Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, April 29, 2010

Mati kerana sampah.

Dalam Buletin Utama 28April, ada satu cerita tentang nyawa seseorang melayang kerana sampah.

Ceritanya begini, seorang lelaki warga emas, menegur suspek, iaitu jirannya lelaki berusia 23, kerana suspek meletakkan bungkusan sampah mereka berdekatan pintu rumah mangsa. Mangsa tidak puas hati, lalu menegur suspek. Teguran itu mengakibatkan tercetusnya pergaduhan sehingga suspek dan bapanya, 51 tahun, memukul mangsa dengan kayu besbol di tingkat bawah pangsapuri Sri Sentul, Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 1 pagi.

Pengajaran:
1. Jangan jadi pengotor macam orang tak ada tamadun. Buang sampah biar di tempat yang betul. Adakah letak dekat rumah orang...!
2. Kalau dah buat salah tu, mengaku sajalah, dan minta maaf. Lepas tu jangan buat lagi benda bodoh gitu.
3. Jangan pentingkan diri sendiri. Ingat kita saja ada perasaan ka? Ngko sorang saja ka nak idup dalam dunia ni...
4. Kita kena berbaik-baik dengan jiran. Hormati mereka., lebih-lebih lagi jika mereka lebih tua daripada kita. Kalau tak bertegur sapa, senyum dan lambai tangan pun ok.
5. Sifat sabar tu sangat-sangat penting.... bagi kedua-dua pihak. Yang menegur janganlah dengan cara menyakitkan hati. Yang ditegur pula... kena fikir kenapa dia kena tegur.
6. Ajal tiba.... sering berlaku dengan tidak disangka-sangka. Hanya alasan untuk "pergi" tu saja yang berlainan.
7. Kalau api dah marak, jangan disimbah lagi dengan minyak...
8. Gunalah OTAK yang dikurniakan oleh Allah. Jangan ikut kata hati yang sesat. Nanti orang cap kita sebagai orang buduh!
9. Terlanjur perbuatan buruk padahnya. Menangis air mata darah pun tak guna. Masuk penjaralah akibatnya.
10. Pentingnya hidup dalam suasana harmoni dan toleransi. Kalau tidak hari-hari pun tension...! Tak enjoy hidup....!

and...
http://topotato.com/image/sampah.jpg

Monday, April 26, 2010

Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan Mulai SPM 2011

Untuk maklumat para muridku... Kalau kurang jelas, klik pada gambar untuk lebih jelas.

Saturday, April 17, 2010

Semakan status permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2010/2011.

Untuk pelajar-pelajar SPM 2009, anda dah boleh buat semakan status permohonan / kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui laman web berikut: http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/ (klik jer banner kat bawah ni)

Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui SMS, iaitu dengan cara:
  • Taipkan MOE (jarak) MAT (jarak) NO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAT 760704085973
Jika pelajar mendapat keputusan yang melayakkannya masuk ke Matrikulasi, tetapi gagal diterima, bolehlah membuat rayuan secara online melalui laman web ini : http://www.moe.gov.my/bmkpm/(Klik bawah ni yer), mulai 16 April 2010 hingga 30 April 2010 sahaja.
Cepat tau!!. Bagi yang membuat rayuan, semakan keputusan boleh diperolehi melalui SMS, dengan cara:
  • Taipkan MOE (jarak) MAR(jarak) NO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAR 960704085973
Tarikh pendaftaran pelajar tahun 1 ke kolej matrikulasi ialah 10 Mei 2010.

Jika ada sebarang kemusykilan berkenaan Matrikulasi ni, cara menghubungi Kolej Matrikulasi ialah melalui alamat dan nombor telefon tertera:
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6 -7, Blok E15,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Telefon : 0388844083
Faks : 0388886864 / 0388844028
Emel : webmaster@bm.matrik.edu.my

SEMOGA BERJAYA....! KALAU DAH DAPAT MASUK MATRIK TU, BELAJARLAH BETUL YER ANAK-ANAK MURID SEKALIAN...

