Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, June 25, 2012

Saya suka sama kau!

Saya sudah jatuh cinta dengan ini 'telefon tangan'.. 
tapi dia pula yang jual mahal! Hu hu hu... Jahat dia..!

Sunday, June 17, 2012

Resepi Penkek Oat

TcRaiN bukanlah tukang masak pro. Apa lagi nak cipta resepi baru. Resepi ini sebenarnya TcRaiN dapat daripada rancangan CKC (Cool Kid Cooking), yang disiarkan dalam Astro TVIQ, saluran 610.

Nama resepinya ialah Penkek Oat, atau kalau dalam bahasa kampung kita, "lempeng" oat. Meh sini TcRaiN kongsi resepinya.
 
Bahan-bahan:
3 \ 4 cawan oat bran
1 \ 2 cawan tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik
1 \ 2 sudu teh garam
2 sudu gula
3 \ 4 cawan susu rendah lemak lemak
2 biji telur
2 sudu minyak sayur-sayuran  
Sedikit minyak canola untuk menggoreng

Kaedah memasak
1. Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk bersaiz sederhana, kemudian tambahkan oat, garam dan gula.

2. Campurkan telur,
susu, minyak sayuran dalam mangkuk berasingan. Pukul hingga sebati dan kembang.

3. Dalam mangkuk pertama tadi, buatlah lubang di tengah-tengah tepung tadi, seperti sebuah telaga. Tuangkan campuran telur, susu dan minyak dalam telaga terebut. Gaul rata menggunakan senduk kayu. Tambah sedikit susu tambahan jika campuran anda kelihatan terlalu pekat.

4. Sapukan nipis-nipis minyak
canola pada kuali goreng (frying pan). Panaskan kuali tersebut dengan api yang agak-agak sederhana (pandai-pandailah mengagak yer...)

5. Tuangkan satu sudu adunan penkek tadi ke dalam kuali goreng, kemudian sebarkan tepung seperti kita membuat lempeng yang biasa, atau macam kita buat kulit kuih ketayap tu.... Jadikan bentuknya bulat...

6. Terbalikkan dengan berhati-hati apabila buih muncul dan bahagian bawah berwarna perang keemasan. Pastikan kuali anda tidak terlalu panas untuk mengelakkan penkek kita hangus.

7. Begitulah prosesnya sehingga semua adunan habis... Kalau kuali dah kering bolehlah tambahkan olesan minyak pada kuali tu... (alaa... sama macam proses menggoreng kuih ketayap tu...)
Penkek ini boleh dihidangkan dengan madu, sirap maple, pisang atau apa-apa saja buah-buahan segar yang lain. TcRaiN suka sapu dengan krim kacang campur madu.... Ermmm...

Selamat mencuba... Semoga menjadi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...