Kedai Maya - Wajib Klik

Thursday, May 27, 2010

Jambatan beralun di Russia (Waving Bridge in Russia)

Tontoni video ini dahulu...

Volgograd bridge
Jadi apa pendapat anda?

Tcr Ain mendapat tahu tentang kewujudan jambatan beralun ini apabila diperkatakan oleh DJ Radio Muzik pada hari Selasa lepas (25 Mei 2010). Jadi balik rumah sahaja, Tcr Ain pun terus cari maklumat lebih lanjut tentang jambatan ini.

Apa yang telah saya baca tentang jambatan ini ialah:
1. panjangnya 4.5km, dibina menyeberangi Sungai Volgograd, Russia.
2. kos pembinaannya ialah 275million pound.
3. tempoh pembinaan ialah 13 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
4. dibina oleh sebuah syarikat bernama Giprotransmost Moscow
5. telah dirasmikan dan dibuka pada Oktober 2009 (lapan bulan lepas lah), oleh pembantu kanan Perdana Menteri Russia Sergei Ivanov.
6. telah ditutup minggu lalu 21 Mei 2010 kerana membahayakan keselamatan penggunanya.

Sewaktu angin kencang bertiup di Volgograd, jambatan ini telah beralun setinggi 3 kaki

Kalau tengok pada video di atas, jambatan ini dibina menggunakan batang besi, konkrit, dan jalannya bertar. Sungguh takjub rasanya apabila meilhat jambatan yang sepatutnya keras dan lurus, jadi beralun seperti ombak laut.

Mungkin kerana kesilapan kejuruteraan. Suatu pembaziran bukan?

Tcr Ain ada tengok video ni juga. Video menunjukkan "Tacoma Narrows Bridge, Gallopin Gertie di Amerika Syarikat yang runtuh pada November 1940. Hampir sama kan? Pasti ada penjelasan secara fizik... Apa dia...?

Wednesday, May 26, 2010

Maaf cikgu, lesen mengajar cikgu dah luput! (Sorry Teacher, your teaching license has expired)


Kali ini nak ulas perkembangan terbaru berkaitan dengan profession guru di Malaysia. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran ada mencadangkan, agar guru menduduki peperiksaan khas untuk memperolehi lesen mengajar, sama seperti yang berlaku pada peguam, akauntan, jurutera, dan doktor sekarang. Jika lulus peperiksaan berkenaan, maka dapatlah lesen mengajar. Jika tidak, tiadalah lesen. Bagi guru yang telah mendapat lesen mengajar, tetapi melanggar peraturan, lesen akan ditarik balik. Jadi tak boleh mengajarlah...

Kenapa dicadangkan sebegini?
Kementerian Pelajaran menganggap cadangan ini releven pada masa kini, dan memang seiring dengan konsep pendidikan sepanjang hayat. Lebih-lebih lagi sudah bermacam-macam cerita tidak enak tentang perbuatan memalukan segelintir kecil guru. Contohnya guru rogol 5 anak murid, guru rasuah, terlibat dengan dadah, kaki kelab malam, "jual badan" dan macam-macam lagi yang tak sanggup ditulis di sini.

Apa kata Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) tentang ini?
NUTP kata, lesen guru tidak releven. Kerana, di Malaysia, guru-guru sudah mempunyai dokumen yang lengkap. Dokumen tersebut diproses dengan cara yang mudah melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Bagi Tcr Ain pula macam mana?
1. Rasa cemas pada mulanya. Tidak tahu kenapa.
2.Bagus juga kerana ini bermakna tahap profesionalisme keguruan akan meningkat setaraf dengan profession peguam. akauntan, doktor dan jurutera.
3. Guru yang memang rajin, berdedikasi dan bertanggungjawab nak risau apa kan?
4. Kalau rasa-rasa dah tak larat jadi guru, jangan perbaharui lesen mengajar. Boleh berehat... he he..(ya ka?)
5. Ujian kelayakan akan memaksa guru untuk membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Jadi baguslah kan?
6. Ada kos tak masa nak perbaharui lesen?

