa Warna Semulajadi Makanan... Setiap warna makanan ada khasiat tertentu!

UNGU
Makanan yang berwarna ungu dapat mencegah perkembangan sel abnormal dan kerosakan DNA serta melambatkan proses penuaan

MERAH
Makanan yang berwarna merah dapat meningkatkan peredaran darah di jantung, menguatkan fungsi mata, membantu mengurangkan pembentukan sel abnormal.

JINGGA
Makanan yang berwarna jingga, memberi khasiat kepada mata, kulit dan kesihatan vaskular. Menggalakkan kemasukan oksigen ke otak, menghasilkan kesan menyegarkan dan merangsang aktiviti mental.
KUNING
Makanan berwarna kuning mencegah kemerosotan penglihatan, melindungi kulit daripada kerosakan Ultra Ungu (UV)

HIJAU
Makanan berwarna hijau dapat membersihkan darah, mengaktifkan enzim detoksifikasi di hati dan salur gastrousus

PUTIH
Makanan berwarna putih mengkoordinasi aktiviti sel imun, mengelakkan fungsi kardiovaskular, membantu mengurangkan keradangan tisu, mengurangkan alergi dan jangkitan virus.

BIRU
Makanan berwarna biru, membantu mencegah perkembangan sel abnornal, melindungi daripada kesan berbahaya sinar UV

Sumber : Elken

Friday, August 12, 2011

Kuih-kuih Tradisional dengan nama-nama julukannya...

Kuih Paling Kaki Botol = Kuih Jeneral Mabuk

Kuih Paling Gengster = Kuih Lompat Tikam

Kuih Paling Seksi = Puteri Mandi
Kuih Paling Jijik = Tahi Itik
Kuih Kununnya Paling Cute = Cek Mek Molek
Kuih Paling Awet Muda = Kuih Seri Muka
Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk


Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang


Kuih yang Tinggal di Zoo = Badak Berendam


Kuih yang Bangun Sendiri = Kuih Bangkit


Kuih yang tak mandi = Kuih Bau..lu


Kuih Paling Bertuah = Kuih Makmur
Kuih Paling Lambat @ Lidut = Kuih Siput
He he... Jangan marah ya. Sebenarnya post ini bukanlah idea TcRaIN yang asal. Tapi ada juga yang TcRaiN ubah suailah... TcRaiN ternampak dekat FB. Ada banyak kuih tradisional yang TcRaiN belum pernah dengar pun. Nama pun pelik-pelik saja... Pasti ada kisah di sebalik nama-nama kuih tu kan...? Tu yang tergerak hati nak tau macam mana rupanya. Semoga terhibur...

Tuesday, August 9, 2011

Siapa kata wanita lebih ramai daripada lelaki? Cuba bagi bukti?

Huh... siapa kata wanita lebih ramai daripada lelaki? Sebenarnya, di Malaysia, itu semua mitos semata-mata...! Kepercayaan yang direka-reka. TcrAiN masih ingat lagi, Banci Penduduk tahun 2005 melaporkan yang sebaliknya. 

Kemudian...

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga melaporkan bahawa nisbah lelaki kepada wanita di Malaysia ialah 106:100.

Tengok inilah...
Berita Harian 30 Julai 2011... Apa? Tak percaya?
Mengikut negeri pula, bagi setiap seratus wanita, Pahang dilaporkan mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Jadi apa lagi wanita... jangan terburu-buru pilih lelaki... anda masih mempunyai banyak pilihan!

Thursday, August 4, 2011

Bahaya Makanan Bukan Organik

Sering saja orang berkata, orang dulu-dulu lebih panjang umurnya. Jarang-jarang sakit. Orang sekarang pula makin pendek umurnya dan macam-macam pula penyakit baru yang timbul... Salah satu faktor penyebab keadaan ini ialah makanan. Dulu-dulu mana ada makanan segera... makanan segar adalah. Dulu-dulu kalau orang tanam sayur, tak payah bubuh baja itu, baja ini, racun itu dan racun ini... semuanya terkawal secara semula jadi. Meh sini TcRaiN nak kongsikan maklumat tentang makanan bukan organik. 

