Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, February 21, 2011

Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Selain keputusan STPM, diumumkan hari ini 21 Februari 2011, hari ini juga merupakan hari pertama untuk para pelajar SPM 2010 yang telah membuat permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi KPM 2011/2012 membuat semakan dan mengemas kini permohonan secara dalam talian. Sila buat semakan dan kemas kini di SINI

Semak cepat kerana talian ini hanya dibuka sehingga 6 mac 2011 sahaja. Hmm... perlukah menyemak? Jawapannya... perlu sangat. Manalah tau ada di kalangan anda yang memohon tiada tersenarai. Itu tandanya nama anda telah tercicir. Oleh itu anda hendaklah menghubungi Bahagian Matrikulasi KPM dengan segera untuk tindakan lanjut. Selain itu manalah tau nak tukar alamat ka... nak tukar kursus, ejaan nama salah dan sebagainya.

Walau bagaimanapun untuk yang baru berhajat nak memohon... dah tak bolehlah. Tarikh tutup permohonan dah tutup bulan Oktober 2010 lagi dik...!
Hmmm sehingga 6 Mac je boleh semak? Patutlah ramai yang meramal keputusan SPM 2010 akan keluar pada 7 Mac.... Ada juga kata SPM akan keluar pada 28 Februari. Sebab biasanya SPM keluar seminggu selepas STPM keluar.

Hmmm... macam-macamlah spekulasi dan teka-teki. Mungkin semua dah tak sabar nak tunggu kan? Apa-apapun tunggu sajalah ya...! Sebab sehingga kini belum ada tarikh yang betul-betul rasmi tentang bila  keputusan SPM 2010 akan diumumkan. Selamat menunggu....!


Semakan Keputusan STPM 2010 secara online / SMS mulai 21 Februari 2010 (Isnin)

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2010
 
Keputusan Peperiksaan STPM 2010 akan diumumkan pada 21 Februari 2011 (Isnin). Calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing melalui SMS atau secara On-line mulai jam 12.00 tengah hari.

Melalui SMS 1. taip STPMNo. Kad Pengenalan dan hantar ke 36363
ATAU Melalui SMS 2. taip STPM RESULTNo. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
ATAU
Secara On-line di www.mpm.edu.my

SUNGAI KITA ADALAH HIDUP KITA: Asal-usul Sungai dan Kepentingan Sungai.

Pencetus idea untuk entry kali ini... kisahnya begini... TcRaiN kalau nak pergi kerja atau ke pekan, kena lalu satu LLC (LLC tu ialah Low Level Crossing). Sejenis laluan dibina daripada konkrit, di bawah aliran air sungai. Tadi, masa lalu kat situ, anak TcRaiN  Ijoi yang kuat berangan tu tiba-tiba bertanya... "Mama... sungai ni di mana permulaannya...?" Lepas tu Iddin pula menyampuk... "Ya... di mana dia habis Mama?" Disebabkan masa tu tengah memandu... TcRaiN jawab secara ringkas saja "Dari bukit atau gunung, dan berakhir di laut. Penerangan selebihnya nanti Mama tulis dalam blog ya?" 

Jadi...
Bagaimanakah sungai terbentuk?
Daripada pengetahuan yang TcRaiN dapat semasa belajar Geografi Fizikal sewaktu di sekolah menengah dulu, (err nama Cikgu yang ajar tu ialah Cikgu Poobalan A/L Muthusamy dan Cikgu Ahmud Bin Saribin) sungai terbentuk apabila air hujan jatuh ke kawasan tanah tinggi.  Di kawasan tanah tinggi biasanya akan menerima hujan yang lebih banyak. Air hujan ini akan meresap ke dalam tanah, diserap oleh pokok-pokok dan bakinya akan terkumpul di kawasan tanah tinggi yang terdapat lengkungan (menyerupai sebuah kolam). Apabila lengkungan tersebut penuh maka air akan mengalir sebagai air larian. Air ini mengalir ke tempat yang lebih rendah dan keadaan tanahnya yang lebih mudah terhakis. Maka terbentuklah alur sungai. Air larian di dalam alur inilah yang membentuk sungai.

