Kedai Maya - Wajib Klik

Saturday, November 26, 2011

Kalender Persekolahan 2012

Bagi kumpulan B, cuti-cuti sekolah di Malaysia, ringkasnya adalah seperti berikut:
Cuti Pertengahan Semester 1 : 10.03.2012 - 18.03.2012
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 - 10.06.2012
Cuti Pertengahan Semester 2 : 18.08.2012 - 26.08.2012
Cuti Hujung Tahun : 10.11.2012 - 01.01.2013

* Bagi negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti sekolah bermula awal sehari dan berakhir sehari lebih awal daripada yang dinyatakan di atas ni. Sekian harap maklum. Hee...

Ini yang lengkap kalau tak puas hati...



Friday, November 25, 2011

Cuti-cuti Umum Malaysia tahun 2012



Tarikh Cuti Negeri terlibat
1 Jan (Ahad) Tahun Baru 2012 Seluruh Malaysia kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Sabtu) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan sahaja
15 Jan (Ahad) Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah sahaja
23 Jan (Isnin) Tahun Baru Cina 1 Seluruh Malaysia
24 Jan (Selasa) Tahun Baru Cina 2 Seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu
1 Feb (Rabu) Hari Wilayah Wilayah Persekutun Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
5 Feb (Ahad) Maulidur Rasul Seluruh Malaysia
7 Feb (Selasa) Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang & Selangor sahaja
4 Mar (Ahad) Hari ulang tahun pertabalan Sultan Terengganu Terengganu sahaja
6 Apr (Jumaat) Good Friday Sabah dan Sarawak sahaja
15 Apr (Ahad) Perisytiharan Melaka Bandar Bersejarah Melaka sahaja
19 Apr (Khamis) Hari Keputeraan Sultan  Perak Perak sahaja
1 Mei (Selasa) Hari Pekerja Seluruh Malaysia
5 Mei (Sabtu) Vesak Day Seluruh Malaysia
7 Mei (Isnin) Hari Hol Pahang Pahang sahaja
17 Mei (Khamis) Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis sahaja
30 Mei (Rabu) Harvest Festival Sabah & Labuan sahaja
31 Mei (Khamis) Harvest Festival Sabah & Labuan sahaja
1 Jun (Jumaat) Hari Gawai Sarawak sahaja
2 Jun (Sat) Hari Gawai Sarawak sahaja
2 Jun (Sat) Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong National
17 Jun (Sun) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja
7 Jul (Sat) Georgetown World Heritage City Day Penang sahaja
14 Jul (Sat) Penang Governor's Birthday Penang sahaja
20 Jul (Fri) Hari Keputeraan Sultan  Terengganu Terengganu sahaja
21 Jul (Sat) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca sahaja
6 Ogos (Mon) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu sahaja
19 Ogos (Sun) Hari Raya Puasa * National
20 Ogos (Mon) Hari Raya Puasa * National
31 Ogos (Fri) National Day National
8 Sep (Sat) Sarawak Governor's Birthday Sarawak sahaja
16 Sep (Sun) Malaysia Day National
6 Okt (Sat) Sabah Governor's Birthday Sabah sahaja
13  Okt (Sat) Malacca Governor's Birthday Malacca sahaja
24 Okt (Wed) Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang sahaja
26  Okt (Fri) Hari Raya Haji * National
27  Okt (Sat) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu sahaja
11 Nov (Sun) Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan sahaja
12 Nov (Mon) Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan sahaja
13 Nov (Tue) Deepavali National
15 Nov (Thu) Awal Muharram (Maal Hijrah) National
22 Nov (Thu) Sultan of Johor's Birthday Johor sahaja
11 Dis (Tue) Hari Keputeraan Sultan  Selangor Selangor sahaja
20 Dis (Thu) Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor sahaja
25 Dis (Tue)
Hari Krismas
National
* Tertakluk kepada perubahan

Monday, November 14, 2011

Pasaraya-pasaraya di Keningau (Bahagian 1 bei....)