Apa-apa pun, perkara ini masih di peringkat cadangan. Pasti ramai lagi yang akan tampil dengan pendapat masing-masing. Tunggu dan lihat sahajalah.

Sorry Teacher, your i teaching license has expired!

Recently, the Ministry of Education have suggested, that teachers should taking the special examinations to obtain a teaching license, just like lawyers, accountants, engineers, and doctors now. If you pass the exam, then you will get your teaching license. If you are not, there will be no teaching license for you. For those teacher who already got teaching license, then violates the rules, their teaching license will be withdrawn. That is mean they cannot teach anymore.

Why is this recommended?
Ministry of Education consider this proposal as relevant nowadays. It is meet the Education for A Lifetime concept.Moreover nowadays, we often heard about negative acts done by a few teacher. For example teachers raped 5 children,teachers involve in corruption, drug addict, night clubbing, "selling body" and etc...

What the National Union of the Teaching Profession (NUTP) say about this?
NUTP said, license for teachers is not relevant. Because, in Malaysia, teachers already have complete document. The document is processed in a simple way through the State Education Department respectively.

Then what is my opinion on this?
1. At first, I feel anxious when hearing this. Don't know why.
2. This is good. This may will increase the teaching professionalime, on par with the lawyer, accountants, doctors and engineers profession.
3. A hardworking, dedicated and responsible teacher don't have to worry anything. They are always eligible for teaching license?
4. When teacher feel tired of teaching, they just let their teaching license to expired. No need to renew it. So the ex-teacher can relax, or set up new business. No need to wait the longer time to retire(ya ka?)
5. Qualification tests will force teachers to read more. Reading is the way of gaining knowledge. So it is good to raise teacher's quality. Right?
6. Is there any cost of license renewal?

Whatever it is, this proposal are still being proposed. I am sure that there will be more people come forward with their own opinions. Just wait and see.

Monday, May 24, 2010

Benarkah bumi kita besar? Cuba lihat ini dahulu

From: Avin (metallic.unicorn@gmail.com)
Subject: Size comparison
Date: Tuesday, April 24, 2007, 7:01 AM

Apabila lihat gambar pertama memang bumi paling besar berbanding planet venus, mars, mercury dan pluto dalam dalam sistem suria.

Sekarang lihat pula gambar kedua... di mana bumi kita?

Gambar ketiga pula membandingkan semua planet tadi dengan matahari... Wow besarnya matahari.... Saiz bumi kita hanya sebesar satu titik dalam gambar ini.

Lihat gambar 4 pula. Ingatkan matahari ni dah cukup besar... rupa-rupanya ada lagi planet lain yang besarnya beratus-ratus mungkin beribu-ribu kali ganda daripada matahari. Arcturus namanya.


Opppsss... sekarang cari di manakah planet Arcturus. Haahh... tak tau nak kata apa dah... Kamu jelah yang kata....

Lebih banyak tentang sistem solar, KLIK

Friday, May 21, 2010

Ekonomi Malaysia kini..!

Kali ini nak cakap pasal ekonomi Malaysia lah pula. Ye lah... dah Tcr Ain ni guru ekonomi, kenalah cakap pasal ekonomi sikit.

Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa (IMD) 2010, melaporkan bahawa Malaysia berada di tempat ke-10, sebagai negara yang paling berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Faktor penyebab:
1. pelaburan asing yang berkualiti
2. dasar kerajaan yang pragmatik (sesuai dengan keadaan ekonomi). Contohnya pakej rangsangan ekonomi yang pernah dilaksanakan sebelum ini, sehingga menyebabkan ekonomi Malaysia pulih lebih cepat daripada kemelesetan pada tahun 2008 berbanding negara lain.
3. kestabilan politik
4. pelaksanaan berkesan keputusan kerajaan dalam memperbaiki ekonomi
5. pengurangan karenah birokrasi, sekaligus melemahkan amalan rasuah
6. pengukuhan nilai Ringgit dan perkembangan sektor kewangan termasuk perbankan Islam
7. program transformasi kerajaan (GTP)

Kesan positif peningkatan kestabilan ekonomi negara:
1. Keyakinan pelabur asing bertambah
2. Peluang pekerjaan terbuka luas
3. Peningkatan infrastruktur dan prasarana dalam negara
4. Peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat

Begitulah serba sedikit...!

