Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, October 29, 2009

Jangan Bunuh Beluncas dan Jangan Diracuni Pokok Kaktus itu..

berdoa by emir.abu.khalil.
Seorang hamba Allah yang kesunyian berdoa agar dikurniakan padanya seekor rama-rama yang cantik untuk menghiburkan hati mengubati sunyi. Hamba Allah itu juga berdoa agar dirinya mendapat sepohon pokok bunga yang indah untuk disantap oleh pandangan matanya.

Setiap hari, Hamba Allah itu mengulangi doanya...

Dan akhirnya... Pada suatu hari, Hamba Allah itu bangun dari tidur di subuh hari, beliau mendapati terdapat seekor ulat beluncas dan sepohon pokok kaktus berada di sisinya. Beliau amat terkejut... hampa dan bersedih hati.... Oh... bukan ini yang kuharapkan ya Allah....

Setelah berfikir beberapa ketika... Beliau pun berkata... Ya Allah kiranya inilah pemberian-Mu padaku... akan kuterima. Walau rupa ulat beluncas ini hodoh... berkedut-kedut.... garang wajahnya... tidak seperti sang rama-rama yang kuimpikan... Walau rupa pokok kaktus ini berbulu-bulu... menakutkan... aku tetapbersyukur ya Allah..Dengan hati yang agak kecewa, dia menerima juga pemberian Allah. Dengan sabar Hamba Allah tadi memberi makan ulat beluncas yang hodoh itu... Pokok kaktus yang berbulu-bulu itu juga turut dibelai dan dijaga...

Sehinggalah suatu hari.... setelah pulang dari bekerja, dia mendapati ulat beluncasnya telah hilang dari sangkarnya... tetapi telah diganti dengan seekor rama-rama yang cantik... yang indah berwarna-warni sama seperti rama-rama yang beliau impikan selama ini.... Alangkah gembira Hamba Allah itu melihat impiannya menjadi kenyataan. Kemudian beliau teringat pula pada pokok kaktus yang disimpannya di belakang rumah.... Wah...! Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa pokok kaktus tersebut telah mengeluarkan bunga-bunga yang cantik... menarik serangga-serangga untuk datang kepadanya. Hamba Allah itu tidak henti-henti mengucapkan syukur atas kurniaan ini... Kini hidupnya sentiasa dan tidak lagi kesunyian.

Begitu jugalah dengan kita sebagai guru... jika mendapat seorang murid yang hodoh perangainya... tak cantik sikapnya... pemalas... lembab.... susah nak ajar... janganlah mengeluh. Kitalah orang yang bertanggungjawab untuk menukarkan "Ulat Beluncas" yang hodoh menjadi seekor "Rama-rama" yang cantik. Pokok kaktus yang kelihatan buruk pada pandangan mata kita juga sebenarnya boleh mengeluarkan "Bunga" yang indah. Asalkan... kita tidak membunuh ulat beluncas awal-awal lagi... atau jika kita tidak terus meracuni pokok kaktus yang masih muda remaja.

Pencerita Asal: Cikgu Zamri Ahmad, SMK Narinang, Kota Belud, Sabah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...