Hujan yang berterusan menjamin sungai sentiasa wujud. Hujan pula terbentuk daripada proses sejatan air laut dan sungai ke atmosfera lalu mengakibatkan pemeluapan dan pemejalwapan. Lalu... awan pun terbentuk... Apabila awan menjadi semakin tepu dan berat, awan akan menggugurkan air hujan Apabila hujan turun... maka sungai akan tetap wujud... Tetapi....harus diingat!... hanya kawasan tanah tinggi dan litupi oleh pokok-pokok sahaja yang boleh  menghasilkan sungai. Inilah yang dipanggil sebagai kawasan tadahan hujan. 

Apakah Kepentingan Sungai?
1. Kegunaan Domestik
Tiada sungai, tiadalah air paip. Tiada air paip semua orang susah. Kegunaan domestik tu maksudnya air digunakan untuk minum, makan dan mencuci. Sebab itulah kebanyakan petempatan awal dibina di pinggiran sungai.

2. Pengangkutan
Sungai adalah cara pengangkutan yang terawal. Sungai digunakan sebagai cara menghubungi satu kawasan dengan kawasan lain, menggunakan pengangkutan air. Contohnya di negeri Sarawak, cara pengangkutan utamanya ialah menggunakan sungai.

3. Pelancongan dan rekreasi.

Sungai memang tempat perkelahan yang ideal. Contohnya.... Air Terjun Mahua di Tambunan Sabah.  Air terjunnya terbentuk dengan kolam besar di bahagian bawahnya. Tempatnya tenang dan damai. Boleh mandi-manda di air yang bersih dan sejuk. Panoramanya cantik dan hawanya dingin. Unggas-unggas dan serangga pula seperti muzik orkestra yang mengalu-alukan kedatangan sesiapa saja ke sana.

Gambar Kenangan di Air Terjun Mahua





 4. Terdapat sumber asli
Contohnya di Sungai Kelang dan Sungai Gombak di Selangor, dahulunya makmur dan kaya dengan bijih timah. Ini menjadikan kawasan tersebut lebih dahulu membangun berbanding kawasan lain. Tempat pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Kelang itu akhirnya di namakan Kuala Lumpur dan kini menjadi Ibu Negara Malaysia. 

Contoh lain ialah Sungai Kinta di Perak. Lembah Kinta dahulunya kaya dengan bijih timah. Ini menarik kedatangan orang asing untuk menjajah. Jika kita imbas kembali sejarah,  negeri Perak merupakan negeri pertama menerima reisiden Inggeris. Di sungai Kintalah tempatnya residen Inggeris pertama J W W Birch mati dibunuh. Kerana residen itu ingin membolot kemakmuran Perak pada ketika itu.

5. Sumber Makanan (Perikanan)
Sungai adalah tempat tinggal pelbagai spesis ikan air tawar seperti Patin, Ketutu, Keli, Kurau, Haruan, Gelama, Pelaga, Toman, Tilapia, Sebarau, Jelawat, Baung, Belida... Kelisa pun... (ikan mahal ni) dan banyak lagilah...! Bolehlah dijadikan hidangan makan tengah hari atau malam. Di masak asam pedas, lemak cili api, dibuat pekasam, sambal ikan keli goreng... Huhhh... kecur air liur membayangkannya.

Udang sungai pun ada juga. Macam udang galah...! Masa kecik-kecik dulu adalah merasa udang dari Sungai Pegalan.

6. Sumber ekonomi
Kalau ada tangkapan hasil sungai yang lebih boleh juga dijual untuk dapat duit lebih. Tapi... sekarang ni masih ada lagi ka ikan atau udang di sungai. Semua orang tahu, hidupan sungai kini sudah semakin pupus. Kalau hendak merasa ikan air tawar pun yang diambil dari kolam ternakan saja. Yang asli dah pupus...!!!  :-(

Ada enam kegunaan sungai yang TcRaiN dapat fikirkan. Mungkin masih ada lagi yang TcRaiN terlupa masukkan. Lepas ni bolehlah pembaca semua tambah-tambahkan...