Lain kali nak tulis juga pendapat, kenapa bekalan gula kurang. Ini pun berkaitan dengan ekonomi juga. Gula susah mau dapat kan? Betul kah tidak orang Keningau?

Tuesday, May 18, 2010

PROGRAM 1SFX=1K=1M, UNTUK KUMPUL DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH SAINT FRANCIS XAVIER KENINGAU

1 SFX=1K=1M
Pengenalan:
Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau (SMSFX), telah wujud sejak Januari 1960. Pada tahun ini SMSFX telah mencapai usia 50 tahun, dan menjadi sebuah sekolah yang tertua di daerah Keningau.

SMSFX hanya berkeluasan 2.3 ekar, iaitu keluasan sekolah yang dianggap terkecil di Sabah. Bilangan kelas yang ada sekarang ialah 25 buah, dan murid-murid terpaksa dipadatkan ke dalam 15 buah bilik, termasuk satu kelas menumpang di bilik Self Access Learning Centre (SAL) dan satu kelas lagi menumpang di makmal
sains fizik.

Bilik-bilik khas tersebut terpaksa dikorbankan demi menyediakan kelas untuk anak-anak didik di daerah Keningau. Bilangan pelajar mendaftar di sekolah ini juga terus meningkat dari tahun ke tahun. Disebabkan kekurangan bilik darjah juga, purata dalam setiap bilik ialah 45 orang.

Dalam tempoh 50 tahun kewujudannya, SMSFX telah melahirkan ramai tokoh yang disegani seperti ahli politik, peniaga, kontraktor, doktor, peguam, guru, pensyarah dan banyak lagi.

Walaupun serba kekurangan, saban tahun sekolah ini terus menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di samping prsetasi yang membanggakan dalam ko kurikulum.

Latar Belakang Program 1SFX=1K=1M:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau (PIBG SMSFX) serta Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau (LPSMSFX) telah dan sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi sekolah ini.

Projek pembangunan sekolah yang dirancang dibahagikan kepada 4 Fasa iaitu:

1. Fasa 1 : Mengubah suai bangunan lama dan pondok ilmu menjadi bilik guru baru dan Dewan Ilmu. Telah siap sepenuhnya

2. Fasa 2 : Pembinaan bangunan dua tingkat untuk bilik-bilik khas (Makmal / Bilik SAL / Bilik Seni Lukis), stor serbaguna, bangunan koperasi, penyelenggaraan surau dan pondok jaga serta menimbus petak letak kereta dengan premix. Fasa ini sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 31 Julai 2010.

3. Fasa 3 : Pembinaan bangunan 3 tingkat untuk menempatkan 12 buah bilik darjah. Plan telah disediakan tetapi masih mencari dana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan

4. Fasa 4 : Pembinaan Dewan Serbaguna. Plan telah disediakan tetapi masih mencari dana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan

Salah satu program yang dirancang bagi mengumpul dana ialah Program 1SFX=1K=1M.

1 SFX=1K=1M boleh dijelaskan sebagai berikut:
• 1SFX ialah pencarian 1000 orang bekas pelajar / kakitangan SMSFX untuk menyumbang kepada tabung Lembaga Pengurusan Sekolah SMSFX.
• Jika setiap seorang menyumbang daripada 1000 orang tersebut, menyumbang sebanyak RM1000, dipanggil sebagai 1K
• Jika sumbangan daripada kesemua seribu orang berkenaan, jumlah dana akan terkumpul menjadi RM1 000 000 (1000orang X RM1000), yang dipanggil sebagai 1M

Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan-tuan dan puan-puan menyumbang kepada tabung Lembaga Pengurusan Sekolah ini, melalui Program 1SFX = 1K = 1M agar pembangunan Fasa 3 dan Fasa 4 sekolah ini dapat diteruskan. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, kami akan mengabadikan semua senarai nama (individu atau kumpulan atau agensi) yang telah memberi sumbangan sebanyak RM1000 dan ke atas, pada dinding bangunan Fasa 3 tersebut, untuk tatapan generasi akan datang, sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk turut sama memberi sumbangan kepada sekolah.

