Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, February 23, 2009

Namanya Exora

Apa Exora tu??? Ni ha... Proton MPV yang baru... Exora namanya.


Exora tu adaptasi daripada nama sejenis bunga bernama Ixora. Alaaa bunga mekar sejambak tu... ada gak yang panggil bunga ni bunga seribu... Ni ha rupa bunga Ixora.

Tapi kalau Exora tu cari dalam kamus... sure tak jumpa maksudnya. Ntah apalah mende Exora tu yer... macam ada iras-iras Ezora dalam drama TV3 tahun lalu juga lar... Mungkin Ixora+Ezora=Exora... He he he... ntah...

Keta ni dah boleh ditempah sejak Sabtu lalu (21 Februari 2009). Tahun ni juga akan dilancarkan. Akak memang minat keta Proton.. Buatan Malaysia la katakan.. Akak patriotik skit...tapi ntah.. napalah bofren Akak kureenggg skit dengan keta Malaysia ni.

Akak kalu boleh nak keta baru...Keta ni sesuai kot. Harga pun bawah RM80,000. Ada 7 tempat duduk. Guna enjin CPS Campro. Lumayan la tu... Nak nak pulak kegawatan ekonomi, kerajaan turunkan kadar faedah pinjaman... Hishhh termimpilah akak malam ni... Mana tidak... keta yang ada tu tak ayu ler... Dah la tu agak kerepot jugak... Kalu dapat akak nak kaler hitam (Tranquilty Black)... Hik hik... berangan! Dah dah dah...

Thursday, February 19, 2009

Tersayat hatiku membaca berita ini... Buduh tol

Apalah dosa anak kecil ini. Manalah dia tau apa-apa.Bayangkan macam manalah perasaan dia masa dia keseorangan... Mama dan bapa dia tidak rasa bersalah ka? Mesti budak ni ingat dia dibawa berjalan-jalan.... sekali tu kena kasi tinggal pula berseorangan. Tengah malam pula tu... cuba kamu malam-malam di luar rumah sorang2... mesti takut kan??? Apalagi budak kecil ini..

Sampai hati ayah, ibu

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro. com.my

Image Hosted by ImageShack.us
COMEL...kanak- kanak berusia tiga tahun yang
ditemui penduduk, tengah malam kelmarin.

JOHOR BAHRU: Sampai hati ayah dan ibu! Suasana hiba menyelubungi sekumpulan penduduk Blok 50, Taman Ungku Tun Aminah di sini, apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menangis sambil mengheret beg plastik berisi beberapa helai pakaiannya, tengah malam kelmarin.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu yang mengaku bernama Tan Eng Eng seolah-olah hilang arah selepas dipercayai ditinggalkan ibu bapanya berdekatan blok berkenaan.

Orang ramai yang menemui kanak-kanak terbabit kemudian menyerahkannya ke Balai Polis Skudai sebelum dihantar untuk menerima rawatan di Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Kanak-kanak terbabit kelihatan ceria sebaik gambarnya dirakam jurugambar media di wad berkenaan, semalam tetapi ketika ditanya mengenai nama dan latar belakang keluarganya, dia tiba-tiba menjadi bingung seketika sebelum menjawab 'saya Tan Eng Eng...umur tiga tahun'.

Sikap ceria dan senyum manis kanak-kanak malang itu kemudian hilang begitu saja dan dia mula merengek apabila diasak pelbagai pertanyaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata kanak-kanak itu ditemui orang awam yang melalui tempat kejadian dan diserahkan kepada polis kira-kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin.

"Mangsa yang memakai gaun kuning ditemui menangis sambil membawa satu beg plastik mengandungi beberapa helai pakaian.

"Siasatan awal mendapati, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan pasangan lelaki dan wanita dewasa dipercayai berbangsa Cina.

"Tindakan membuang atau meninggalkan kanak-kanak seperti itu boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditetapkan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 dan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, " katanya.

Ruslan berkata, kanak-kanak berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat.

"Di samping itu, kami memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Engku Nurul Aini Engku Malek di talian 012-6033345 atau balai polis berhampiran, " katanya.

Saturday, February 7, 2009

Cara-cara merakam Gambar di skrin Komputer (Nayan yang ajar-- Thanks..)




Yeyyy... berjaya... seronoknya saya.... Gambar di atas adalah gambar blog lama saya yang satu lagi tu... dan blog Aznil Haji Nawawi..

Saya nak cerita, macam mana saya dapat merakam gambar tersebut. Dah lama saya jeles tengok orang menggambar skrin komputer. Sekarang saya dah tahu... semua ni kerana tunjuk ajar Nayan(Blogger --> http://mohamadnayan.blogspot.com/)melalui internet lar... Terima kasih sekian kalinya Nayan...

Okeh... caranyer.. kita pergi ke skrin yang kita nak gambar, klik PRINTSCREEN (bergantung pada jenis komputer lar kan.. kalu komputer saya ni kena klik FUNCTION + PRINTSCREEN serentak). Lepas tu pergi ke Paint, paste kat Paint. Akan terpaparlah gambar mana-mana skrin yang kita dah gambar tadi. Then save lar gambar tu... Senang kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...