Kajian atas penghasilan makanan bukan organik yang telah dijalankan oleh Program Data Racun serangga Amerika Syarikat ke atas sampel makanan tertentu mendapati bahawa...

Lobak Merah
Terdapat 32 jenis racun perosak termasuk 7 karsinogen (dikenalpasti), 19 pengganggu hormon (disyaki) dan 5 neurotoksin. 70% daripada sampel mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis racun perosak.

Kubis Kerinting
Mengadungi 49 sisa racun perosak termasuk 7 karsinogen, 24 pengganggu hormon dan 10 neurotoksin. 60% daripada sampel mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis racun perosak.


Tomato
Mengandungi 34 jenis sisa perosak termasuk 2 karsinogen, 15 penganggu hormon dan 7 neurotoksin

Brokoli
Terdapat 40 jenis sisa racun perosak, termasuk 5 karsinogen, 19 penganggu hormon dan 9 neurotoksin. 72% sampel yang diuji mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis racun perosak.
Bayam
Terkenal sebagai sayuran yang paling sinonim dengan racun perosak yang kuat. Terdapat 36 jenis racun perosak pada 86% sampel bayam yang diuji. Antara racun kuat yang sering digunakan ialah permetrin dan DDT.
Strawberi
Dijumpai 36 jenis racun perosak pada strawberi pada 90% strawberi yang diuji. Warna merah menyala adalah disebabkan racun kulat captan, yang mungkin merupakan karsinogen.

Raspberi
39 racun perosak dijumpai pada 59% daripada raspberi yang diuji. Mungkin mengandungi sisa captan, iprodione dan karbaril, yang disyaki menjadi pengganggu endokrin.

Epal
36 racun perosak digunakan dalam penanaman. 91% daripada epal yang diuji telah dicemari. Mungkin mengandungi chlorpyrifos (organofosfat) yang merupakan neurotoksin kuat. Mengupas sebiji epal tidak dapat menyingkirkan sisa kimia sepenuhnya.

Beri Biru
48 jenis sisa racun perosak dijumpai termasuk 7 karsinogen yang dikenalpasti atau berkemungkinan, 22 pengganggu hormon yang disyaki dan 12 neurotoksin. 34% daripada sampel yang diuji mengandungi sekurang-kurangnya 1 racun perosak.

Hmmm... fikir-fikirlah sendiri yer... Jangan ingat nak makanan yang nampak cantik saja. Tetapi ini bagi buah-buahan dan sayuran yang ditanam bukan secara organik. Yang ditanam dan diurus secara organik sangat berfaedah untuk tubuh badan manusia. Makanan sempurna, keluarga sempurna!

Maklumat ini dicedok daripada katalog ELKEN 26 Februari - 26 Julai 2011

Wednesday, August 3, 2011

KERJA KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 2011 (SPM 2012)

Gambar Hiasan- Ngeh ngeh...
ADIK-ADIK, YANG BERADA DI TINGKATAN 4 PADA TAHUN INI (2011), YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN, SOALAN TUGASAN KERTAS 3 (3756/3), SUDAH BOLEH DIMUAT TURUN. SILAKAN KLIK PADA PAUTAN-PAUTAN BERIKUT:

  (UNTUK MURID DAN GURU)

(UNTUK GURU / PENTAKSIR / PELAJAR PUN BOLEH KALAU BERMINAT)

SELAMAT MENYIAPKAN KERJA KURSUS... TIPS DARIPADA TCRAIN: BERTENANG, JANGAN PANIK, IKUT ARAHAN, DAN YAKIN PADA DIRI, KITA BOLEH LAKUKANNYA!!!

Err... ekhem.. alang-alang dah muat turun tu... bagi lah komen sikit. Senang ker... susah ker... seronok ker... risau ker... Apa-apalah...... Terima kasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...