Friday, April 16, 2010

Unbelieveable Face Painting pictures ..\

From: $AMIN.K <saminsworld@yahoo.com>
Subject: Unbeleiveable Face Painting pictures .....
[Face+Painting+photos+2.jpg]

[Face+Painting+photos+4.jpg]

[Face+Painting+photos+6.jpg]

[Face+Painting+photos+7.jpg]

[Face+Painting+photos+8.jpg]

[Face+Painting+photos+9.jpg]

[Face+Painting+photos+10.jpg]

[Face+Painting+photos+12.jpg]

[Face+Painting+photos++13.jpg]

Wednesday, April 14, 2010

LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK

LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK
Oleh
Khalid Khamis

Kisah ini sebenarnya berlaku di sebuah negara jiran kita...!

SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.

Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya.

Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.

Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.

Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan kepadanya.

Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks'.

Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang kenalannya.

Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki.

'Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.

Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak perempuan.

Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya sebelum ini.

Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan.

Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut.

Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata: 'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.'

Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara

ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan

MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka.

Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.'

Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu.

Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan keji tersebut antara Disember 2003 de ngan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun.

Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak pe rempuannya.

Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki.

Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya.

Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar.

Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga dan 'guru agama' mereka.

Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka.

Dua daripada mereka hamil akibat perbuatan ayah mereka.

Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan kandungan itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri.

Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.

Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya.

Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang kawannya.

Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian.


Fakta kes

Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).

Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat jumbo.

Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.

Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas dirogol.

Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.

Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.

Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.

Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.

Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005

kenapa aku cakap isteri2 dia macam seeyal???... arrrr...kroang baca citer di bawah nie...

ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.

Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana 'pengorbanan' itu.

Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya.

Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka.

Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan.

Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis.

Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati.

Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya.

Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.

Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al-Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya.

Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.

Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti perintahnya.

Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.

Tcr Ain kata : Astahgfirullahalazim... Ada persamaan sedikit dengan cerita Sudin magic. Pengajarannya:
1. jangan mudah terpedaya dengan orang yang menggelarkan dirinya "ustaz". Kaji dulu bertauliah atau tidak. Selidik betul-betul.. sebelum percaya.
2. kita sendiri kena ada pengetahuan agama supaya tidak bulat-bulat menurut kata dan mempercayai kata-kata "ustaz" seperti ini.
3. Kita dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan akal dan fikiran. Jadi sebelum bertindak, ikutlah akal fikiran yang lojik dan waras.
4. jangan jadi wanita yang lemah! Kalau rasa diri dianiaya, jangan takut untuk berbuat sesuatu bagi menyelamatkan diri
5. sebagai ahli masyarakat, kena ambil tahu tentang jiran kita. Bukan nak jaga tepi kain dorang tapi, kalau untuk memperbetulkan sesuatu yang salah, apa salahnya kita ambik tau. Jangan jadi macam "enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing". Kalau kita tau jiran kita buat sesuatu yang berdosa, kita pun turut berdosa kerana "membenarkan" mereka berbuat dosa.
6. memang benar dunia dah makin tua. Kiamat semakin hampir. Makin ramai orang yang tidak berilmu menjadi guru agama dan digelar ustaz.

Wallahu'allam...

Monday, April 5, 2010

Eeee.... Seraammm!!! Mayat Berjalan Pulang Ke Rumah???

Seperti yang diceritakan oleh Mohd Hazril" (spiderwebs82@yahoo.com)
Percaya atau tidak, di Kampung Toradja, sebuah kampung di pedalaman Indonesia, penduduknya ada mengamalkan satu ilmu luar biasa, yang kononya boleh menjadikan orang yang sudah mati di suatu tempat lain, berjalan sendiri untuk pulang ke rumahnya. Perkara seperti ini adalah perkara yang biasa bagi penduduk di situ. Jika berlaku kematian, mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya si mati boleh pulang berjalan kaki dan hanya akan berhenti apabila sampai di rumahnya. Menurut mereka, ilmu ini diamalkan adalah untuk memudahkan orang kampung menguruskan mayat tersebut. Hmmmm.....??? Tcr Ain terfikir pula, bagai mana kalau-kalau mayat tu tak mau mati balik, walaupun sudah sampai ke rumahnya. Tcr Ain juga tertanya-tanya, nanti setelah selesai mayat itu diuruskan, ada tak ilmu yang boleh membuatkan mayat tu masuk dan baring sendiri ke dalam kuburnya?? Eeeeiiii.... yang pasti, cerita ini cukup membuatkan Tcr Ain sssseeeerrrraammmmmm!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...