Kedai Maya - Wajib Klik

Monday, December 31, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Esok masuklah tahun 2013... Mari semak tarikh-tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2013..

Monday, December 24, 2012

Gusi Berdarah Bukan Perkara Biasa!!

Pernahkah apabila anda memberus gigi, gusi anda berdarah? Ataupun... tak berus gigi pun gusi tetap berdarah? 

Jika ya, jangan pandang ringan keadaan ini. Gusi berdarah adalah satu petunjuk bahawa gigi anda telah ditumbuhi karang gigi, iaitu tahi gigi yang terkumpul pada pangkal gigi, yang telah mengeras dan bersembunyi di sebalik gusi.

Inilah contoh karang gigi yang teruk... Eee yewww...
Karang gigi tidak dapat diberihkan dengan hanya menggosok gigi atau berkumur dengan cecair pembersih.  hanya dengan peralatan khas doktor gigi sahaja dapat membersihkan karang gigi 


Jika anda mengalami gusi berdarah, pergilah ke klinik gigi dengan segera. Mintalah doktor gigi bersihkan karang gigi anda. Sesi cuci gigi mengambil masa 15 - 30 minit, bergantung kepada banyaknya karang yang tumbuh. Kos cuci gigi adalah antara RM50 - RM150, juga bergantung pada tahap kekotoran gigi. Selepas gigi dibersihkan, gerenti gusi tak akan berdarah lagi. Beruslah macam mana pun... gusi tak akan berdarah. Tak percaya... cubalah...

Untuk mengekalkan tahap kebersihan gigi, beruslah gigi, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.  Semua bahagian-gigi  hendaklah dipastikan bersih. Jangan lupa untuk gosok permukaan lidah dan gusi gusi sekali. Untuk permukaan gigi rahang atas, gerakan memberus gigi hendaklah dari atas ke bawah. Dan untuk permukaan gigi rahang bawah, gerakan yang betul adalah dari bawah ke atas. Gerakan memberus seperti ini dapat mengelakkan pembentukan karang gigi.

Selepas memberus gigi, floss gigi menggunakan benang satin yang terdapat banyak di pasaran. 
Macam nilah contohnya orang yang sedang floss gigi...
Floss sebenarnya bukan satu pilihan, tetapi satu kewajipan. Floss sebenarnya lebih penting daripada memberus gigi. Ini kerana floss dapat membersihkan celah gigi yang tidak dapat dibersihkan dengan cara memberus gigi sahaja. Floss juga sangat bagus diamalkan setiap kali selepas makan. Jangan biarkan sisa makanan berada di celah gigi dalam tempoh yang lama, kerana sisa makanan yang membusuk di celah gigi akan mengeluarkan asid dan merosakkan enamel gigi.

Untuk memastikan jangka hayat gigi lebih panjang dan kekal memberi jasa kepada kita, temuilah doktor gigi anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memeriksa gigi, dan merawatnya jika perlu. 

Gigi merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Gigi yang sihat, mencerminkan imej yang positif kepada pemiliknya. TcRaiN menulis ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, yang didapati sewaktu menemui doktor gigi. Kalau ada tersilap mohon maaf ya.. 

Wednesday, November 7, 2012

Keputusan UPSR 2012 boleh disemak pada 19 November 2012

Talian untuk menyemak keputusan UPSR 2012 akan dibuka pada 19 November, iaitu Isnin. Cara menyemak ialah dengan cara menghantar SMS: 'UPSR' 'ANGKA GILIRAN' ke nombor 15888.

Keputusan rasmi yang sepatutnya diumumkan pada 8 November telah ditangguhkan kepada 19 Nov disebabkan oleh perkara-perkara di luar jangkaan yang perlu diselesaikan. 

Keputusan UPSR tersebut boleh diperolehi di sekolah-sekolah masing-masing pada hari itu. 

Selain itu, semakan keputusan tersebut boleh juga dibuat melalui laman sesawang SAPS. Sila klik imej di bawah ini untuk masuk ke laman tersebut

Apa-apa jua keputusan yang bakal diterima, terima dengan hati terbuka dan bersyukur. Semua yang Allah beri ada hikmahnya.

Sunday, October 21, 2012

Kusandar segala-galanya hanya pada-Mu

Pada saat diri ini goyah, kesedihan melanda, kehilangan keyakinan diri, 
aku hanya mampu mengadu Pada-Mu... 
Ternyata hanya Engkau yang mampu memujuk hatiku....
maha mendengar rintihanku.
Maha memahami kesedihan dan kesulitanku

Betapa aku bersyukurdan terharu menerima kasih sayang dari-Mu.
Syukur ALHAMDULILLAH... ya Allah Tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...