Kedai Maya - Wajib Klik

Saturday, December 17, 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia @ BR1M

Video yang selalu ditayang dalam televisyen. Video ini memberi penerangan lengkap tentang BR1M. Yang layak tu cepat-cepatlah memohon ya...Masih jauh lagi tarikh tutupnya...

Video-video lain tentang NKRA cari kat sini http://www.youtube.com/user/gtproadmap 
(Suka tengok grafik-grafik dalam video-video GTP Roadmap NKRA kerajaan ni... Kreatif!)

Friday, December 16, 2011

Laman sesawang untuk mengetahui segala-gala tentang SBPA

Segala pekeliling berkaitan dengan SBPA boleh disemak di sini. Sila KLIK pada Imej untuk ke laman berkenaan. Semak dulu baru tandatangan... kata CUEPACS. Hmmm napa kerajaan nak suruh cepat-cepat tandatangan yer...?

Thursday, December 15, 2011

SBPA - Opsyen bersara 60 tahun sebenarnya fleksibel.

Masih ramai masih ragu-ragu sama ada nak pilih SBPA atau terus dengan SSM yang diguna pakai sekarang. Termasuklah TcRaiN sendiri. Terasa berat hati sungguh untuk memilih pencen pada usia 60 tahun. Tetapi TcRaiN suka kelebihan lain yang ada dalam SBPA. Cuma masalah bersara 60 tahun saja yang menjadi keberatan. Sebenarnya hal tu tidaklah patut dibimbangkan sangat... kerana... err... tengok sajalah rakaman ini...
Owhh... internet slow ka? Tidak apa, biar TcRaiN taipkan balik apa yang diperkatakan dalam video di atas ni. Katanya... Jika kita dah masuk SBPA, dan sekaligus memilih untuk bersara pada usia 60 tahun, kita sebenarnya masih boleh menukar tempoh bersara kepada yang lebih awal, iaitu pada usia sekurang-kurangnya, 55 tahun. Segala faedah pencen dan ganjaran akan dibayar pada usia dia bersara itu. Tidak perlu tunggu 60 tahun baru dapat bayaran pencen dan ganjaran.

Satu lagi... dalam SBPA ni, hanya gaji pokok yang akan naik... elaun-elaun tidak akan naik! Dibekukan katanya.... Hmmmm.... Tidak begitu faham lah yang ini... Adakah maksudnya, tiada kenaikan tahunan untuk elaun-elaun seperti dalam SSM? Kena gali lagi ni...

Sunday, December 11, 2011

Tangga Gaji Baru Kakitangan Awam di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Saja nak share benda yang menjadi tanda tanya ramai kakitangan awam sejak Bajet 2012 dibentangkan... Sila klik imej untuk ke laman web berkenaan di mana anda boleh muat turun slide show asli daripada taklimat yang telah dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, pada 8 Disember 2012, bagi negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Terdapat contoh perubahan gaji jika bertukar dari SSM ke SBPA. Silalah lihat di mana kedudukan gaji anda...
Klik jer imej ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...