Kedai Maya - Wajib Klik

Wednesday, November 3, 2010

Pembunuhan di Midsomer.

Tcr Ain sangat meminati drama bersiri Midsomer Murder. Satu kisah penyiasatan di mana watak utamanya merupakan seorang Cif Inspektor yang bernama Tom Barnaby. Dalam musim pertama. Inspektor Barnaby dibantu oleh detektif Troy. Musim kedua pula dia ditemani oleh Sarjan Jones. Tcr Ain rasa perwatakan Jones lebih menarik. Dia ada sense of humor....

Sebenarnya Tcr Ain bukan nak cerita sangat tentang drama ni, tapi lagu temanya. Apabila didengar lagu temanya, orang akan berasa seram. Bunyinya freaky. Macam ada hantu... jer. Tcr Ain dah lama tertanya-tanya apakah alat muzik yang mengeluarkan bunyi sebegitu. Cari punya cari... akhirnya Tcr Ain jumpa. Tontonilah video di bawah ni... Video yang merakam Celia Sheen sedang memainkan lagu tema Midsomer Murder dengan alat muzik yang dinamakan THEREMIN. Alat muzik ini unik kerana ia tidak perlu disentuh atau dipegang sewaktu memainkannya.

Lepas ni Tcr Ain nak cerita pula tentang asal usul Theremin ni. Bestkan bunyinya..?

2 comments:

Adli said...

ooooo ada pulak muzik gini? Tapi menarik lah. Baru jer tau pasal benda ni. Thanks for the info. Bagus bagus.bagus.bagus.bagus.

Tcr Ain said...

he he... berapa banyak bagus da....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...