Kedai Maya - Wajib Klik

Saturday, July 24, 2010

Ciri-ciri sekolah Berprestasi Tinggi

Entry sebelum ini Tcr Ain ada berura-ura untuk menyenaraikan ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi. Adakah kita dah mempunyai ciri-ciri ini atau..... err....

Inilah ciri-ciri yang perlu ada:
1. Pencapaian Penarafan Kendiri Sekolah (PKS), berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sekurang-kurangnya 90% dalam tahun semasa
2. Pencapaian akademik menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% murid sekolah lulus dalam setiap mata pelajaran peperiksaan awam.
3. Pernah menerima anugerah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun terakhir.
4. Tiada audit berteguran dalam tempoh tiga tahun terakhir.
5. Tiada tindakan tatatertib dan pelanggaran punca kuasa (Perintah Am Bab D) dalam kalangan warga sekolah untuk tempoh tiga tahun terakhir. Jika ada, adakah telah ditangani?

Jadi sudah bersediakah kita untuk memenuhi semua ciri-ciri ini. Marilah sama-sama berdoa. Kata pepatah, Hendak seribu daya... Tak hendak... seribu dalih (kalau tak nak... sebenarnya satu dalih pun dah cukup....)

2 comments:

Unknown said...

Salam Ain.
Tahniah aktif menulis..dpt juga membaca banyak manfaatnya teruskan ya..hehe tak link blog saya ke?

KIDbrush® said...

sori kak haku terbanned hi hi. Dah unbanned dh. Ya ampun sungguh haku x sengaja kak huuu


KiD~ sori naaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...