Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, November 25, 2010

Pantai Tanjung Aru - Banyak kenangan terukir di sini

Nge heee.... angin laut kuat lah pula masa tu...
Pertama kali menulis tentang Pantai Tanjung Aru walaupun setiap kali datang ke KK, Tanjung Aru adalah tempat yang mesti dijejaki..
Pantang jumpa laut... mesti nak terjun... tapi petang tu dilarang sekeras-kerasnya...! He he..

Bagi Tcr Ain, Tanjung Aru adalah tempat yang ideal dan sangat popular di kalangan penduduk sekitar Kota Kinabalu, daerah-daerah berdekatan, mahupun di kalangan penduduk Sabah, untuk berehat dan makan-makan. Makanan warung dekat pantai melayani berbagai macam makanan laut, sate, jagung manis, kacang rebus, nasi goreng, mee dan macam-macam lagi sehingga ke larut malam. 
Dulu gerai makanan ni bukan kat sini. Dalam bangunan khas. Masa datang sini dua hari lepas dah pindah ke sini. Mungkin ubah suai bangunan asal kot...
Jarak Tanjung Aru dari pusat bandar ialah 6km sahaja. Jarak dari lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pula adalah dalam 10km. Pantainya luas, panjang, dan pasirnya putih. Pada kebanyakan waktu, air lautnya agak tenang dan sesuai untuk mandi-manda.
Pantai Tanjung Aru pukul 5.45 petang. Cuaca hari itu agak mendung

 Satu ciri lain yang wajib disebut tentang Pantai Tanjung Aru ialah tentang pokok-pokok ru atau nama saintifiknya Casuarinaceae, yang tumbuh berjajar di pinggiran pantai secara semulajadi. Daripada pokok ru inilah Tanjung Aru mendapat namanya. 
Pokok ru yang tumbuh semulajadi

Hari itu, Tcr Ain bersama keluarga sengaja datang ke pantai ini sekitar pukul 5.30 petang kerana ingin melihat matahari terbenam di horizon. Memang cantik dan menarik. Lebih-lebih lagi kalau waktu itu cuaca baik dan awan tidak menutupi matahari. Laut dan kaki langit kelihatan keemasan.

Matahari terbenam di ufuk barat. Banyak awanlah pulak petang tu... Dah la tu lensa handphone jer...
 Untuk yang suka menyelam atau bemain ski air juga boleh menghubung  resort terdekat, Shangri-la Tanjung Aru.
\Shang Ri-La Tanjung Aru Resort...
Selamat berkunjung cuti-cuti Malaysia.... Utamakan melancong dalam negara.

2 comments:

Adli said...

Seronok saya baca... Cara penulisan yang simple dan tidak membosankan. Gambar pun cantik, terutamanya gambar pokok ru, matahari terbenam dan 3 budak comel tu. Wpun pakai hfon saja kan? Keep it up..!

Tcr Ain said...

Ha ha... pujian terlalu melambung untuk blogger pinggiran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...