Kedai Maya - Wajib Klik

Tuesday, January 24, 2012

3 bulan semak SBPA langkah terbaik, adil

Dari Bharian Online 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3bulansemakSBPAlangkahterbaik_adil/Article

2012/01/23

KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh tiga bulan bagi semakan dan penambahbaikan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai langkah terbaik dan adil kepada penjawat awam.

Presidennya, Omar Osman berkata, setiap kali kongres mengadakan taklimat di seluruh negara, kira-kira 1.3 juta penjawat awam terutama kakitangan Gred 54 ke bawah dan Kumpulan Pelaksana Satu dan Dua memang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap SBPA sedia ada.
“Ketika ini skim itu dilihat seolah-olah berat sebelah, tidak adil dan mempunyai jurang besar daripada segi keistimewaan pekerja kelas atasan dan bawahan. Justeru, kita menyambut baik keputusan Perdana Menteri supaya SBPA diperbaiki dengan mengambil kira cadangan dan suara hati penjawat awam semua peringkat bagi memastikan nasib kami lebih terbela.
“Pada masa sama, kita mahu keistimewaan diterima kumpulan atasan disemak semula menentukan sama ada benar-benar layak diterima atau sebaliknya, berdasarkan tanggungjawab dan bebanan tugasan masing-masing,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Najib supaya pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru yang akan memuaskan hati setiap penjawat awam semua peringkat.

Omar berkata, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam di seluruh negara pada Februari ini untuk membincangkan semakan semula SBPA.

Monday, January 9, 2012

BUKAN SENGAJA MENGURUNG DIRI DI PERPUSTAKAAN... TAPI INILAH KERJA KAMI...

Hmmm... kerja-kerja ni sebenarnya kami dah mulakan sejak cuti hujung tahun 2011 tu lagi... Masih belum siap-siap lagi...! Kadang-kadang dah naik muak membaca buku... untuk kenal pasti kategori apa. Setakat ini baru kategori KARYA AM : KOD 000 saja yang sudah balik ke rak... Masih ada 9 kategori lagi yang dah jadi rojak. Tu belum masuk berpuluh-puluh subjek untuk buku rujukan...! Tabahkanlah hati kami...
SEMUA BUKU DAH TURUN DARI RAK...!!

KENA ASINGKAN BUKU IKUT KATEGORI YANG BETUL.... PENING... PENING


RAK BERHABUK YANG TEBALNYA ENTAH BERAPA INCI PUN KENA CUCI.... ANAK2 JADI ASSISTANT
BERPELUH-PELUH... PUAN ROSMINAH NAMPAKNYA...

SI JENNY ROSE PULA KENA PANJAT RAK UNTUK CUCI HABUK...

HUIII.... CONCENTRATE ABIS...

ENTAH BILALAH AKAN SIAP PENYUSUNAN NI... TU BELUM BUKU RUJUKAN IKUT MATA PELAJARAN...

DOAKAN KAMI DAPAT SELESAIKAN TUGAS INI DENGAN JAYA YA...


ASSISTANT TAMBAHAN MEMBANTU...

BERSERABUT TAK...?? MEH LAH TOLONG SEKALI... PLS...

PEMANDANGAN BUKU-BUKU MENIMBUN DAN PERLU TINDAKAN SEGERA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...