Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, September 2, 2010

Keratan Akhbar buat kenanganku

Ini adalah keratan akbhar "Sabah Times", pada 29 Julai 2010 (Utusan Borneo dan Daily Express pun ada juga)

Errr... sudah lebih sebulan pun Program Makan Malam Jasamu Dikenang berakhir. Tapi mesyuarat post mortem nya baru sahaja berlangsung tadi... (2 September 2010). Semasa mesyuarat tadi, tidak banyak komen negatif yang timbul. Yang paling manis untuk didengar dan menjadi penawar penat lelah kami semua ialah apabila Tuan Pengetua mengungkapkan kata-kata ini "Penganjuran kali ini merupakan salah satu penganjuran yang paling berjaya! Satu majlis kesyukuran akan diadakan kelak sebagai ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK" (Lebih kurang gini lah....)

Bagi pihak saya juga... mustahil sekali saya akan dapat menjayakan program ini seorang diri. Sebenarnya semua AJK lah yang menjadi tonggaknya. Puan Hanisah Hassan (setiausaha), nadi yang amat penting bagi program ini. Semualah..... AJK yang dedikasi belaka. Sesungguhnya, memang benar kata-kata Tuan Pengetua dalam ucapannya dalam majlis malam itu bahawa "Guru-guru SM SFX adalah guru-guru yang dedikasi, yang mampu menjalankan sebarang tugas tanpa mengenal penat lelah" (tapi Tcr Ain lain lah... kenal juga tu sama penat lelah... ngeee heee heee)

TAHNIAH SEMUA WARGA SM SFX.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...