Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, September 26, 2013

Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 SPM 2014 - Contoh rumusan gred A+ oleh pelajar 4 Zircon



RUMUSAN

     Semasa menjalankan kerja kursus,saya telah mengamalkan beberapa prinsip dan konsep perakaunan semasa menjalankan kerja kursus ini. Prinsip yang diamalkan adalah seperti berikut.
     Prinsip catatan bergu merupakan setiap urus niaga yang berasingan, yang mana satu akaun didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan dengan amaun yang sama. Selain itu, setiap urus niaga dicatat sekurang-kurangnya dua kali dalam dua akaun yang berlainan, dengan amaun yang sama. Catatan bergu membolehkan perniagaan saya menyemak ketepatan proses merekodkan urus niaga dalam buku perakaunan, serta sentiasa mengekalkan persamaan perakaunan.

      Perniagaan saya juga mengamalkan konsep entiti berasingan yang mengandaikan bahawa perniagaan adalah entiti atau badan yang berasingan daripada perniagaan saya. Sebarang urus niaga antara perniagaan saya dianggap sebagai urusan antara dua pihak yang berasingan. Hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan direkodkan dalam buku perakaunan perniagaan. Selaian itu, modal yang telah saya laburkan dalam perniagaan dianggap sebagai pinjaman saya kepada perniagaan. Oleh itu, dianggap sebagai pemiutang kepada kepada perniagaan. Konsep ini bertujuan untuk membolehkan akauntan mengelaskan, merekodkan, dan meringkaskan urus niaga tersebut dalam penyata kewangan.

       Selain itu, urus niaga saya juga mesti direkodkan dalam bentuk wang(Ringgit Malaysia). Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran dalam setiap urus niaga. Catatan perakaunan dalam nilai wang yang membolehkan urus niaga yang berlainan ditambah atau ditolak mengikut nilainya. Walaubagaimanapun, hanya faktor-faktor yang dapat diukur dengan wang sahaja yang dapat direkodkan. Aspek yang tidak dapat diukur secara objektif seperti pengalaman pekerja, keberkesanan pengurusan, dan kejujuran pekerja tidak dapat direkodkan.

        Saya juga menggunakan kaedah kos sejarah. Kos sejarah merujuk kepada kos sebenar yang dibayar atau ditanggung semasa sesuatu urus niaga saya itu berlaku. Setiap aset yang dibeli dan perbelanjaan yang ditanggung hendaklah direkodkan mengikut harga atau kos tersebut. Nilai kos sejarah ini tidak akan berubah pada masa hadapan walaupun nilai pasarannya berubah. Oleh itu, nilai aset berkenaan sentiasa dapat diketahui dan pelarasan susut nilai dapat dilakukan.

                 Disamping itu, saya juga menggunakan komputer semasa merekod butir perkaunan ini. Data perakauan dapat dikemaskini dengan cepat dan automatik. Laporan juga dapat disediakan dengan lengkap dan cepat. Kompater juaga dapat memproses data secara automatik setelah dimasukkan. Kesilapan juga dapat diminimumkan


.

Monday, September 23, 2013

SOALAN RAMALAN SPM 2013 TAJUK-TAJUK KEGEMARAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN

Bismillahirrahmanirrahiiim...

Setelah TcRaIN buat penelitian dan analisis, melalui perbincangan dengan guru-guru Prinsip Perakaunan SPM di seluruh Malaysia, rata-rata menjadikan tajuk-tajuk berikut sebagai tajuk yang disoal dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013, khas untuk kertas 2:

1. Penyata Kewangan Milikan Tunggal  (Sebilangan besar guru-guru PP pilih)
2. Penyata Kewangan Perkongsian (Ada soal tetapi tak banyak. Stand by saja la)
3. Perakaunan Kelab dan Persatuan
4. Pembubaran Perkongsian
5. Rekod Tak Lengkap (Ada yang keluarkan kaedah analisis, ada yang kaedah perbandingan)
6. Penyata Penyesuaian Bank (Kena tahu ketiga-tiga kaedah penyediaan)

Bagi TcRaiN sendiri pula... macam ada instinct terhadap tajuk-tajuk ini:
1. Pengeposan dari Buku Catatan Pertama ke Lejar
2. Perekodan Penggajian
3. Perekodan urus niaga ke Buku Tunai / Buku Tunai Runcit atau Jurnal Pembayaran / Penerimaan Tunai
4. Pembetulan kesilapan mungkin...
5. Pelarasan Akaun (Peruntukan Hutang Ragu- mewujudkan, mengurangkan dan menambahkan)

Sekian terima kasih. Moga memberi manfaat. Wallahuaalam bissawab

Tuesday, May 7, 2013

Kerja Kursus Prinsip Perakaunan SPM 2013 : Senarai Pelarasan

Sekadar contoh daripada pertimbangan saya sendiri, dan tidak dijamin betull 100%. Oleh itu pandai-pandai menilai sendiri..

