Tiba-tiba hati teringat kisah dulu-dulu... Masa tu masih sekolah lagi. Tingkatan 5 lagi. Aku merupakan pelajar baru di sekolah tu.
Pada suatu hari.... (he he he..) Sabtu, Aku dengan kawan-kawan kena datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan cetak. Dah habis masa, aku dengan kawan-kawan pun pulang berjalan kaki... Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dekat kami. Rupa-rupanya cikgu lukisan dengan seorang lagi cikgu yang tinggal di flat guru. Dorang kata nak tumpangkan kami sampai kedai.
Jadi dalam perjalanan tu, berbual-buallah kami. Saya bertanya dengan kawan guru lukisan, cikgu sudah berapa lama mengajar di sini? Dia pun kata, lama sudah. Dan nak lama-lama lagi duk Sabah. Saya lambat jumpa dengan kamu. Kalau tidak saya akan duduk sini selama-lamanya.
Aku pada masa tu tak terasa apa-apa... cuma rasa dia bergurau saja. Aku menyengih bodoh saja, sebab sesungguhnya cikgu tu dah kawin... Isterinya ada rupa, lemah lembut... cukup sifat sebagai isterilah... tak ada yang kurang.
Sekarang ni entah kenapa hal tu muncul balik dalam fikiran. Aku cuba membayangkan bagaimanakah perasaan isteri cikgu tu kalau dia tahu yang laki dia ada bercakap macam tu kat orang lain. Huhh..!!! Dulu aku buat biasa saja.. tak rasa bersalah... kerana aku belum menjadi isteri sesiapa lagi pada masa tu. Aku tak tau pun bahawa perkara itu sebenarnya salah. Tetapi sekarang ini apabila aku cuba meletakkan diri ini di tempat diri si isteri itu, barulah aku dapat merasakan betapa pedihnya hati Allah saja yang tahu.
Pedih kerana dia buat di belakang kita.. Kalau depan-depan aku tak
kisah... Jangan depan pijak semut pun tak mati, di belakang ligat bukan
main... Kalau nampak depan mata, tahulah apa nak buat. Aku tak akan
marah... jauh sekali nak marah... Aku akan bagi 'green light'
sepenuhnya, lantas angkat kaki.
Jadi pengajarannya, wahai para laki sekalian, jangan sebarangan
mengeluarkan kata-kata. Kerana kata-kata itu boleh menjadi sembilu
menghiris hati. Buat hati seorang isteri yang diamanahkan oleh Allah
tersinggung dan berduka cita. Isteri yang baik harus dilayan dengan baik
juga. Hu hu ... sedih... sedih mengenangkan ada laki yang macam tu...
Kalau mau main api juga, jangan 'Main belakang'. Kalau berani terus terang, macam seorang jantan sejati. Jangan alang-alang... dan jangan tamak. Setia pada yang satu saja.... Kalau nak yang baru, lepas saja yang lama.
Yang perempuan pun, harus tahu menjaga maruah sebagai perempuan. Jangan dah tahu lelaki tu dah berkahwin, masih nak cuba bermain dengan api. "Hukum Karma" tidak pernah gagal.
P/S : Mendoakan yang terbaik buat semua pasangan suami isteri yang menjunjung pegangan agama sebagai landasan membentuk keharmonian dan masa depan keluarga dunia dan akhirat.