Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, August 9, 2011

Siapa kata wanita lebih ramai daripada lelaki? Cuba bagi bukti?

Huh... siapa kata wanita lebih ramai daripada lelaki? Sebenarnya, di Malaysia, itu semua mitos semata-mata...! Kepercayaan yang direka-reka. TcrAiN masih ingat lagi, Banci Penduduk tahun 2005 melaporkan yang sebaliknya. 

Kemudian...

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga melaporkan bahawa nisbah lelaki kepada wanita di Malaysia ialah 106:100.

Tengok inilah...
Berita Harian 30 Julai 2011... Apa? Tak percaya?
Mengikut negeri pula, bagi setiap seratus wanita, Pahang dilaporkan mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Jadi apa lagi wanita... jangan terburu-buru pilih lelaki... anda masih mempunyai banyak pilihan!

1 comment:

Jom Makan said...

Ksian kat laki phang..ksunyian la jawbnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...