Sunday, April 7, 2013

Kerja Kursus Prinsip Perakaunan SPM 2013 (Maklumat Belanjawan)



Ini bukanlah jawapan... SEKADAR CONTOH ya...Mungkin juga ada kesilapan di sini


MAKLUMAT BELANJAWAN
a)   Baki  awal  tunai  pada  1  Julai  2013  dijangka berjumlah RM 77719 iaitu mengikut baki akhir bulan April 2013

b)   Jualan tunai dijangka meningkat sebanyak 2500 unit daripada bulan April. Jualan bagi bulan Ogos dan September dijangka meningkat 10% daripada bulan sebelumnya.

Jualan bulan Julai = Jualan Tunai April + (Pertambahan Unit Jualan X Harga Jualan Seunit)
= RM9800+(  2500 X RM5) = RM22300

Jualan Tunai pada Bulan Ogos ialah = RM22300 + (RM22300 X10%) = RM24530

Jualan Tunai pada Bulan September = RM24530 + (RM24530 X10%) = RM26983

c)   Jualan kredit diberi tempoh kredit selama sebulan. Syarat ini  bermula pada bulan Mei. Jualan kredit pada bulan  Jun dijangka sama dengan jualan kredit bulan April iaitu RM51800 (RM61 600 – RM9 800).

Jualan kredit juga dijangka akan meningkat 10% setiap bulan berbanding bulan sebelumnya.

Jualan kredit bulan Jun ialah yang dikutip pada bulan Julai ialah;
RM51800 + (RM51800X10%) = RM56980

Jualan kredit bulan Julai yang dikutip pada bulan Ogos ialah
RM56980 + (R56980 X 10%) = RM62678

Jualan kredit bulan Ogos yang dikutip pada bulan September ialah
RM62678 + (RM62678 X 10%) = RM 68946

d)  Pinjaman daripada agensi kerajaan untuk tempoh 10 tahun untuk membeli 2 buah forklift bernilai RM60000 diperoleh pada bulan Julai. Faedah  pinjaman  adalah 4% setahun, bermula tahun kedua pinjaman hingga tahun kesepuluh. Ansuran dan faedah akan  mula dibayar pada bulan Ogos.

Jumlah bayaran ansuran  pinjaman beserta faedah  ini adalah  seperti berikut:

Ansuran pinjaman = [RM60 000 + (RM60 000 X  4% X 9)] / 120 bulan
 = RM680

e)   Faedah   simpanan   tetap   ialah pada kadar , 3% setahun.
Faedah Simpanan Tetap
=
RM20 000 X 3%
_______________
12





=
RM50







f)    Belian tunai dijangka meningkat sebanyak 8% setiap bulan mulai bulan April

Belian Tunai pada Bulan Mei ialah:
RM18 000 + (RM18 000 X 8 %) = RM19 440

Belian Tunai pada Bulan Jun ialah:
RM19 440 + (RM19 440 X 8 %) =RM20 995

Belian Tunai pada Bulan Julai ialah:
RM20 995 + (RM20 995 X 8%) = RM22675

Belian Tunai pada Bulan Ogos ialah:
RM22675 + (RM22675 X 8 %) = RM 24489

Belian Tunai pada Bulan September ialah:
RM24489 + (RM 24489 X 8%) = RM26448

g)   Belian kredit diberi tempoh kredit selama sebulan. Jualan kredit pada bulan April ialah RM14200 (RM32200 - RM18000). Belian kredit dijangka meningkat sebanyak 9% sebulan berbanding bulan sebelumnya.
Belian kredit bulan Mei ialah yang dibayar pada bulan Jun ialah

RM14200 + (RM14200 X 9%) = RM15478

Belian kredit bulan Jun yang dibayar pada bulan Julai ialah
RM15478 + ( RM15478  X 9% ) = RM16871

Belian kredit bulan Julai yang dibayar pada bulan Ogos ialah
RM16871 + (RM16871 X 9%) = RM 18389

Jualan kredit bulan Ogos yang dibayar pada bulan September ialah
RM18389 + (RM18389 X 9%) = RM20044

h)   Angkutan masuk meningkat 2%pada bulan Julai berbanding bulan April. Jumlah ini tidak berubah sehingga bulan September

i)     Kadar bayaran  meningkat 5% pada bulan Julai berbanding bulan April. Jumlah ini tidak berubah sehingga bulan September.

j)     Belanja alat tulis, belanja am, pengiklanan, gaji, Sewa dan upah  tidak berubah hingga bulan. Oktober.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...