Sementara menunggu untuk daftar Kursus Pengoptimum Penggunaan dan Pengintergrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK dalam P&P ke Arah Pembestarian Sekolah untuk  Penyelaras Bestasi(GPB) dan Guru Perpustakan dan Media (GPM) yang namanya sikit punya panjang ni... baik TcRaiN buat satu pos tentang pasaraya-pasaraya yang ada di Keningau ni...

Di Keningau ni pasaraya kegemaran kalau ingin membeli barang-barang dapur dan keperluan harian,ialah Milimewa 2. Kerana tempat letak kereta dijamin ada. Letak depan-depan pintu kedai pun selalu dapat. Tidak payah tawaf 2 / 3 kali untuk dapat parking. 

Lagipun TcRaiN ada 'member card' Milimewa... kumpul mata dan boleh tebus dengan hadiah. Dari segi harga, hmmm.... agak mahal sikit berbanding pasaraya-pasaraya besar lain di Keningau ni. Tapi sejak akhir-akhir ni nampak macam makin murah sikit... Ada harga ahli... TcRaiN pernah beli biskut Chipsmore dengan harga RM2.90 di Milimewa ni... 

'Que' pula sangat pendek... cepat saja kita dilayan oleh 'cashier'. Ruang beli belahnya luas dan santai... tidak berserabut...! Tenang dan damai masa membeli belah. Tidak berlanggar-langgar dengan orang... Tiada tangga yang menghalang laluan macam di saaanaa  tu... Sesuai untuk orang-orang yang sibuk, banyak urusan dan mahu cepat.

Kalau mahu cari pakaian budak, di Milimewa ni pun sesuai. Banyak pilihan... yang rekabentuknya cantik lagi... Harganya pun OK lah... Yang penting kita dapat apa yang kita cari... Tapi kalau pakaian raya macam baju kurung tu... ishhh... di Milimewa ni tidak pula menepati zaman... (betul bah...)

Kalau shopping baju kurung, baju Melayu, tudung... tempat yang sesuai ialah Fitrah Trading yang bloknya sebaris dengan kedai Buku Foong Goon Wo tu... dekat dengan Rakyat Superstore tu. Paling banyak pilihan... Dari kanak-kanak sampai yang dewasa.

Kalau cari kasut di Milimewa ni pun susah sikit... kebanyakannya stok lama... yang itu... itu... jer... Huh... 

Tempat yang sesuai cari kasut wanita bagi TcrAiN ialah di Servay...
Kasut-kasut di sini betul-betul ngam dengan citarasa TcRaiN (orang lain tidak tau pula). Kasut di sini tumitnya rendah sangat... cantik... selesa dipakai. Kalau lah banyak duit... mau saja TcRaiN borong kesemuanya... he he he... (membazir amalan syaitan). Tapikan... satu hal juga di Servay ni... jalannya macet kata orang Indon... Selalu tak ada parking..!

Kalau kasut sekolah yang paling banyak range ialah di Southern Shoes..., sebaris dengan Riza Bistro. Kedai Nyonya tu... sejak kecik-kecik lagi TcRaiN beli kasut sekolah di situ...

Bahagian alat tulis pula... kat Milimewa... adumakkkk tak lengkap lah... Cari tu tak ada... cari ni tak ada... Bukan lah tak ada sangat... tapi sangat terhad pilihannya... dan mahal... Tapi kalau dekat Rakyat Superstore yang kuning tu... lengkap alat tulisnya.

Pensil mekanikal punya lead... macam-macam saiz ada... Pen khat pun banyak di sini. Macam-macam saiz lagi. Di sana Evergreen pun ada... tapi... sana mahal sikit lorr... yang di Rakyat Superstore ni murah...! Besssstttt....! Kalau ruang letak keretanya luas... sini saja TcRaiN akan mau membeli belah.. Tu lah.. masalah kurang parking saja...

Bah... nanti ja TcRaiN sambung ya... mo kurusus bah... Err... gambar-gambar ni pun pinjam dari Google Image saja... Tiada masa TcrAiN mo keluar pi menggambar... TcRaiN tengah duduk di lobi Hotel Perkasa ni... nda sempat mo pi menggambar bah! Bah hiri no kio!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...