Namun... adakah sungai-sungai di sekitar kita masih dapat menjalankan keenam-enam fungsi itu?  Sungai kita kini kebanyakannya 'sakit' akibat pembangunan (Contoh Sungai Kelang dan Gombak yang paling teruk dan telah sekian lama tercemar dan sukar dipulihkan).

Pokok pangkalnya... berbalik kepada kita juga, Benarkah kita menghargai sungai..? Jika ditanya .. "Bilakah kali pertama Kempen Cintailah Sungai Kita dilancarkan oleh Kerajaan?" Mungkin ramai yang akan kata.. "kejap-kejap nak pi cari dulu... " atau yang lebih teruk lagi "Ahhh.... lantaklah...!" Huuuu huuu sedihnya tak terkata.

Post ini ada bahagian keduanya. Nantikan!

Saturday, February 19, 2011

Mari Mengundi Bakal Pelajar Akademi Fantasia 9, 2011

Klik Banner, Log In, dan dah boleh undi....
Kalaulah mengundi tu, biarlah kerana bakat... bukan kerana sedara mara, suku sakat atau kerana kapal serupa...  Ngeeee..

Peserta yang mungkin berpotensi:
1. Lena (Sabah)
2. Kay (KL)
3. Raqib (Melaka)
4. Amud (Sabah)
5. Eka (Selangor)
6. Nera (Sabah)

Walau macamanapun, undian akan menentukan nasib 25 orang peserta yang akan berjaya mara ke peringkat seterusnya. Undian hanya penentu sebanyak 50% sahaja. 50% lagi oleh ASTRO.

Tuesday, February 15, 2011

Peristiwa Luar Biasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571M), bersamaan Hari Isnin.

Kenapa tahun kelahiran baginda dipanggil Tahun gajah? Sebenarnya ada peristiwa aneh yang telah berlaku pada tahun itu. Peristiwa di mana Raja Abrahah membawa tentera bergajahnya untuk menyerang dan memusnahkan Kota Mekah dan Kaabah. Ketua tentera bergajah menunggang seekor gajah yang besar yang diberi nama Mahmudi.

Apabila hampir dengan tempat yang hendak diserang dengan izin Allah, gajah-gajah tersebut enggan maju ke hadapan, sebaliknya berundur. Tidak lama kemudian datang sekumpulan burung-burung kecil (Ababil) yang masing-masing membawa seketul batu pada kakinya, lalu melemparkan batu-batu tersebut kepada tentera bergajah. Lalu tentera bergajah pun hancur. Peristiwa menakjubkan ini ada terdapat dalam Al-Qur'an, Surah Al-Fil.


Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:
1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain

2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

3. Peristiwa  cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

6. Aminah bermimpi turut menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.,
1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Isa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi  di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

3. Aminah melihat bayinya (Baginda  Rasulullah) dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba  rosak dan musnah.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."

6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

8. Tasik Sava yang dianggap suci telah  tenggelam ke dalam tanah.
 
Setelah baginda lahir,
1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala  Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.

5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?


Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.

Sekian SALAM MAULIDUR RASUL 2011. Semoga saya dan kita semua mampu mencontohi akhlak  dan ketinggian pekerti baginda. Tidak sempurna iman seseorang Islam itu jika tidak menggabungkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sekaligus dalam kehidupan. Wallahualam!

Rujukan:

1. Ticha91
2. Pekan Rabu
3. Wikipedia
4. al4mien
5. Buku Teks JAIS untuk SUI Sabah.

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day?? Kenapa ia tidak sesuai untuk orang Islam?

