Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, August 4, 2011

Bahaya Makanan Bukan Organik

Sering saja orang berkata, orang dulu-dulu lebih panjang umurnya. Jarang-jarang sakit. Orang sekarang pula makin pendek umurnya dan macam-macam pula penyakit baru yang timbul... Salah satu faktor penyebab keadaan ini ialah makanan. Dulu-dulu mana ada makanan segera... makanan segar adalah. Dulu-dulu kalau orang tanam sayur, tak payah bubuh baja itu, baja ini, racun itu dan racun ini... semuanya terkawal secara semula jadi. Meh sini TcRaiN nak kongsikan maklumat tentang makanan bukan organik. 

Kajian atas penghasilan makanan bukan organik yang telah dijalankan oleh Program Data Racun serangga Amerika Syarikat ke atas sampel makanan tertentu mendapati bahawa...

Lobak Merah
Terdapat 32 jenis racun perosak termasuk 7 karsinogen (dikenalpasti), 19 pengganggu hormon (disyaki) dan 5 neurotoksin. 70% daripada sampel mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis racun perosak.

Kubis Kerinting
Mengadungi 49 sisa racun perosak termasuk 7 karsinogen, 24 pengganggu hormon dan 10 neurotoksin. 60% daripada sampel mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis racun perosak.


Tomato
Mengandungi 34 jenis sisa perosak termasuk 2 karsinogen, 15 penganggu hormon dan 7 neurotoksin

Brokoli
Terdapat 40 jenis sisa racun perosak, termasuk 5 karsinogen, 19 penganggu hormon dan 9 neurotoksin. 72% sampel yang diuji mengandungi sekurang-kurangnya 1 jenis racun perosak.
Bayam
Terkenal sebagai sayuran yang paling sinonim dengan racun perosak yang kuat. Terdapat 36 jenis racun perosak pada 86% sampel bayam yang diuji. Antara racun kuat yang sering digunakan ialah permetrin dan DDT.
Strawberi
Dijumpai 36 jenis racun perosak pada strawberi pada 90% strawberi yang diuji. Warna merah menyala adalah disebabkan racun kulat captan, yang mungkin merupakan karsinogen.

Raspberi
39 racun perosak dijumpai pada 59% daripada raspberi yang diuji. Mungkin mengandungi sisa captan, iprodione dan karbaril, yang disyaki menjadi pengganggu endokrin.

Epal
36 racun perosak digunakan dalam penanaman. 91% daripada epal yang diuji telah dicemari. Mungkin mengandungi chlorpyrifos (organofosfat) yang merupakan neurotoksin kuat. Mengupas sebiji epal tidak dapat menyingkirkan sisa kimia sepenuhnya.

Beri Biru
48 jenis sisa racun perosak dijumpai termasuk 7 karsinogen yang dikenalpasti atau berkemungkinan, 22 pengganggu hormon yang disyaki dan 12 neurotoksin. 34% daripada sampel yang diuji mengandungi sekurang-kurangnya 1 racun perosak.

Hmmm... fikir-fikirlah sendiri yer... Jangan ingat nak makanan yang nampak cantik saja. Tetapi ini bagi buah-buahan dan sayuran yang ditanam bukan secara organik. Yang ditanam dan diurus secara organik sangat berfaedah untuk tubuh badan manusia. Makanan sempurna, keluarga sempurna!

Maklumat ini dicedok daripada katalog ELKEN 26 Februari - 26 Julai 2011

2 comments:

Unknown said...

Salam hari minggu & selamat jalani ibadah puasa...wah info yang menarik,,saya memang suka baca bab kesihatan ni trc ain..tq

TcRaiN said...

Terima kasih etuza... pengunjung paling tegar blog yg tidak seberapa ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...