Bagi mereka yang menyumbang sebelum 28 Julai 2010, adalah dijemput untuk hadir dalam Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Julai 2010
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Dataran Keuskupan, Saint Francis Xavier, Keningau.
(Terhad kepada 10 orang bagi kategori bukan individu / Terhad kepada 2 orang bagi kategori individu)

Sekiranya Tuan/Puan berminat menjadi salah seorang penyumbang dalam program ini, bolehlah mendapatkan borang dan syarat penyertaan dari kaunter pejabat am SMSFX, atau berhubung dengan:

i. Yang Dipertua PIBG SMSFX Encik Johnny Tan Kulai (0198829333),
ii. Pengerusi LPSMSFX Encik Justin Asok (0138978154),
iii. SM. St. Francis Xavier Keningau, Tel : 087331325, faks: 087338973 dan bercakap dengan Tuan Pengetua, Encik Johnny Apin atau dengan Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hendry Anandan.
iv. Melalui Laman Web; http://www.sfx.edunet.my

Renungan:
“Dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi. Sedekah Jariah adalah suatu kebajikan yang tak akan berakhir. Pahala tetap berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia!”

Sekian, terima kasih.

Saturday, May 15, 2010

Suka nombor tu jer... Today 10, Total 2626

He he... mesti orang akan cakap... "hishhh apa lah punya post ni..." Bukan apa, ambil buat kenangan jer... Eheeee.... jangan marah ahhh...!

Jangan lupa ni http://newdayforus.blogspot.com/2010/05/program-1kisfx-untuk-kumpul-dana.html

Friday, May 7, 2010

Mana ibu bapanya, mana guru-gurunya...?

Laporan 999, 6 MEI 2010

Pelajar lelaki berpakaian sekolah sedang menuang gam ke dalam  beberapa beg plastik untuk diagih-agihkan kepada geng-geng ponteng.



Pelajar perempuan bertudung juga terlibat...!

Lebih selesa duduk dalam hutan buat dosa, berbanding duduk dalam kelas cari ilmu...?

Wartawan 999 sedang menunjukkan tin gam, tinggalan geng ponteng

Tengoklah tu... tembok pagar rumah orang pun dicontengnya? Dahlah ejaan salah...
Entahlah siapakah yang harus disalahkan. Ibu dan bapa suruh pergi sekolah. Setiap pagi dorang keluar pakai baju sekolah. Budak-budak lain masuk kelas, dorang masuk hutan buat perkara yang tidak sepatutnya. Dorang masuk hutan, hidu gam. Naudzubillah... harap-harap anak-anaku dan anak-anak didikku tidak berperangai macam ni. Semoga dorang ni insaf dan kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat lagi untuk dorang. Amin.

Saturday, May 1, 2010

PARKING BAEK PUNYAAAA.... KIYUUUTT....!

He he... masa nak ambil anak di Tadika Saint Francis Xavier, terpandang kereta ni parking gini... Terjojol gak biji mata... Tcr Ain berenti kejap ternganga.... Sebab nombor plat kereta ni betul2 bersentuhan dengan pagar. Masa tu ngam2 pula terbawa handphone. Apa lagi... jadi mangsa lensa handphone lah kereta ni....

He he he...! Esoknya, Tcr Ain tengok balik kereta ni dari depan, nampak ok jer... sikit pun tak cedera.

Parking gini bukan calang-calang orang boleh buat. Memerlukan skill khas ni. Tapi Tcr Ain tak akan berani cuba-cuba parking macam gini. Nanti lain pula jadinya. Eheee....!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...