Memandangkan hari ini Hari Valentine... dan cuti peristiwa di sekolah pula, TcRaiN tergerak hati untuk membuat pencarian mengenai hari valentine ini. Sejak zaman TcRaiN sekolah lagi, ramai kawan-kawan TcRaiN yang konon-kononya turut sama meraikan hari kekasih ini. Tapi terus terang TcRaiN tidak pernah sekali-kali meraikannya. Apatah lagi TcRaiN ada mendengar desas-desus mengatakan bahawa sambutannya adalah HARAM di sisi Islam. Lebih-lebih lagi TcRaiN nak sambut buat apa...?  Bukan ada kekasih pun... Dah habis belajar kat Universiti baru ada bf tau... sekarang dah jadi hubby dah... Ha ha ha....

Kasih sayang mempunyai makna amat luas dan kompleks

Sejarah permulaan sambutan Hari Valentine
Daripada pembacaan dari pelbagai sumber, asal-usul perayaan valentine yang telah TcRaiN jumpa ada 5 versi semuanya. Kalau ada versi lain... maknanya TcRaiN belum jumpalah tu... Ini 5 versi yang TcRaiN jumpa:

Versi 1:
Masyarakat Rom menjadikan 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau berhala pujaan mereka.

Versi 2:
Hari valentine merupakan hari memuja paderi yang bernama Saint Valentine yang telah sanggup mengorbankan nyawanya demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.


Versi 3:
Pada zaman pemerintahan Claudius II di Rom, para tentera adalah dilarang untuk berkahwin. Pada masa itu  juga ada seorang paderi bernama Saint Valentine tampil untuk mempertahan hak tentera-tentera Rom itu untuk berkahwin. Paderi Saint Valentine secara senyap-senyap telah menikahkan  tentera-tentera Rom. Apabila Claudius II mendapat tahu, paderi tersebut pun dihukum gantung sampai mati pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 4:
Masyarakat di England pada kurun ke-14 dan ke-15 pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan’. Manusia meniru perbuatan burung-burung dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh. Apabila mereka telah berjaya menemui pasangan, mereka akan mengucapkan 'Selamat hari Valentine' kepada pasangan masing-masing.

Versi 5:
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Jadi... setelah membacanya, sesuaikah hari Valentine ini diraikan oleh orang Islam???
Majlis Fatwa Kebangsaan pada bulan November 2005, telah memutuskan bahawa perayaan hari valentine adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Ini kerana:
1. dalam Islam, tidak perlu ada hari khas untuk meraikan kasih sayang. Setiap hari adalah hari kasih sayang yang sememangnya menjadi keutamaan agama.
2.  Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama lain yang tidak boleh diserapkan ke dalam ajaran Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                     (Riwayat Abu Daud)

Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. Ada unsur perbuatan maksiat. Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Jadi... para remaja Islam, janganlah terburu-buru hendak meniru sesuatu budaya tanpa memahami tujuan  dan cerita sebenar di sebaliknya. Jangan jadi remaja Islam yang bersikap 'ikut-ikutan' sahaja.

Bagi yang bukan beragama Islam / Kristian pula...  mereka memang wajar meraikannya... tiada salahnya. Itu adalah mengikut kepercayaan dan hak masing-masing. Tiada halangan bagi mereka... Al right??? Right...

Sumber rujukan (Sila klik pautan-pautan ini untuk bacaan lanjut) :
1.  Tahukah Kamu
2. Supermilan 
3. Lintas Berita
4. Solihin Zubir
5. Jebat Berani
6. Majlis Fatwa Kebangsaan

Sunday, February 6, 2011

Semakan Status Bayaran Balik Pinjaman Perumahan

TcRaiN kena semak selalu ni... sebab TcRaiN belum bayar melalui potongan gaji. Pakai CIMBClicks saja setiap bulan...!
Klik Banner untuk semak

Perhatian :
Paparan Data Ini Adalah Bagi Status Pembayaran Balik Pinjaman Perumahan Yang Dibuat Oleh Peminjam (Yang Tidak Melibatkan Potongan Gaji / Pencen) Bagi Tahun Semasa.

Bagi bayaran balik sebelum 1 Disember 2009, semakan boleh dibuat melalui helpdesk Unit Terimaan Bayaran Balik, Seksyen Akaun No. Telefon 03 8880 2397

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...